Gail Sophicah Aungkavimongkol.
Kenal?
Sumpah aku pun tak kenal siapa empunya nama “Gail Sophicah Aungkavimongkol” ni.
Akibat dari penangan video Gwiyomi Kiyomi itulah aku mula berkenalan dengan Gail Sophicah Aungkavimongkol ni.
Nama dia panjang kan?
Gail Sophicah Aungkavimongkol.
Tiga patah perkataan tu.
Jadi, aku panggil “Gail” sahaja.
Ok. Gail ni, sebelum dia popular dengan fenomena Gwiyomi Kiyomi kat Malaysia. Dia dah lama POPULAR kat Thailand. Mula-mula, aku ingatkan dia orang korea. Sekali, bila selidik sejarah silam yang lampau-lampau, adik kecil molek tak terkalah ni adalah salah seorang peserta Thailand’s Got Talent.
Terkejut tak?
Dan lebih terkejut. Dia merupakan First Runner dalam Thailand’s Got Talend Season 2. Bila aku usha dan usha..dia memang susah nak jadi Johan. Sebab mamat akrobatik dengan kain yang dapat Johan tu, memang LAYAK jadi pemenang dari segi keunikan, kesungguhan, kisah silam yang menarik dan juga kerumitan dari segi persembahan. Berbanding dengan Gail, yang cuma berpaksikan nyanyian yang comel, muka yang kiyomi dan ukele yang super comel tak terkalah.
Dari segi POPULARITY, ya. Gail menang 100%. Aku rasa baik dari segi juri dan juga rakyat Thailand semuanya bersetuju dengan aku yang gail sangat popular disebabkan suara, wajah dan ukele yang comel.
Jadi, disini..aku belajar satu benda.
Tak semestinya korang muka comel, atau ada ukele tak terkalah, atau suara yang merdu tanpa batasan, popular di Malaysia, korang BOLEH mengatasi keunikan dan kesungguhan orang lain.
Dalam kes Gail ni, dia tewas kepada pemuda yang bernama “Leng Rachanikorn Keawdee“.
Leng Rachanikorn Keawdee buat apa?
Ok. Dia buat akrobatik dengan bantuan lagu yang ntah satu habuk aku tak faham, dengan latar suara yang juga aku pun tak faham sampai tak sempat bukak google translate sambil membuat pergerakan yang mencairkan gadis-gadis thailand dan juga juri perempuan yang memanjang terlopong aje mulutnya termasuklah aku yang jarang sungguh membuka mulut.
Speechless.
Patutlah, Gail tewas.
Kesimpulan penuh, keunikan dan kesungguhan TAKKAN ditewaskan oleh bakat dan kecomelan.
Hardwork always win!
** Dari kategori comel. Aku rasa Hazanis dan Fatin Liyana pun TEWAS jauh ditinggalkan oleh adik Gail ni. Siti Nurhaliza? Hanis Zalikha? Fazura? Tasha awek Mahali? Hatta bekas awek Justin Bieber tu pun kalah teruk. Hehe..
Ps: Aku bukan nak menidakkan USAHA adik Gail ni, cuma dari segi kesungguhan, aku rasa Leng Rachanikorn Keawdee jauh meninggalkan beliau dari niche kesungguhan. Tapi aku setuju, Gail memang SUPER COMEL!
5,305 total views, 1 views today
Haha..terbaik entri versi Gwiyomi ni..melibatkan niche kesungguhan,bakat dan kecomelan..
hoho..siap ada niche lagi tu. haha
masih x faham entah apa ke bendenya Gwiyomi Kiyomi hehehe
gua pun tak tahu.
saje gatal nak ambil tahu. 😆
Nak tunggu Titan buat video Giyomi lah,
hoho.
jangan haraplah.
mati2 aku ingat budak ni orang Jepun..
aku ingatkan budak korea. olaaa!
haha ini kalau akad nikah pening bakal suami nak sebut nama nya…kekeke….
Lahhh ada pulak yang lain?emmm
mmg comel buat ni sekali tgk.. dua kali tgk pun comel.. jadi comel..
aku tau nape mamt tu mng.. sbb nama dia ala2 rajnikahn gitu. haha
Bila saya nak jadi tersohor mcm ni..hehe..nak masuk muka dalam blog ni pun susah..orang lain senang jer…hahaha..kena wak gaya kiyomi dulu ke?haha
ank2 sy pun suka tgk Gail ni nyanyi Gwiyomi. agak dah budak siam.
typo tu cekgu… UKULELE yerr… kekurengan satu Le di situ.. jgn mare~