Hari ini, aku berbuka ringkas aje. Tak pergi pun pasar atau bazar ramadan. Sebab aku tertidur. Bangun dalam jam 6 lebih. Jadi aku membuat keputusan yang sukar untuk berbuka dengan mihun pama aje dan air oren sunquick perisa mandarin. Itupun aku rasa dah cukup menyelerakan. Malas nak keluar. Kalau keluar mahu dekat habis lebih sepuluh ringgit beli juadah berbuka. Hoho..
Juadah berbuka hari ini:
1. mee pama 1 bungkus sahaja.
2. 2 gelas air oren sunquick perisa mandarin.
3. 2 ulas kurma.
4. kerepek pisang dari Banting yang dah nak habis..
Oklah tu kan? Macam mana juadah berbuka korang? Ringan-ringan ke heavy punya? Sekarang ni pun aku tengah diet kecil-kecilan. Jadi, malas nak makan banyak-banyak. AKu risau perut aku jadi boroi aje walaupun sekarang ni bukanlah waktu untuk membanggakan perut aku. Haha..
Okehlah. Aku dah mamai ni. Esok pagi nak sahur. Kena tidur awal sikit.
Kunci alarm kat handset. Jam 5.05 pagi.
Ok. Jom tidur.
Assalamualaikum. 😀
Ps: Krorghhhhhh, korrrroooghhhhh…
1,974 total views, 1 views today
Kerepek pisang pun termasuk menuberbuka jugak ke???
Bila dah lapar, makan apa pun sodap.. Maggie kari campur telur gak terbaik! Dah siap masak taruk dalam mangkuk, genggam cili padi hiris halus2 tabur atas meggie tadi.. Pergh! Asikkkkk!