Secara jujur.
Aku masih penat kerana maklumlah, baru balik kampung kan semata-mata untuk menunaikan kewajiban untuk membuang undi diBanting. Aku akan mengundi di sekolah agama rendah Banting yang terletak dibelakang masjid jamek tu. Jadi, siapa yang masih tak tahu nak mengundi kat mana, sila-silalah buat apa yang patut.
Dan aku tak sangka juga yang aku leh menang dalam Giveaway Menang RM100.00 Dari Hairulazni.my yang dijalankan beberapa hari yang lepas.
Tipu kalau aku kata aku tak mengharapkan kemenangan apabila menyertai contest atau giveaway seperti ini. Keinginan itu ada. Cuma tidaklah aku tunjukkan dengan seganas yang mungkin.
Cukuplah jika aku raikannya bersama dengan semangkuk cendol Banting.
“Jadikan kegembiraan sebagai satu habit yang tidak terkalah sepanjang masa” – Encik Titan.
Apapun, terima kasih kepada Hairul Azni kerana menghubungi aku yang terlena tidur selepas solat Subuh pagi tadi. Siap 2 sms masuk semata-mata nak beritahu yang aku menang giveaway ini. Yela, dia nak tahu no akaun bank aku. Haruslah mesej aku walaupun hakikatnya, aku yang kena mesej dia. Haha..
……………
Nampaknya ramai gak komen pasal entri Nurul Izzah semalam. Tak sangka ada yang mengambil perhatian juga. Tak kurang juga yang dok buat sardin aje. Bab politik ni, kekadang kita kena ambil tahu juga. Sebab politik ni dah jadi darah daging kita tanpa kita sedari. Sampai satu tahap, kehidupan kita penuh dengan elemen politik yang tidak terkalah ini.
Nak lari ke kanan tak boleh, nak lari ke kiri pun tak boleh.
Nak tak nak, terima seadanya.
** Bukan apa, orang kita ni MAKI hamun sana-sini. Tapi bila huluq dua tiga ratus ringgit untuk tambang balik mengundi. Hang ambik gak tanpa segan silu. Jujur, hang balik kampung untuk MENGUNDI ka untuk dapat duit dua tiga ratus tu??
Ps: Selangor cuti hari Isnin ini. Memang best gak dok Selangor ni sebenarnya. Haha..
5,147 total views, 1 views today
tahniah rezeki lepas solat subuh terus dpt duit…syukur.
Ya.
Sangat bersyukur dan gembira.
sbb tu la kita x digalakkah tido lps subuh. rezeki payah nak masuk
Macam siot la KL takda umum pasal cuti..
Haha.
kerja ajelah weh.
hahahah. pindah selangor la bro
Haha..dah agak dah..memamg dan agak dah..tahniah en titan yang kacak..hehe
Ya.
Gua tahu, gua memang kacak.
hahaha. lu ngan bonikacak, saper lbh kacak?
Dependable kalau soal duit. Normally, ada yang beri untuk tambang balik ngundi, amek je. Tapi, tak pernah lagi aku hadapi laa. Dan tak pernah lagi ambil duit untuk balik ngundi. Apa aku buat, kalau kudrat masih mampu, aku buat sendiri.
Br1m pun aku tak amek. Bukan tak nak, cumanya ada yang lebih memerlukan. Dalam hidup aku, cukup laa cukup makan. Cukup makan buat aku rasa lengkap. Ada lebih, syukur.
tak belanje aku cendol pon
DT mana leh mkn cendol. kan DT diet
sekali sekala takpe
Tahniah..rezeki tak disangka-sangka.
aku x komen dan x kutuk saper2. so org bg aku ambiklah. hehehehe. aku x mintak depa yg bg. lps tambang bas aku