Ashadee
membuatkan dunia buat duit melalui blog menjadi kacau bilau.
Setelah pulang dari bercuti panjang, aku pulang dan kembali ke urusan biasa.
Menulis blog.
Update blog dan segala bagai lagi yang melibatkan dunia blogging.
Pendek kata, PENAT.
Hampir 5 jam dok mengejah link-link affiliate Ashadee yang baru ke seluruh blog yang aku gunakan untuk mempromosikan produk-produk yang ada di Ashadee. Itupun, kena tunggu vendor mengupdate status terkini produk masing-masing. Shuth macam tak setel lagi. Sham dah setting semua produk dia kat Ashadee. Dan beberapa vendor lagi turut update apa yang patut. Termasuklah produk aku sendiri yang aku letak kat Ashadee. Dah betulkan..pihak Ashadee pun dah luluskan tak sampai 24 jam dan dah boleh korang promosikan dengan penuh kasih sayang.
Ya. Duit komisen Ashadee pun aku dah dapat untuk penghujung bulan Mei. Duit Ashadee untuk awal bulan Jun 2014 ini pula akan masuk minggu depan.
Ini kali pertama kitab aku terjual LEBIH BANYAK sikit di Ashadee. Campur direct sales yang beli terus melalui email aku..dah lebih 40 sales terhasil bulan Mei yang lepas.
Terima kasih kerana mempercayai produk aku yang SATU itu. Nantikan versi 2.0 yang akan keluar tidak lama jika tidak ada apa-apa aral yang menghalang dan juga tidak terlalu sibuk untuk menyiapkan draft akhir kali ini.
Duit blogging.
Alhamdulillah. Masih ada jugaklah sikit-sikit walaupun takdelah banyak sangat macam budak-budak lain dapat. Ini hasil masing-masing atas usaha yang berterusan. Tahniah kepada semua pengamal kitab Teknik SEO Merah Jambu yang berjaya dapat sales melebihi dari 3-4 angka pada setiap bulan.
Tahniah.
Aku TAHU, bukan senang tu nak dapat. Dulu pun, aku pun rasa susah. Tapi bila dah nampak formulanya, bila dah temui jalannya dan bila dah usaha gila-gila..akhirnya, hasilnya cukup memuaskan hati-hati bakal-bakal bini tersayang.
MLM yang mengarut.
Peh..penat gak berperang dengan budak-budak MLM ni.
Setakat ini, aku cukup susah nak jumpa MLM yang betul-betul patuh syariah yang boleh aku sertai. Dah lebih dari 10 tahun aku mencari, TETAPi masih belum ada yang melekat dihati.
Senang cakap, aku dah TAK PERCAYA dengan MLM.
Buat duit dengan MLM, bukan lagi satu PILIHAN yang baik dan menguntungkan bagi aku. Lebih-lebih lagi bila aku dapat kesan ada unsur penindasan, elemen head hunting dan juga kes orang atas makan komisen orang bawahan tanpa perlu bersusah payah. Itu tidak campur yang bab split, bab level lebih 3 peringkat, level 10 tingkat dan juga level infiniti ke bawah, ke kiri dan ke kanan. Lom campur binari, pairing, flush, “investment” yang mengarut dan sebagainya. Bagi aku, MLM ni simple aje..selagi ada unsur-unsur yang aku tuliskan ini, tak payahlah join. Aku tahu, orang yang bijak..memang senang-senang nak dapat duit cepat dan lumayan dengan MLM ni. Itu sifat MLM yang tidak dapat dipisahkan sampai bila-bila. Unsur syubhah dan ragu-ragu dah timbul, kenapa masih liat bersama dengan MLM?
New Life.
Sekarang, kehidupan aku dah tak macam dulu.
Serius, terlalu banyak perubahan yang perlu aku ubah untuk gaya hidup yang lebih baru. Semoga apa yang bakal aku lalui ini nanti, lebih mendewasakan aku.
Ya. Aku yakin, ramai yang dah tahu, kan?
Kisah kahwin.
Ya. Aku dah kahwin. Aku dah nikah.
Tapi belum ada anak.
Masih perlu KUAT berusaha lagi setiap malam-malam pertama.
Haha.
11,414 total views, 1 views today
Tahniah sebab

1) dah nikah dan dah kawen
2) kaya raya hasil berblogging
3) tidak tertipu ngan MLM yg ntah hape2 ntah…
Wahhh.. murah rezeki tahun ni, bulan lepas…
Nak dekat2 puasa ni, moga bertambah2 lagi lah ye.. 🙂
Tahniah
rezeki lumayanlah..dan nikmat rezeki akan bertambah-tambah selepas ini!
betul tu.. Terbaik sifu.. 💡
Tahniah kerana berpindah ke alam baru 🙂 Banyak cabaran tapi more content for your blogging 😀
Dah kawin??? Baru lagi ke? Betul2 lah..jangan tipu..nak kasi ubat kuat malam pertama nihhhh…hahahaha 😈 …
Bab duit, memang agak jeles di sini…
Kalau boleh… Kalau boleh saya nak jadi orang pertama beli kitab SEO merah jambu V2… Hahaha
Dah kahwin, dah nikah tahniah, bila nak tambah lagi satu, takkan nak tambah income je….he..he..he..
Ada beberapa link di Ashadee broken termasuk kitab SEO Merah Jambu.
eh,salah dengar ke hee bagus kalau kawin boleh pas ni tepek gambar si dia yang sah tu eh ..eh..
jap..ashadee asyik tukar jer naik celaru nak belek satu link adeh..
Tak jemput pun majlis kahwin…huhuhuhu..
tahniah bro, semoga bahagia dunia akhirat..
Betul tu.. Semoga bahagia sifu.. 😆
Wah..dah kawin..patut la diam je beberapa hari ni..hoho..tahniah
betul tu. diam-daim aje sifu..
Ashadee macam pening je bukak malam tadi … 😕 Eh betul ke dah kawen .. 😀
Kawe tak banyak promote Ashadee ni, so kai run Broken Link checker jer .. he he.. Nanti lah kalau rajin, baru update link
adess sejak bila plak kaweng ni…

otak aku pun dah bercelaru nak update link ashadee….. klu satu blog x pe jugak….
kalau kumpul2 semua hasil tu dah berapa ratus ribu dah kan…rezeki.
nanti ada rezeki anak pula..insyaAllah
Tahniah dah kawin. semoga berbahagia ke akhir hayat.
kawin senyap-senyap jer.
betul la.. mmg teruk sikit agen affilaite nak tukar link affiliate…
tapi bagi saya pula sbg advertiser.. satu peluang saya memasukkan semua produk dalam satu akaun ashadee yg sama.. sebelum nie, semua berlainan 😀
Pasal MLM ni, orang yang banyak tanya sure akan dibenci oleh kaki-kaki MLM. Pada diorang, lebih senang ikut je tanpa banyak soal macam diorang. Hehe
BTW, Selamat pengantin baru 🙂
fuhh.. banyak betul duit dapat..
dah kahwin, baru tau.. Tahniah!, tengok komisyen memang menyerap tengok.
tulah memang kacau bilau la ashadee ni..sib baik ada broken link checker kalau tak pening nak cari balik semua link tu
tahniah sifu.akhirnya ada peneman setia utk makan cendol banting.hahaha
Betul tu FA. Sifu dah ada peneman.. 😀
Tahniah, selamat pengantin baru…semoga cepat-cepat menimang cahaya mata.
rezeki kahwin bertambah-tambah tuh.. amin tahniah bro..
1. Ashadee.belum sempat gua ejah mana2pun..hehe
2. Mlm.guapun tak suke kalau ade ciri2 was2.
3. Tahniah dan teruskan usaha spt anda berusaha malam pertama! Hahaahaha
Tgah siap2 nak p kenduri lu…sekian
First..tahniah sebab lu dah berjaya kawin yang pertama..
Second..tahniah sebab tak putus2 dapat rezeki dunia online..
Third..tahniah sebab berjaya memotivasikan gua untuk terus mempromosi dan bereksperimen dengan affiliate..
Hehe.. Tahniah dapat income masyuk dari blogging.. Tahniah gak dah kahwin.. Tak lama dapat la anak tu.. 😛
slow and steady.
tahniah sifu 😀 hehe…nanti kasi lump sum cendol banting okai?hahaha
Tahniah sifu.. diam-diam aje yea..
lama xsinggah sini..tau2 dh kawin..tu pun nmpk event dr fb..hehe…
tahniah titan!! pasnii tunggu titan junior plk…hehe
Honeymoon lagi ker bro?
banyaknyeee income dia. penat pun berbaloi2
amboi cepatnye nak anak. nanti lagi tak sempat hadap bende2 ni.. haha