Alhamdulillah, Aku sempat bersahur tadi. Walaupun serba sdederhana, aku bangga aku dapat bersahur. Nak bersahur ni kena tidur. Tak boleh berjaga dari malam ke pagi. Mesti tidur walaupun cumalah 1 jam sahaja. Aku tidur dalam jam 1, pastu terbangun dalam jam 5 sebab alarm aku dah bunyi. Aku set alarm dari jam 4 setengah sampai kul 6. Setiap satunya bezanya cuma 10 minit sahaja. Jadi, berapa kali dah aku terlepas alarm??
Juadah sahur hari ini:
1. Air suam. 4 gelas.
2. Air kopi puteh panas. 1 gelas.
3. Kerepek pisang. Ada gak la 20 kali aku menyuap. Dah nak habis stok. Kena topup ni..
4. Kurma 2 ulas.
5. sekeping roti tanpa jem atau kaya.
Oklah tu kan? Nampak macam banyak. Tapi semuanya dalam portion yang kecil. Malas aku nak makan. Lagipun kalau kat Banting, ada nasi dan lauk lebih, memang itulah aje yang jadi santapan kami sekeluarga. Yang ada ni pun sebenarnya aku dah cukup bersyukur.
Teringat orang-orang Islam yang kat Bosnia dan Afrika yang tak ada tempat tinggal. Bagaimana agaknya mereka bersahur dan berbuka..
Ok. Nak tidur kejap. Dapat 10 minit pun tak apa. Aku dah set alarm bangun kul 6.30 pagi. Lepas mandi, bolehlah bersiap dengan kacaknya pergi ke tempat kursus.
#Kalau ada masa, aku nak tengok filem Jerung putih mengganas. Tapi bilakah agaknya aku sempat pergi ke wayang dalam bulan puasa ini? Memang masa sangat mencemburui aku betul.
Wokeh.
Babai. Jumpa pada entri yang seterusnya.. 😀
Ps: Aku tengok dah ramai orang beli Proton FL ni. Banyak betul kelebihannya. Patutlah ramai orang beli kereta nih. Ternyata Saga BLM dan Saga FL ni dah jadi satu barang panas di Malaysia.
1,722 total views, 1 views today
Tak berapa minat ngan jenama proton.. Cepat rosak.. Nak2 tang tingkap tu.. tapi taktaulah kot skang dorang dah upgrade dorang nyer servis..