Bila baca tajuk tu, apa agaknya yang korang fikir?
Bolehkah Blogger dijadikan sebagai kerjaya? Bolehkah blogger mampu menjadi satu pekerjaan yang lumayan? Bolehkan dengan menulis blog kita mampu menghasilkan gaji pada setiap bulan?
Boleh.
Nak jadikan blogger sebagai kerjaya. Itu bukan satu perkara yang mustahil.
Tapi, bagaimana?
- Usaha yang berterusan,
- disiplin yang tak terkalah,
- mempunyai modal,
- berani tanggung risiko dan mencuba,
- cukup tidur,
- Buat kerja walaupun korang seorang yang kuat tidur.
Itu antara resipi untuk berjaya untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dan mampu menghasilkan pulangan yang lumayan setiap bulan.
Konsep asas untuk seorang blogger boleh menjadikan aktiviti blogging beliau menjadi pendapatan utama beliau sekaligus bertukar ke blogger sepenuh masa adalah..
BACKUP
Pastikan korang mempunyai backup wang simpanan paling teruk 6 bulan punya simpanan. Takut lepas korang dah jadi blogger sepenuh masa, tiba-tiba ada kecelakaan, ada kemalangan yang memerlukan duit yang segera..tak adalah rasa macam menyesal sangat masa korang berhenti kerja..
Tapi kalau lebih afdal, korang ada simpanan untuk 3 tahun. Biar lebih, jangan kurang. Aku jarang jumpa mana-mana blogger yang dari tak ada apa-apa terus menjadi blogger sepenuh masa yang berjaya. Biasanya, sebelum mereka berhenti kerja..mereka dah cukup berjaya dan dikenali ramai sebelum mereka berhenti kerja dan menjadi penulis blog sepenuh masa.
Sebab, bukan senang nak menjadi seorang penulis blog sepenuh masa. Apatah lagi menjadikannya satu kerjaya yang boleh dijadikan kesinambungan hidup korang dan keluarga korang. Tak semudah seperti yang disangka.
Kalau dah kahwin, pastikan korang sudah ada wang simpanan yang cukup untuk keperluan mereka. Termasuklah untuk bajet pampers anak, baju kurung bini-bini, lipstik, jajan anak-anak dan segala bagai lagi. Dan pastikan, isteri korang tahu apa itu blogger agar takdelah nanti tiba-tiba mintak cerai dengan korang. Ramai orang perempuan tak faham bila ada orang lelaki bagitau pekerjaan mereka adalah penulis blog. Biasalah..orang perempuan mahukan sesuatu yang boleh menampung hidup mereka.
“Blogger? Apa tu? Boleh bagi saya makan dan beli baju cantek-cantek ke?”
Believe me, tak semua orang perempuan kat Malaysia ni tahu apa itu blogger atau apa itu penulis blog.
ILMU yang mantap
Ada ilmu dan sentiasa mencari ilmu. Jangan dok nak riak sangat dan anggap korang tahu semua benda. Banyak lagi perkara yang korang bodoh. Gi la rajin baca blog-blog blogger sepenuh masa, beli ebook-ebook yang boleh membantu dan pergi seminar atau bengkel yang boleh memandaikan korang agar boleh terus bersaing dalam dunia buat duit dengan blog.
Korang sudah pun mempunyai beberapa blog yang pastinya boleh dijadikan sebagai “GAJI BULANAN” yang sentiasa konsisten. Maksud aku, hasil dari blog-blog korang tu sudah mampu memberikan duit yang hampir kepada duit gaji tetap pada setiap bulan. Kiranya, korang dah ada income tetap bagi sesetengah program atau sistem yang korang tetapkan. Bahagian ini, cukup susah. Tak ramai yang dah berjaya. Sebab melibatkan usaha yang berterusan dan disiplin yang terkalah. Masa nak tidur pun tak cukup.
Tapi, hasil dan impaknya..memang lumayan!
Dan mantapkan ilmu dari segi promosi, hal-hal teknikal, gaya penulisan dan macam-macam lagi. Malah, pelbagaikan dan banyakkan sumber kewangan korang. Duit dari blog, bukan sahaja datang dari blog korang sahaja, ia boleh datang dalam pelbagai bentuk. Tulis review, advertorial, datang event dan gathering, jual ebook, buat design, buat blog dan website, jual botol kicap dan sebagainya. Pendek kata, sentiasa mencipta lebih banyak peluang.
Pengalaman sebagai penulis blog(blogger) sepenuh masa
Pengalaman aku sebelum dan selepas nak jadi Β full time blogger sebelum ini, benar-benar mengajar aku banyak benda. Duit memang dapat banyak. Tapi kerja memang teruk. Tidur sampai tak cukup. Kawan ajak keluar pun kadang-kadang terpaksa tolak. Yelah, nak kejar job dan peluang-peluang yang mahal-mahal. Kalau tak, orang lain yang sambar. Senang cakap, memang aku kerja kuat la dan hasilnya memang aku sendiri rasa kagum sebab tak pernah pegang duit banyak tu. Hoho..jakun sikit aku masa tu..
Tapi, ianya tidak seindah seperti yang aku sangka..
Mak bapak aku pun kekadang risau bila fikir kenapa anak mereka tak nak cari kerja dan macam-macam lagi. Oleh sebab mak bapak aku jenis tak boleh tengok aku dok diam tak buat apa-apa..diorang sihir aku dengan macam-macam lubang pekerjaan. Dan akhirnya, aku terpaksa meninggalkan dunia blogger sepenuh masa dan menjadi separuh masa apabila aku menjawat jawatan sebagai salah seorang kaki tangan kerajaan..ohh..
Nampak? Nak jadi Blogger sepenuh masa ni..hang memang kena kerja keras. Tapi..bila dah nampak hasilnya..memang lumayan. Cuma..aku tak berapa kuat. Cuma bertahan 2 tahun aje. Kerana mak bapak aku..aku ikut gak cakap mereka. Waa..waa..
** Tapi..impian aku untuk menjadi seorang penulis blog sepenuh masa, tidak pernah padam – Encik Titan
…
….
Ps: Okeh la. Aku tulis ni sebab ada contest yang Denaihati buat. Tak tahu sempat hantar ke tidak. Haha..
11,739 total views, 1 views today
2tahun menjadi blogger sepenuh masa tu pastinya buat mata bro bengkak.. Paling sadis gadis2 comel pun lari hohoho.. Ini sekarang malas-malas pun dapat income dari blog juga.. Tahniah bro, salah seorang mentor aku dalam dunia blogging ni..
Mmg en titan boleh dijadikan model blogger berjaya…serius…en titan mmg cukup teebaik!
kena kuat semangat…. aku tak berapa nak kuat sgt
mak den tak bagi jadi blogger sepenuh masa
Blogger ni bidang kerjaya baru yg masih ramai tak faham dan skeptik dgn hasilnya.biasalahhh… Benda baruu…
Utk jadikan ia sbg kerjaya sepenuh masa, mmg kena byk back up dulu. Apa2 pun try dulu separuh masa
kat celah mana denaihati buat contest?alamak……..nak join gak…kena terjah blog DH cepat2 nih…tak kena timing betul lah saya ni..asyik terlepas aje…emm seronok gak baca artikel mcm ni..saya antara beribu-ribu blogger yang ingin buat blog sebagai kerjaya utama..insyaAllah..satu masa nanti..hehe
perghhhhhhhhhhh.. bagus..boleh gua jadikan sumber kalau ada orang tanya pasal ni. hehe
semoga berjaya menjadi blogger sepenuh masa π π‘
Kalau ada backup..aku pun nak jadi blogger full time..xya stress dengan bos yang bagi arahan mengarut..
Actually di negara maju sana, dah ramai buat duit menggunakan macam-macam medium seperti berblogging dan beryoutube. π
okla tu Titan.. baju kurung bini-bini ke baju-baju kurung bini π
hooho…..betul dah tu en titan tulis….bini-bini π
derek gambaq fatin liyana. huhu. nasihat yang penting sebelum nak jadi fulltime blogger. kena prepare betoi2. takut yang di kendong berciciran, yang dikejar tak dapat.
Thanks en titan…tak pernah gua kecewa baca entri lu…
Bukan senang tapi tak mustahil…moge lebih ramai lahir blogger sepenuh masa
Perkara yang perlu difikirkan, “adakah blogger seorang usahawan?”. Mampukah dia membina empayar perniagaan yang dapat memberikan sumber pendapatan pada masyarakat yang memerlukannya?
Paling penting sekali untuk jadi usahawan ialah mampu membina syarikat atau perniagaan yang boleh berjalan tanpa kehadirannya…autopilot & selfsustain….
Mari kita cuba renungkan dan cuba cari jawapannya!
dan mindset kena betul la. nak kejar utk terus senang takleh jugak kan
contest punya pasal..rajin tulis panjang.ahahaa..nanti la, kot ada masa gua join contest..bizi edit gambar
Perlu modal besar nak jadi full time blogger ni. Maklum jela,.. hidup seharian perlu diteruskan jugak.
Kepada yang berhasrat tu,.. ikut nasihat Mr Titan kat atas sebelum buat keputusan utk tukar profession jadi full time blogger.
biarlah perlahan-lahan dan blogger separuh masa pun cukup hebat kerana ia tidak perlukan kita mengabaikan kerjaya utama.
Separuh masa pun tak apa. Jadi manager pada blog-blog yang ada. Cari seorang dua pekerja. Barulah boleh jadi jutawan.
perrgghhh.. terbaik bro. jauh lagi nak sampai tahap tu…
Banyak kena belajar lagi untuk ke arah ini. Matlamat kita kena setkan untuk menjadikan nya sebagai kerjaya π
bilion terima kasih diucapkan pada bro kerana menyertai kontes contest #βDuitRayaβ¬ dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.
@Titan,
Artikel menarik bro..
Memang betul backup $$$ perlu ada..
Apapun aku membina kerjaya sekarang melalui
tolong orang lain miliki blog etc.. sampai blog
sendiri terabai..
Janji masyuk… hihihi :p
Ikhlas,
AMIN JOHAR
(Pendaftar Domain)
PAKAR NIAGA
Untuk berjaya memerlukan pengobanan yang sangat besar.
er apa faedah kau tit tot tit tot depan komputer tu ayat kaum ibu ni
Seronok jugak jadikan blogger sebagai kerjaya.
tapi saya belum sampai tahap tu lagi. insyaALLAH.
π
bila start join event balik beberapa bulan lepas, bermula la angan2 nak jadi blogger sepenuh masa.. tapi agak susah, perempuan kan .. angan2 lain nak kahwin awal.. walaupun takde calon..
tapi bila di fikirkan balik,
seorang isteri kena berada di sisi suami.. hahaha..
so dah cancel.. nak jadi cikgu.. anak cuti, kita pun cuti.. hahahah…
so lepas ni kena sambung dip in edu la plak…
Yup, boleh jadi satu kerjaya pilihan fulltime yang popular satu masa nanti
Post entry ada harapan nak menang hadiah wang besar nie…..
Semoga dapat duit raya banyak-banyak bro… dah dapat tu jangan lupa yang tiada ye… offer pulak kat blogger-blogger lain… π³
Tak mampu bersengkang mata di depan komputer lama-lama, sampai bengkak mata…itu sebab kawe tak mampu jadi blogger sepenuh masa. Jadi blogger tak seindah yang disangka itu betullll…Apa yang bro…perkatakan memang banyak betulnya. Kisah dan tauladan yang baikkk untuk dinilai.
wah 2 TAHUN BLOGGER alhamdulilah rezeki sentiasa masuk walaupun kita bukan someone kan…
nasihat ini perlu dibaca berulang kali baru tertanam dekat hati π
woww… Insha’Allah… Insha’Allah… bukan dapat duit sahaja tu… pahala pon banyk bantu org lain… ilmu yg dikongsi tu, pahala kekal sampai kiamat insha’Allah…
saya bnyk belajar di sini…
Kena kuat dan sihat
Ho ho impian tu tak pernah padam π
[…] Bolehkah Blogger dijadikan sebagai kerjaya? Bolehkah blogger mampu menjadi satu pekerjaan yang lumayan? Bolehkan dengan menulis blog kita mampu menghasilkan gaji pada setiap bulan? Boleh. Nak jadikan blogger sebagai kerjaya. Itu bukan satu perkara yang mustahil. Encik Titan […]