Baik.
Apa itu Teknik Intermittent Fasting?
Menurut penulisan Brad Pilon dalam bukunya yang bertajuk “Eat stop eat” telah menyenaraikan beberapa manfaat
yang anda akan perolehi apabila mengamalkan IF ini.
Antaranya adalah:
- Dapat mengurangkan %lemak dalam badan.
- Dapat mengekalkan struktur otot daripada proses penguraian.
- Kandungan gula dalam darah yang rendah.
- Kepekatan insulin yang rendah dalam badan.
- Mempertingkatkan proses liposis dan juga proses oksidasi lemak.
Okeh. Macam mana tu sebenarnya?
Apa yang kita kena lakukan agar Teknik Intermittent Fasting(IF) berkesan dan boleh bantu kita kuruskan badan kita dengan cepat?
Untuk pengetahuan korang, Teknik IF ni secara praktikalnya adalah suatu aktiviti berpuasa yang di lakukan dalam jangka masa 18 jam @ 24 jam sehari sebanyak 2 kali seminggu.Ianya merupakan salah satu cara mudah untuk anda membakar lemak (lose fat) dan menurunkan berat badan dengan cepat disamping masih mengekalkan otot.
Faham?
Mudah, kan?
Dah alang-alang nak dekat bulan puasa ni, korang ada waktu yang cukup SESUAI untuk mencuba Teknik Intermittent Fasting dengan lebih berkesan.
Dan kalau korang perasan, aktiviti berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis sebenarnya ada banyak kelebihan yang kita tak tahu. Selain dapat pahala dan ganjaran disisi Allah, puasa 2 hari membantu kita mengawal diet pemakanan kita dan juga membantu dalam pembakaran lemak secara kita tidak sedar.
Cuba tanya bebudak atau gadis-gadis gemuk. Bilakah kali terakhir mereka berpuasa Isnin dan Khamis?
Apapun, kalau betul korang nak kurus atau nak dapatkan berat yang sekurang-kurangnya masih dalam BMI. Berusahalah untuk kuruskan badan dengan segera. Kalau dah terlambat, memang SUSAH nak kurus. Masa tu, hati dah rasa malas, dah tak malu kena ejek gemuk hari-hari, dan dah tak kesah dapat suami atau tidakk..
“Eleh..orang lelaki tu banyak gak yang gemuk-gemuk! Awak jangan DOK mengata orang perempuan je!!”
“Beb..orang lelaki kalau gemuk pun, RAMAI yang berkahwin. Saham DEPA mahal-mahal belaka. Siap dapat bini yang cantik dan bergetah lagi. Perempuan GEMUK, ada dapat suami badan SASA dan hensem?”
Ya. Ramai gadis yang hendakkan lelaki yang memenuhi ciri-ciri idaman mereka seperti hensem, kurus, badan sasa, kuat, cerdik, pandai, nak kerja doktor atau cikgu..ada pendapatan tetap dan sebagainya. Tapi lu tak jaga penampilan, lu tak jaga makan, lu malas bersenam..celah mana nak dapat suami idaman lu?
Dah, untuk penjelasan yang lebih jelas, sila download Ebook Bakar Lemak Pantas ini dengan segera. Baca bab Teknik Intermitten Fasting dengan penuh kasih sayang agar dapat membantu anda faham konsep menguruskan badan yang sebenar.
Gi download kat sini –> Ebook bakar Lemak Pantas
Ps: Aku bukan nak kutuk. Tapi, aku cuma menyatakan hakikat dan fakta yang sebenar. Tahukah korang bahawa negara kita tersenarai antara rakyat yang MALAS bersenam dan juga negara yang banyak orang GEMUK?
24,025 total views, 1 views today
Sama ke antara gemuk dan boroi?
sayang nak buang lemak, lama simpan, mahal pulak tu.
Boleh cuba teknik ini untuk kesihatan yang berpanjangan insyallah.. 😀
ok fine…cis sungguh entri ini..ahaha..buat gua rasa nak kurus cepat jek..
gemuk bagi lelaki lambang banyak duit dan gemuk bagi mak orang adalah tanda bahagia..makan berselera dan hati senang!
EMm betul gak tu..perempuan ni, lepas kawin lagilah kena jaga badan..kalau tak jaga..nasibla…menangis nanti..hahaha 😈
Jom sama-sama kuruskan badan ikut cara IF ni 🙂
Menarik..nanti nak baca kelebihan puasa 24 jam seminggu ni..
Tak lama lagi bulan puasa. Kalau boleh continue sampai bulan Syawal tu, teknik yg lebih baik lagi
ni pertama kali aku dengar akan teknik nih. Tapi yer lah bro, dah macam apa yang islam ajar kan
Ooooo baru tahu.. sebelum ni tak tahu pun
memang negara kita mempunyai kadar obesiti tertinggi di asia.
eh ..Titan org Banting Ke?
okay bab diet n workoot ni memang kena ada disiplin yg kuat, kalu dah boleh puasa sunat isnin dan khamis memang cantik dah..mereka ni trgolong antara orang yg berdisiplin tinggi dan jaga kesihatan.
aku pun hampir masuk kat kategori gemuk tu.. kena buat sesuatu nu
betul lah tu ramai yang gemuk, akak lah salah sorang nya huhu
aku nak tambahkan berat lah. pernah jumpa ebook naikkan berat badan tak bro? aku siap kena label kering lagi. hahaha
Aku dah kurus..tak perlu guna teknik ni..
bagus teknik IF ni..saya sedang beratkins diet..diorang selalu sebut IF ni tapi saya tak faham, yang sy faham puasalah..kebetulan harini puasa..kene fahami IF ni sepenuhnya..mohon share link di group wasap atkins sy ya
Penipuan Email
tu la sebab nya kita kena pose…. dapat rehatkan badan & dpt sihat kn badan… tak gitu bro….
Alang2 amalkan teknik ni… lebih baik kite pose sunat… dpt gak pahala…
teringat pula seorg profesor kat UKM..
dia makan nasi jee.. rehat setengah jam.. lepas tu makan ayam jee.. rehat setengah jam..lepas tu makan sayur pula….nak try laa… 😀
Buat masa ni, aku belasah je…hehe…
makan saja lah tapi makan sedikit2 lah…
Try kurang kan air manis…banyakkan air kosong…
tu je my style…huhu
orang lelaki tak gemuk… tapi depa banyak boroi… perut maju ke depan…. ekekeke….
Awesome
baru baca pasal diet atkins kat blog hafiz rahim tadi
la ni intermittent fasting pulak
kalau combine dua2 makin cepat la kurus kut
😉
Skrg BMI dah obesiti dah…lemak memenuhi bahagian perut skrg ni. Dulu yg dikatakan kurus keding kini gemuk.
Ada lagi satu diet memang lagi super power turunkan berat badan. Tapi kos tinggi dan site effect pun T____T
Jom cabaran diet atkins 😛
negara yg paling Malas bersenam eh? haha aku setuju dan juga terasa..
Ohh ni betul2 mogok 2 hari ni..artikel baru pun tak ada…dah-dah la tu..pasrah la dengan ketentuan takdir… 😈
Ye ye…dah beli..cuma blom praktikkan lagi..hehehe….
dah elok berpuasa jangan pula time bukan puasa mcm hantu raya…makan tak ingat…agaknya tak menjadilah badan nak kurus.
kalau puasa 12jam, boleh 2 in one, dengan puasa sunat seklali.
Haha..
Waktu tu kita leh adjust. Janji kita lh kawal apa yang sepatutnya.
walau apapun tekniknya yang penting mesti disiplin dan jangan malas insha allah berjaya
Ya.
Setuju. Tetap kene usaha.
I is sentap pada ayat : ce tanya budak atau gadis gemuk bila terakhir berpuasa isnin khamis 😥 😥 😥
so terkesan
Jadi..rajin2 la berpuasa.
nak try! semoga aku cepat kurus
yups, jangan malas bersenam
dan jangan malas cari ilmu untuk bersenam dengan cara yang betul
waaaah lagi sebulan nak puasa ramadhan. boleh buat IF terus. raya nanti boleh melaram dgn baju raya 😛 😛 😛
Ni dah lebih 2 hari dah ni mogok… Ke 2 bulan? 😈
jom kita berpuasa!
Sunyi sepi…adakah dek kerana bizi nak akad nikah…huhu?
sibuk ker bro..aku nak naikkan berat badan.. eh salah nak maintain jer… dah 60 kg skrg..huhu
Betul ke Malaysia antara negara yg ‘kaya’ dgn org2 gemuk? Mcm x nmpk pulak org2 gemuk ni – yg gebu & panda-like ada la….:D Yg penting BMI, BP dan Blood sugar ok, dan hati gembira, Insyallah semua ok. Kalau kurus tp stress tak selamat jg, kan..?.
malaysia antara 10 negara yg malas..malas bersenam.. 🙂
Islam dah bagi tunjuk ajar, kita je kurang ikut. hehehe
lepas ni akan lebih semangat untuk puasa sunat Isnin n Khamis. dapat kebaikan dunia n akhirat.
tq for the info
orang malaysia lebih sayang lemak daripada kesihatan..tu yang malas nak bersenam tu..:)
Aku setakat ni macam ok lagi kot. hehe
kena kuat semangat, azam dan disiplin kalau nak berjaya kurus.
okay, baiklah. puasa senin khamis start dr…. ermm.. minggu depan kot :p
Tahun ni nak buang lemak dekat perut. Tapi memang betul fakta, rakyat malaysia malas bersenam. Mungkin aku termasuk dlm kategori ini. Aku tak bersenam tapi selalu juga bermain badminton. Tu je yg mampu aku buat he..he..he..
kalau dapat suami badan sasa hope isteri pun jaga badan juga ya, biasa suami badan sasa menjadi idaman para wanita, serius cakap. memang ada yang minat badan chub, tetapi bukan semua.
ayat ni buat aku sentap..
“Beb..orang lelaki kalau gemuk pun, RAMAI yang berkahwin. Saham DEPA mahal-mahal belaka. Siap dapat bini yang cantik dan bergetah lagi. Perempuan GEMUK, ada dapat suami badan SASA dan hensem?”
nasib baikkkk aku dah kawen.
tapi masa kenal dgn suami aku dlu mmg aku kurus
kah kah kah…
kalau aku gemok dulu, gemok, msti smpai skrg aku tak kawen
kalo kawen pon dapat suami gemok gak..
hahaha
ok laa… besok start puasa ganti & IF & atkins sekali
moga kurus hendaknya
Amiiinnnn
Ada terbaca juga dengan dr zubaidi. Macam menarik. Tapi agaknya kurang sesuai untuk ibu menyusu. Lapar!!!!
Fuh mcm2 teknik nk kurus. Puasa isnin khamis tu memang bagus sgt diamalkan
Jaga badan penting untuk wanita & lelaki. Bukan setakat badan je, level kesihatan darah pun kena cun sekali
Lelaki ke perempuan ke sama je, kena jaga badan biar sihat dan maintain.. bukan sebab saham..hihi
biasa wanita dah berumah tangga ni cepat membesar dengan jayanya kan..apatahlagi dah lalui proses kehamilan,lepas bersalin dah sibuk dengan kerja rumah pulak, rehat tak menentu makan pun tak menentu kan…
tapi kalau masih gadis dan berisi,itu memang kena take note juga,hahahha..sebab tu masa bersanding kita tengok pengantin comel molek je, cer jumpa balik after 1 year ke..hihihi insyaAllah pasti bertukar size…
Puasa Isnin Khamis tu mmg menjadi. Cumanya kena kuat semangat. Saya sentiasa pantau berat. Kalau naik sampai 55kg, kena cepat2 kontrol. Kalau tak nnt payah nak turunkan.
Alang2 buat teknik ni, puasa la terus dapat pahala..ehehe
Tekniknya boleh juga nih Gan, ini perlu untuk istri-istri yang sudah mulai bengak badannya