Bila janji dimungkiri. Ya, itu sentiasa berlaku dalam hidup kita ni. Ada masa, janji kita tidak ditepati ataupun dimungkiri. Ada banyak maksud tersendiri. Aku tahu kalau kita dah janji nak buat benda tu, kita akan buat. Bila dah berpakat, tetapi satu benda pun tak start, bila benda tu nak jalan? Akhirnya? Terbengkalai sahaja. Hasil ke mana, modal ke mana, air liur pun tak ke mana..
Bila dah berjanji, kita kena tepati. Kalau kata hari ni, kenapa pula ditunda hari lain. Tidakkah mereka tahu hari lain kita pula ada komitmen? Ada benda lain nak buat. Ada orang boleh terima. Ada orang tak dapat nak terima. Ada orang, sudah buat jadual awal-awal, bila tarikhnya diubah, pasti banyak benda yang tak boleh dilaksanakan.
Bila sang lelaki berjanji, perempuan pasti benci jika janjinya dimungkiri. Tapi percayalah, jika perempuan yang bermungkir janji, pihak lelaki selalunya boleh buat sardin aje. kalau lelaki berbohong, jangan harap perempuan itu mahu percayanya lagi. Tapi kalau sang perempuan yang berbohong, lelaki masih boleh terima sepenuh hati.
Cerita tentang janji, memang sakit hati bila janji tidak ditepati. Kita akur, itulah yang akan jadi. Jadi, mulai hari ini. Jangan berjanji.
2,978 total views, 2 views today
janji dicapati… 😆
uih uih untuk politik je tu
janji dan tunaikan la.. jangan jadi munafik
Pasal bab janji menjanji ni, Asyrof memang pandang serius lah.
Memang terasa gila bila tak ditepati. 🙁
janji nak jumpa 3 petang, 5 petang baru sampai, adoi.