Itu merupakan salah satu daripada ribuan soalan dari kawan-kawan sepejabat dengan aku walaupun soalan itu nampak sangat aneh.
Kalau dikumpul dari TUJUH buah sekolah.
Boleh kata beribu juga soalan yang lebih kurang sama dan tidak sama yang pernah ditanya.
Termasuk semasa jadi guru ganti dulu-dulu.
Masih kamcheng sampai ke hari ini.
..
..
Ya.
Aku ada kerja tetap yang memang tetap.
Aku bukan seorang usahawan atau orang bisnes sepenuh masa.
Waktu siang, aku buat kerja tetap seperti biasa.
Kejar budak-budak kat padang.
Namun begitu, hidup aku ini sebenarnya tak banyak berbeza dengan orang kebanyakkan atau orang awam yang lain. Pergi kerja, balik kerja. Makan, minum, mandi dan solat setiap hari. Petang pergi bersukan, malam pun kadang-kadang bersukan termasuklah aktiviti “senaman malam“.
Namun, aku juga mencuri sedikit masa pada waktu malam atau waktu terluang, aku luangkan masa yang dengan kerja-kerja online aku itu. Menyelenggara blog-blog yang beratus itu dengan penuh derita dan sengsara.
Demi sesuap nasi dan perut anak juga bini cantek tercinta.
Orang pejabat kata, aku macam hidup senang.
Macam tak perlu nak risaukan apa-apa. Tak perlu risau tentang minyak naik dan tol naik.
Kereta dah nak habis bayar. Rumah dah ada. Ada pulak motor sebijik.
Medikal kad dah ada. Medikal bini dan medikal kad anak pun dah ada. Tak ada masalah nak bayar setiap bulan.
Duit bini pun kekadang topup lebih sikit kalau ada rezeki lebih.
Serba-serbi, nampak aku macam orang yang tak ada masalah kewangan.
Well.
Itu yang orang nampak.
Itu yang KORANG nampak.
Yang aku nampak, korang tak nak pula tanya, kan?
Hakikat sebenar, korang tak tahu apa-apa pun yang mana aku ni agak penat juga nak mententeramkan jadual hidup aku ini. Tapi, alhamdulillah, hidup aku ni masih terurus, rambut masih sikat tepi dan seluar masih ada sipi tajam yang boleh melukakan hati-hati gadis comel bertudung diluar sana.
Sebab aku tak jual apa-apa. Aku tak sertai MLM. Aku tak promosi apa-apa kat tempat kerja aku.. Aku tak jual kerepek atau nasi lemak. Aku tak jual insurans atau takaful. Aku tak jual barang kat pasar malam. Aku tak cuci pinggan kat restoren.
Rakan pejabat aku, macam-macam diorang jual. Dari mangkuk pinggan, alat mekap, produk kesihatan, sampai ke buat servis baiki aircond pun ada. Yang jadi plumber waktu malam pun ada. Tak kurang juga ada yang jual topup untuk mereka-mereka yang tersepit secara tiba-tiba.
Aku?
Diorang tak nampak.
Aku cuma cakap, aku ada side income sikit. Aku kerja dari rumah. Aku kerja depan laptop dengan kain pelekat dan singlet puteh. Antaranya, buat kerja dengan Jobdirumah, tulis review, tulis ulasan dan jual perkhidmatan online.
Buat kerja dari blog-blog aku itu.
Alhamdulillah.
Ada hasil.
Sana sikit, sini sikit, situ sikit.
Bolehlah bayar apa yang saya mahu dan tanggung perbelanjaan setiap bulan.
Barulah diorang terlopong mendengarnya..
Sampai gajah masuk pun, diorang tak perasan diorang dah kenyang.
I believe I can FLY.
Nasihat aku..
Kita kena yakin. Ko kena yakin. Awak pun kena yakin.
Jangan tak yakin beb.
Semua benda kena yakin dan percaya pada kemampuan kita sendiri.
Dan usahalah sungguh-sungguh.
Bila hidup bujang, kita SIMPAN duit banyak-banyak.
Cari duit banyak-banyak.
Letak duit tu kat ASB dan Tabung Haji.
Ada duit, nak letak kat amanah saham ke, main saham ke..unit trust ke. Buatlah, janji dengan ilmu.
Jangan main belasah aje.
Dan jangan luba baca selalu kitab PINK itu.
SEBAB APA?
Bila dah kahwin ni, kita nak pakai banyak duit. Kita nak belikan bini kita baju cantek-cantek, syampu wangi-wangi, bedak tebal-tebal, baju comel untuk anak-anak kita dan juga belanja mak abah kita makan benda-benda yang sedap.
So..
Duit tak jatuh dari langit atau dari pokok petai.
Duit datang dari banyak cabang.
Dari gaji kita. Dari kerja sampingan kita.
Dari sumber yang tidak pernah kita ketahui.
Last,
Usahalah.
Usahalah sungguh-sungguh.
In-sha Allah, kita akan berjaya.
..
…
Dulu..
Aku tak percaya aku boleh terbang.
Sekarang, aku percaya.
Dan aku percaya, korang pun boleh terbang juga.
Dengan duit, kita boleh terbang dengan menaiki kapal terbang.
So, pepatah melayu “I believe YOU can fly” itu sangat tepat.
Dengan sedikit USAHA yang berterusan, ilmu yang dimanfaatkan dan peralatan yang betul.
6,183 total views, 1 views today
Hahaha….pokok petai…. 🙂
Yup, memang dah kahwin ni nak pakai duit byk…
lets fly marty, back to the future 🙂
saya surirumah yang 100% dirumah.persepsi orang, mertua & orang yang tak tahu saya ni tulis blog.. tanggapan mereka. apa semua saya beli adalah dari poket suami padahal saya cuba berdikari walau di tanggung suami. Bila saya reti sikit2 buat side income dari blog.. saya cuba kurangkan beban suami untuk sara kos shopping kat watson, guardian, the store bagai.At least tak semua beli dengan duit sendiri.. sebahagiannya saya beli dengan duit sendiri walau pada pandangan mata umum.. orang nampak saya seorang isteri yang tidak bekerja. tapi peduli apa orang nak cakap.. takkan nak cerita kat semua orang aku tulis blog aku dapat duit. kau hado?? hahaha
Terima kasih atas nasihat ni bro.
Betul laa bro…bila bujang asal ada pon dah cukup…tapi bila dah kahwin nie duit keluar macam air jekkk…duit nak masuk susah gila…sebab blog tak taiko macam bro kan..
Dari lamping pakai buang anak sampailah lampin pakai buang bini…belum susu tin anak lagi…kalo yg anak masih “BABY” lagi kuat menyusunya tapi tak tau aa bapak nya camner kan…
Nilai duit pulak dah semakin rendah. Dulu rasa besar jekk skrg nie..adoii yerlah seskali nak juga “Aktiviti/senaman malam” kat bali ker, kat pulau hokaido ker…nie balik2 kat sebelah pokok pisang montel rumah kecil nie jekk..
p/s: Nasib baik laa xbleh terbang malam, tapi burung terbang suka terbang malam nie… 😀
baru aku tahu yang aku boleh terbang……..haha
Kalau tidak siapkan sayap dan ilmu terbangnya, manakan bisa terbang….
Now everyone can fly….fly tanpa rasa melekit..yang penting usaha mau ada.. Hati mau kering..tak gitu cikgu.. ? Hehe…
Bro titan, macam mana nak maintan seluar masih ada sipi tajam eh? Hehe.
Guna seterika.
Takkan la guna pembaris.
Kalau ada duit sendiri walaupun duk kat rumah je pun syok aper 🙂
Perasaan lega kalau tidak rasa sesak sebelum tengah bulan.
ter motivate baca entry ni.. 🙂
gitu rupanya…ohohoh..
janji happy semuanya akan jadi..yang pasti semua akan kerah kudrat 4 kerat sekarang ini untuk tambah income sekarang ini..
Kena percaya diri selalu, yakin boleh. Barulah boleh berjaya.
ibarat iceberg. bahagian atas sahaja orang nampak, bahagian bawah tu yg lebih besar memang tak nampak.
suri rumah sepenuh masa ada income best tapi bijak simpan setuju kata cikgu titan heeee,,setuju kata lekatlekit tu..we same!
pinjam kepak ayam
betul 2…
orang laen xnampak susah kita..
terbaek…
percaya boleh berjaya
seluar tajam dekat sisi tu penting bro
Dengan duit, semua orang boleh terbang sekarang ni! keh3
Lepas ni kena fikir untuk terbang lebih tinggi la….
Pagi2 baca nasihat ni.. aku rasa insaf jap. Terus semangat nak pulun entri baru tu datang. hahaha
Alhamdullilah terkesan dengan ayat2 penaik roti en titan. Rase macam nak terbang je hehe. Terbaik nasihat en titan…
fokus dan yakin tu satu kunci..yeahh