Haa..
Pernah tak dengar orang lain cakap macam ini?
Atau korang sendiri pernah tercakap ungkapan yang lebih kurang sama macam tajuk diatas?
Ya.
Itu yang aku rasa DULU bila aku beli ebook mahal-mahal dari blogger luar dan IM luar. Beli plak lagi theme mahal-mahal yang berharga 97 dollar untuk dapatkan lesen wordpress theme. Beli article PLR dengan harga 49 dollar dan hampir kesemu artikel itu aku ubahsuai hampir 70% dari isi kandungannya. Dan memacam lagi.
Pendek kata, kalau korang dah berhabis beratus-ratus, aku dan makhluk genius berdarah merah yang lain dah habis beribu-ribu sebelum kami dapat income ribu-ribu nih. Jadi, tak perlu rasa bersalah sangat bila korang TERBELI produk atau ambil servis yang kena bayar beratus-ratus ringgit atau beribu ringgit.
Reda dan percaya.
Reda bahawa ini adalah salah satu cara untuk ubah haluan korang ke arah yang lebih cemerlang. Percaya bahawa satu hari nanti ko juga akan menjadi salah seorang blogger yang hebat seperti blogger yang ko respek itu.
Itulah yang aku rasa ketika aku mula-mula “BELAJAR” dulu dan aku masih giat membeli dan berhabis beribu ringgit setiap tahun untuk satu ilmu yang boleh aku praktikkan dan amalkan. Agar boleh boleh membantu aku mencapai apa-apa yang aku inginkan.
Ilmu itu mahal.
Ilmu itu tinggi nilainya pada mereka yang mengamalkannya.
Ada masa kita kita dapat ilmu dengan cara yang CUKUP murah. Tapi kita tak nak hargai. Kita tak nak praktikkan. Kita menganggap ilmu itu adalah ilmu lecehan, ilmu lekehan, ilmu bodoh dan macam mana. Tapi bila korang cuba BELI ilmu dengan harga yang lebih MAHAL, korang akan dapat ilmu murah yang korang campak semalam. Terasa RUGI bila korang memikirkannya.
“Kenapa ilmu MAHAL yang aku beli hari ini , SAMA sahaja dengan ilmu bodoh yang aku beli semalam?”
Itulah fitrah manusia.
Selalu mempunyai khayalan terbilang dalam otak masing-masing.
Benda DEPAN mata, memang kita tidak akan nampak.
Benda murah, memang kita terajang sungguh-sungguh dengan sebelah mata.
Tapi bila terpaksa dapat dengan HARGA yang mahal, barulah kita sedar bahawa cili yang pedas itu sungguh SEDAP rasanya bila menjadi sambal belacan. Barulah kita terasa gajah depan mata tu memang berat kalau kena angkat sorang-sorang.
Orang kita memang macam itu.
Makhluk sains Homo Sapiens memang ada perangai bangang macam itu.
Cukup suka tidak bersyukur.
Cukup suka tidak bersangka baik.
Asyik berfikir dan suka membuat anggapan, DIALAH manusia paling agung kat dunia.
Dia sahajalah yang betul.
Dia sahajala yang PALING betul.
Semua orang SALAH. Semua orang bodoh. Semua orang bangang.
Orang ini memang sombong tidak bertempat.
Aku takde masalah kalau korang nak terajang rusuk kiri orang macam ini ramai-ramai.
Kesimpulan.
Ilmu murah atau ilmu mahal Ada nilai agung yang tersendiri.
Pandai-pandailah mengamalkannya dengan bijaksana.
Benda mahal, memang biasanya SEDAP.
Dan kalau benda tu dah sedap, memang ramai manusia sanggup BAYAR dengan harga yang MAHAL.
Dah.
Habis cerita.
Gi beli ebook dan kitab PINK mahal aku itu.
Faham?
9,643 total views, 1 views today
Adat manusia, semua nakkan yang percuma.
Betul juga tu. Tapi tak akan sama dengan yang ad harga dan punyai pengisian macam buku pink sifu titan 😳
mesti lah pilihan pertama adalah percuma,, saya pun nak – kedaionlinemy.com
Kalau makan, beli barang berjenama orang tak kisah, mahal macam mana pun mereka nak. tapi bila bab nak membeli ilmu. nak mendapatkan ilmu berkira. Nak percuma je….
Betul tu. Kena bayar juga untuk dapatkan ilmukan. 💡
woo banyak dapat tu ,nasihat lain dah beli pergi baca lagi haha
biasalah tu bro..try bro offer cendol free mesti ramai yang nak bro…orang kita sebenarnya kita kena yakinkan dia…bila dah kita dapat berikan keyakinan dan kepercayaan barulah mereka sanggup keluarkan duit berkepok mereka…macam orang skim cekap kaya buat la bro konsep dia..nampak tak permainan dia
betul tu. Jika ada nilai baru ramai yang berebut nak dapatkan tipsnya. Rasanya dah ramai yang berjaya dengan buku pink sifu ni. 😆
mangkuk pertama aku berani lagi offer.
mangkuk kedua. korang bayar sendiri.
Ye, hendak atau tak nak jer. 😀
Betul tu. usaha yang penting kan. 💡
kadang2 yg free pun org tak hargai lagi la yg berbayar 😀
Ilmu MAHAL untuk dapatkan hasil yang lagi MAHAL apa salahnya hhe
Biasanya kita akan lebih hargai nilai wang ringgit berbanding free ni…tapi entahlah lain ulu lain parang…
yup murah kurang dihargai..
bila kita beli baru kita tau yg ilmu yg dulu kita buang ketepi itu mahal harganya
Selalunya benda mahal ni memang berkualiti berdasarkan reputasi pemilik dan kualiti produk tersebut.
kalau nak sedap, cendol mahal sikit pun takpe, janji sedap…
Okeh…aku nak pi ulang baca itu Kitab Merah Jambu..rugi beli mahal2 kalau tak ulang baca banyak kali..hehe
betul pun..saya ingat bayar mahal beribu dengan seorang sifu..setengah jam jer dia ajar saya seo..24jam kuar artikel keluar muka depan google…sangat berbaloi ilmu yang mahal jika diguna
Betoi2…kalau dah sedap mahal pun sanggup bayar..Kualiti go seiring dengan kuantiti…
Ilmu tu tinggi nilai dia..
jangan nak berkira..
ilmu guna sepanjang hidup..
cuba tengok dari segi lain..
pasti berguna..
nilai ilmu bukan boleh diukur dengan duit
hanya orang bijak yang tahu nilai ilmu
Teknik seo jambu mahal pun usd37.50 aje. .. Mohon ulangkaji dan teruskan perjuangan kaut komisen kepuk2. Hehe
benda percuma kurang dihargai, benda mahal memang disayangi hehe 😛
Ilmu yang bermanfaat tak dapat dinilai dengan wang ringgit
Terima kasih kongsikan cerita pembakar semangat macam ni..hehe..harga mahal semestinya berbaloi..haha
Yup.. setuju tu bro… ilmu adalah sesuatu yang bernilai tinggi…
Ilmu memang tidak ada nilainya walaupun cuma secebis huma.
Cendol itu sedap tapi murah… Sanggup bayar. hehehe. Bila nk payung cendol ni?
setuju. tapi asal ada duit la bru den jalan. xde smpai nak ter swipe kedit kad..huhuhu
Barang dah berkualiti, mestilah mahal kan? Yg penting berbaloi 😀
Kalau tak sedap pun, tapi sudah terbeli…jangan dikutuk-kutuk ilmu itu, takut tak berkat ilmu yang lain yang sudah dipelajari.
ilmu adalah sesuatu yang bernilai tinggi 😉
Bab ilmu ni memang ramai orang berkira yang amat. Nak yang FOC ja. Apa la nak dibandingkan dengan ilmu yang kita perolehi dengan wang ringgit yang boleh dicari tu kan
Yap!. Melaburlah untuk ilmu, pasti tidak akan rugi. Walaupun mahal..
memang betul, apa yang di inginkan perlu dapatkan juga walau ada cabaran