Salah satu cara aku menghafal adalah gabungan dua perbuatan yang cukup aku suka.
Membaca dan menulis.
Dulu, bila aku nak hafal surah Al-Baqarah yang merupakan surah yang terpanjang dalam Al-Quran, memang cukup susah. Tapi memandangkan ustaz sekolah aku dulu suruh hafal gak. Aku pun hafal gak la. Takut kena marah. Takut kena rotan. Kawan-kawan aku pun pakat-pakatlah hafal. Jadi, macam-macam gaya dan teknik menghafal la yang kita orang cuba buat. Tapi tak lekat sangat. Ada sampai ayat ke sepuluh..nak masuk ayat ke sebelas..lupa dah balik ayat ke lapan. Pendek cerita..agak sengsara gak la nak menghafal 286 ayat tuh.
Tapi aku nekad.
Nak juga hafal.
Nak juga cabar diri aku sendiri.
Agar awek kelas 6 Abu Bakar tu syok kat aku.
Maklumlah, aku dok kelas 6 Omar masa tu. Walaupun aku ketua kelas 6 Omar, tapi aku tetap tak setaraf bebudak kelas 6 Abu Bakar yang diklasifikasikan sebagai budak-budak genius, pandai, pintar, kelever dan bijak.
Jadi, awek-awek kelas 6 Abu Bakar memang tak pandang bebudak kelas bawah cam aku nih walaupun sekali lagi aku tegas bahawa aku adalah ketua kelas 6 Kenanga sekolah pagi dan 6 Omar sekolah petang.
Tapi orang-orang pengurusan sekolah terlupa bahawa aku adalah manusia genius dalam bab usaha bersungguh-sungguh. Aku juga super kreatif dan inovatif. Itu anugerah yang aku yakin dicampakkan kepada diri aku oleh Allah.
Jadi, apa yang aku buat?
Aku baca banyak-banyak kali 286 ayat tu.
Sampai aku sendiri tak terhitung nak mengiranya.
Dah baca banyak kali sampai aku rasa macam bosan membaca.
Dah bosan, aku tulis semula ayat-ayat surah Al-Baqarah tu. Dari ayat 1 hingga ayat 286. Selagi aku tak hafal ayat pertama, aku tak boleh langkah ayat ke 2. Selagi tak hafal..selagi tu aku ulang baca dan baca, selagi itu aku tulis huruf jawi itu berulang-ulang kali. Sampai penuh buku tulis aku tuh..habis satu buku..bukak satu buku..
Lepas 1 bulan lebih..
Aku berani “TEST” hafalan aku dengan ustaz.
…
….
Lepas cemerlang dengan penuh warna PELANGI!
Alhamdulillah.
Aku rasa macam dah ada lesen besar nak pergi mengurat awek kelas 6 Abu bakar.
Sebab aku satu-satunya pelajar yang dah hafal surah Al-Baqarah kat sekolah tu. (Jangan ikut perangai aku nihh. Masih jahil lagi ketika itu). Bebudak kelas 6 Abu Bakar pun tak ada yang dah berjaya hafal termasuklah mereka-mereka yang pandai dan genius tu. Jadi, aku ambil keputusan..lepas UPSR, aku nak “propose” awek 6 Abu Bakar itu jadi awek rasmi aku..
…
….
Beberapa purnama selepas itu..
Keputusan UPSR 1996 pun keluar.
Aku dapat 2A dan 2B.
Awek 6 Abu Bakar tu dapat 1A dan 3B.
Aku menang.
Bertambah besar pengharapan aku untuk PROPOSE awek itu.
Dan bila aku dah nak hampir dengan awek tu, aku dengar kawan dia cakap kat awek 6 Abu Bakar tuuu..
“Eh..ko nak pindah ke Terengganu minggu depan?”
…
….
Musnah.
Malapetaka.
Jatuh slip UPSR aku ke tanah.
Terengganu dengan Banting tu walaupun aku tak tahu ceruk mana awek 6 Abu Bakar tu sekolah nanti..tapi aku tahu tempat itu sangat jauh untuk aku sampai dengan menaiki basikal.
Masa tu, takde handset nak sms. Nak call plak, tak tahu nombor telefon. Nak hantar surat cinta pun, tak tahu alamat..
Macam mana nak BERCINTA?
Masa itulah macam-macam perasaan yang tidak pernah aku rasa, menerjah masuk ke lubuk hati-hati kecil aku..
Hati rasa sakit macam kena cucuk dengan jarum peniti mak aku.
Mata rasa nak mengalir air mata macam lepas tumbuk cili untuk buat sambal belacan..
Dan ketika itu aku sedar,
Tak semua yang kita usahakan itu akan membuahkan hasil seperti yang kita NAK..
Dan pada tahun 2014 ini..
perbuatan menulis dan membaca itulah membantu aku untuk mencari sedikit pendapatan sampingan dengan menjadi seorang penulis yang suka merepek tetapi mempunyai ramai peminat kipas susah mati dikalangan gadis-gadis bertudung comel dan makcik-makcik beg besar.
Habis cerita dah.
Kesimpulan.
Rajin-rajinlah membaca.
In-sha Allah, banyak manfaatnya.
Dah baca kitab PINK aku tu, sila-silalah buat kerja.
Sila tulis, tulis dan tulis.
Faham tak wehh?
…
….
Sekian.
Semoga terhibur dengan cerita karut harut marut hari ini.
7,724 total views, 1 views today
Dah baca dah.
Ada antara entry-entry yang lepas-lepas pun menarik minat untuk teruskan menulis blog. Cuma sekarang ni rasa macam hanya nak jadik pembaca blog saja. Motibasi terganggu mungkin atas beberapa perkara. Mungkin juga ambe tak ada matlamat yg jelas utk berblog.
kalau takde matlamt,,, bina matlamat kecil dahulu,,, saya pun baru belajar,, – kedaionlinemy.com
Rajin membaca dan usaha yang berterusan merupakan salah satu kunci kejayaan.. Pasal nak ngorat awek tu.. Anggap laa bukan jodoh ang yer.. hihihi.. enrti yang menarik..panduan TNX 2.0 tu ape menda yer?
awek tu cantik kan.tak pe lah bro..barang yang lepas jangan dikenang namun intipati dari cerita ini saya dapat tahu bahawa nak berjaya mesti kerja keras dan sungguh-sungguh!
terbaik bro..sekarang lu ada cari awek tu dekat fb tak bro..hahaha
Ok encik titan…nak kena jadi bagus macam encik titan gak ni…untunglah dia ada peminat kipas haaaa…tak panas dah hari2 hadap blog..haha
Awek tu dah kawin ke en.titan? mustahil tak tahu. ker awek tu takde fb, g+. twitter ke? blog pun takde?
Masa disekolah dahulu selalu nampak kata-kata semangat ini ditulis pada dinding sekolah. “Membaca jambatan ilmu”.
Kalau nak berjaya mesti ada usaha. Kesungguhan pasti beroleh kejayaan. Dari pengalaman mengajar kita akan haluan dan arah yg betul. Selebihnya…doa dan tawakal. Namun, tidak semuanya boleh kita miliki…sesungguhnya semua itu ada hikmah disebaliknya.
uish.. menarik nih kisah2 lama2 cam nih.. bongkar kisah lain plak bro.
Betul tu. Nanti boleh dengar cerita sifu yang lain pula.
Ai see. Dah sampai ayat last sekali baru faham kisahnya. Kekekeke. 😉
lejen weh ebook TNX tuh..ehehe
Aku pasti ini kisah benar, mungkin dengan sedikit olahan gaya cerita novel. haha..
okeh malam ini aku nak tulis lagi, coc stop disini kikikiiki
awek yg pindah terengganu tu jadi apa sekarang…heee
betul tu DH.
Ada sana lagi ker> hehehe..
Masih ada sisa2 cinta ke ngan awek tu Titan, atau sekarang ni Isteri kau tu awek yg kau suka masa tahun 6…
Wah, sebulan lebih je dah ingat surah al-Baqarah. Ada potensi besar untuk habiskan hafalan seluruh surah dalam AlQuran ni…InsyaAllah
kalau tak baca kita xkan tahu apa yang ingin disampaikan. btw aku ada gak pengalaman camni. tp xde la sampai bab menghafal tu. tub2 awek tu pindah ke luar negara. sedih gak time tu 😀
Aik ni cerita betul ke cerita karut nih 😛
Alhamdulillah kalau sekarang boleh hafal macam dulu2 tu…
Menarik cerita bro. Baca dan tulis memang teknik hafalan yang berkesan dalam semua bidang. Cuma jiwa den ni tak berapa suci sangat tu ilmu susah nak lekat tu.
awek aku dulu hilang tanpa jejak gak
ntah kat mana sekarang ni
ho ho
Baca jgn tak baca. Tulis jgn tak tulis. Lama dah tak updates pasal tnx. Blog yg buh skrip tnx pun entah ke mana dah.. tinggal nama domain aje duk maintain renew. Hahaa
dah baca dan memang sangat terhibur dengan kisah cinta tak kesampaian bro titan ni..hehe
Uitttt…punyalah banyak kisah cinta ya..boleh buat satu buku ni..lepas cinta pertama kedua dan seterusnya..
Pasti makcik2 beg besar suka baca..hehehe
hahahahahaa… kisah yang penuh tragik…. hebat giler ilmu hafalan bro titan ni…. 😀
Sumpah lawak pasal awek 6 Abu Bakar tu. Tapi ada ilmu yang saya dapat hari ni iaitu cara nak menghafal dengan baik.
agak-agak kalau terserempak dengan awek 6 abu bakar tu, kenal lagi tak?
Kalau nak hafal boleh baca dan tulis apa yang dibaca. Tapi kalau nak tulis di blog, boleh baca tapi kena tulis lain…kena jaga isu plagiat ni…
Punyalah khusyuk baca rupanya cerita awek UPSR yang tak kesampaian, ceh 😎
Sebut pasal tulis dan baca ini, masa sekolah menengah ada seorang cikgu ini wajibkan semua murid tulis diari. Tiap minggu dia check. Sampai hari ini kami ingat dia lagi.
Aiyooo! Ye ke ni. Dah macam drama plak baca cerita nih..
yang penting. titan ada tabung gambar kartun.