Oleh sebab protege nombor 110 aku dah bertanya, jadi, aku kongsikan sedikit pengalaman aku menjadi Full Time Blogger atau Blogger Sepenuh masa selama 2 tahun dulu. Jadi, korang akan tahu, strategi, plan dan bagaimana aku boleh jadi blogger sepenuh masa dan bertukar kepada blogger separuh masa.
Tapi, strategi dan plan ini tetap boleh digunapakai untuk blogger separuh masa seperti aku, sekarang. Tak ada masalah jika korang pandai membahagikan masa. Itupun, kalau korang mahu. Tak kiralah korang dah berkahwin atau baru lepas SPM, kalau korang bijak atur strategi.., tak ada masalah besar untuk capai target korang untuk jadi Full Time Blogger.
Modal + simpanan.
Sebelum korang jadi Full Time Blogger, banyak benda korang kena fikirkan. Salah satunya adalah modal untuk korang gunakan sepanjang korang menjadi Full Time Blogger. Setiap bulan, pasti ada modal dan kos yang perlu korang sediakan untuk memastikan perjalanan korang tidak terbantut. Tak adalah tiba-tiba terpaksa “CONVERT” untuk jadi blogger biasa-biasa semula.
Senang cakap, sebelum korang jadi Full TIME Blogger, pastikan korang ada modal dan juga simpanan sekurang-kurangnya untuk 3 tahun. Paling teruk, untuk 1 tahun. Tapi aku cadangkan mesti ada simpanan untuk 3 tahun. Takut-takut tak boleh bawa benda ni. Kena plak zaman sekarang ni kos hidup dah naik, barang dah naik harga, minyak naik dan naik lagi..dan memacam lagi yang naik.
Pendek kata, simpanan mesti ada kalau nak start jadi Full Time Blogger.
Macam mana nak kumpul modal dan simpanan?
Oleh sebab aku dah start lama jadi blogger separuh masa. Jadi, wang simpanan agak banyak gak la. Jadi, ada la jugak simpan sikit-sikit dan membolehkan aku mula jadi Full Time Blogger. Masa aku start dulu..adalah dalam 10K lebih dalam simpanan. Tak banyak, tapi aku beranikan diri sahaja. Kena plak masa itu aku bujang, jadi tak banyak sangat duit nak pakai sangat. Jadi, tak salah aku nak start asalkan aku mahu.
Jadi, sepanjang 2 tahun itu, aku memang tak sentuh duit simpanan aku. Aku letak dalam tabung haji dan biar duit itu beranak. Target..duit tu boleh aku guna untuk buat haji nanti. Tapi aku tetap ada duit simpanan kat bank-bank lain seperti Maybank dan CIMB. Juga BSN dan Bank Islam. Adalah sikit-sikit dalam tu. Duit itulah yang aku gunakan untuk tapau jajan-jajan dan beli benda bukan-bukan.
Dan duit hasil tulis blog..memang aku asingkan setiap bulan. Duit joli dan duit makan, memang dah asing siap-siap. Duit modal menulis blog, memang dalam akaun Paypal. Jarang aku kacau sangat kecuali bila perlu sahaja. Masa itu, income sebulan aku antara RM1000 ke RM2000. Kadang-kadang, pernah cecah RM3000 dan lebih dari itu pun pernah. Tengok gak musimnya.
Senang cakap, aku konvo tahun 2007. Habis konvo, aku dah start jadi Full Time Blogger. Masa aku jadi student tu, aku dah start jadi penulis blog separuh masa. Jadi, income aku masa jadi student dan juga blogger adalah juga dekat seribu lebih ke atas. Tapi hidup memang sengsara gak sebab masa itu memang betul-betul struggle. Korang tahulah hidup sebagai student ni macam mana, kan? Sampai aku menghitung hari bilalah aku nak habis belajar.
Era Blogger Separuh Masa.
Dan dari tahun 2007 hingga 2009 adalah tempoh aku jadi Full Time Blogger. Dan bila aku dah jadi guru pada penghujung 2009, aku dapat tambahan elaun dari gaji guru sebanyak RM2000++ campur dengan elaun. Jadi, income aku datang dari gaji guru dan juga hasil menulis blog. Totally bersih dekat RM3 ribu lebih setiap bulan.
Secara jujur, income menulis blog DROP habis bila aku jadi guru. Kekadang, tak cecah 1 ribu pun. Ada satu tahap, struggle habis nak dapat RM500 je. Sebab banyak masa digunakan untuk handle kerja kat sekolah. Siapa yang jadi guru, dia tahulah macam mana “DERITA”nya hidup sebagai seorang guru. Nak buat benda lain pun susah..
Kegemilangan Blogger Separuh Masa
Tapi lama kelamaan, benda ni dah jadi biasa. Tahun 2011, income aku datang dalam pelbagai bentuk. Sasaran yang lebih jelas, jadual lebih tersusun dan peluang lebih meluas. Dan aku boleh “handle” dah kehidupan Blogger Separuh Masa dan juga kehidupan seorang guru dalam masa yang sama. Jumlah income pun lebih tinggi berbanding ketika aku betul-betul jadi Full Time Blogger dulu. Overall, aku bersyukur sangat diberikan banyak peluang dan kesempatan untuk buat duit dengan blog seperti yang aku sasarkan.
Income aku sekarang kebanyakkannya dari..
- Tulis Advertorial + Review
- Cover Event + Advertorial
- Seminar + Bengkel + Personal Coaching (Yang ni aku cuma buat atas dasar jemputan sahaja)
- Review + Jual text link + Jual Banner
- Servis buat blog dot com sendiri
- Bisnes offline aku..
- jadi guru..
- Jual Ebook termasuklah Kitab Teknik SEO Merah Jambu
- Komisen dari program seperti Nuffnang, Innity, KOMLI, Geenie, Google Adsense dan sebagainya..
- Komisen dari program affiliate seperti CJ, Shareasale, Amazon, program affiliate tempatan dan sebagainya..
- Komisen itu dan komisen ini..
- Rahsia..
- Dan sebagainya..
Strategi yang aku buat untuk maintain income blog?
- Buat 1 blog dulu. Pastikan blog ini sudah ada income yang stabil setiap bulan. Paling teruk, RM500 untuk 1 blog. Blog Earncent aku dulu tu..RM500 adalah paling busuk aku dapat. Selalu memang lebih.
- Jadi, dari hasil keuntungan tu..separuh aku simpan..dan separuh lagi aku labur untuk BUKAK blog baru.
- Jadi, beli domain. Setup blog baru. Dan tulis blog lain plak. Lain niche, blog sama niche dan memacam lagi. Sebaik sahaja blog baru itu incomenya dah agak stabil dan mencapai sekurangnya RM400-Rm500 setiap bulan. Aku bukak lagi blog baru.
- Dan blog baru sentiasa wujud selepas blog-blog lama dah stabil capai sekurangnya RM500 setiap bulan.
- Jadi, boleh bayangkan berapa banyak blog yang dah aku handle sekarang?
Sekarang..aku dah slow down sikit.
Apa yang aku buat..semua blog yang dah stabil, aku kasi tingkatkan lagi income setiap blog. Tak ada lagi penambahan blog baru dan apa yang aku cuma lakukan, penambahbaikan dan tingkatkan prestasi setiap blog yang ada. Senang kata, aku jaga betul-betul blog-blog yang berpotensi tinggi untuk bagi aku income tinggi setiap bulan. Sebab setiap blog adalah “BRIM” aku. Tak perlulah nak tunggu bantuan BRIM setiap tahun..sebab memang aku tak layak. Demm!
Jadi, lebih baik aku cipta sendiri BRIM aku. Haha.
Dari segi trafik untuk blog-blog aku. Tak semua blog aku ada trafik yang cukup tinggi. Majoriti trafik adalah antara 100-500 unik visitor setiap hari. Impression pun antara 20-30k sahaja setiap bulan. Tapi nilai conversion setiap blog agak tinggi. Senang nak buat sales, senang nak dapat offer dari advertiser dan syarikat luar dan tempatan. Sebab itu, pentingnya membina rangkaian blog yang berbeza niche. Ada habuannya disitu kalau kita bijak rancang strateginya.
Hoho..
Perlukah ada trafik yang TINGGI setiap hari?
Tak perlu trafik nak 1000 uv setiap hari. Tak perlu nak ada akaun Instagram yang banyak follower. Tak perlu sangat nak ada follower kat Twitter beribu-ribu. Tak perlu nak ada fanpage yang berpuluh ribu yang follow.
Mengarut semua tu. Haha.
Yang penting, skill dan pengalaman.Β
Tapi kalau korang target nak buat duit dari program macam Innity, KOMLI dan Geenie. Trafik lebih dari 2000 uv setiap hari adalah satu keperluan. Ada sesetengah blog aku memang trafiknya tinggi melampau-lampau. Jadi, sesuailah nak guna untuk program macam ini.
Kesimpulan.
- Ini cara aku. Tak semua orang boleh buat.
- Pilih cara korang sendiri.
- Pedulikan pandangan orang lain. Stick pada peraturan korang sendiri.
- Banyakkan makan cendol selalu.
- Jangan derhaka dengan emak korang. Emak korang suruh balik makan nasi lemak, balik laju-laju. Faham?
** Semua orang boleh buat apa yang aku buat. Malah, aku kenal ramai yang lebih berjaya dari aku. Semuanya jenis tak putus asa. Jenis hati kering. Jenis terlebih tidur. Jenis suka makan jajan. Jenis yang hatinya kacak sentiasa. Pendek kata, korang ada keinginan..korang boleh buat. Nak atau tak nak aje.
Ps: Dah. Cukup, aku malas nak ulang cerita yang lebih kurang sama. Dah banyak kali aku cerita benda ni. Jadi, lepas ni..takde lagi dah cerita yang macam ini lagi. Inipun rasa macam dah lari dari tajuk aje. Haha..
19,216 total views, 1 views today
belum cukup mampu lagi nak buat macam ko..sebab aku minat fotografi..tahniah..:D
aku buat apa yang aku mampu aje.
dah tak larat macam dulu dahh. π
repekan yang macam ni memang membina.. Gua rindu salji dalam blog ni.. Internet memang sangat mendukacitakan.. pengalaman macam ini elok di baca pada semua blogger yang memikirkan untuk ke sepenuh masa..
Tahniah dapat buat BRIM sendiri.. hoho
gi la install plugin salji tu kalau rindu sangat. hoho
blog aku tak sesuai la guna.. hahaha trademark blog ni lama dah, aku taknak menyibok.. haha
kaedah rolling blogging bro mmg terbaik. boleh dibuat..
Itu je yang aku buat.
Senang dan takdelah menyusahkan sangat. hoho π
huiyo.. banyak jugak sumber pendapatan nya yer.. patut ler saya tak kaya2 lagi.. hebat ar bro .. π
aku wat benda ni bukan nak jadi kaya maa.
asal lepas makan nasi, itu dah cukup gemilang dah.
pengalaman yg boleh kami blogger lain timba dan belajar,,, TQ bosss
wah memang terbaik strategi ni hehe thanks titan bg idea π
setakat ni gua fokus tuisyen belakang rumah gua dulu..tapi tak boleh lawan income lu lagi..haha
respek lah boleh buat blog banyakΒ²..nak ngadap PBS lagi..haha
PBS tolong jangan sebut aa..
serabut kepala gua. haha.. π
tension je bila sebut PBS π
cerita macam ni
banyak kali pun aku baca
rasa acam aku pula yang dapat duit banyak2 tu
haha..
rasa tu yang penting sebenarnya. π
kalo tulis cam ni pun tak jemu je aku nak membaca.. tambah semangat ada laa…
sebab tu, aku pun suka baca artikel-artikel aku.
aku tulis apa yang aku suka baca. haha
sumber inspirasi sangat2
Wah, rahsia telah dibongkar.
Thanks .. π
Manada rahsia-rahsia maa.
semua aku dah cerita. korang aje tak jumpa, kot?
terbaik tuan! π
haha..gelak baca entri ni..
terbaik pendapat abg titan..!
skil dan pengalaman tu paling penting..!! π
apsal plak gelak ni?
gua serius tahu. πΏ
satu pengalaman yg cukup berharga bro..
bila buat bisnes full time.. mmg byk duit habis sbb banyak masa utk shopping utk hilangkan kebosanan. heee
haha..
yang shoppingnya bukan gua maa..tapi duitnya memang duit gua. π‘
Itu yang buat gua pening kepala..
tahniah!! setiap usaha yang bersungguh sudah mendapat habuannya
Argh mana gambar awek tudung pink..cendol ada hang selitkan, tp knp tidak awek tudung pink..haha
itu untuk tatapan peribadi sahaja.
mana boleh kongsi-kongsi. haha. π
Entri ni harus dibookmark bila tiba-tiba hilang selera nak blogging. Boleh buat motivasi. π
haa.
sila bookmark. Sila. Sila..
x sangka berblogging ni potensi income dia besar..
memang sangat besar potensinya.
HANYA pada mereka yang nampak. π
memang handal la tu ..
ramai yang boleh buat , tak ramai yang boleh konsisten.
betul, tak berapa ramai yang konsisten.
part tu memang payah sikit la.
Baik mentor..akan ku follow nasihat ko.
Banyak juga income tu Rm 500 setiap blog…
Takdelah semua.
Cuma kebanyakkan aje. hehe.. π³
cerita mudah untuk faham, tetapi bukan senang nak maintain 500(BR11M) setiap bulan. good luck bro!
Yap.
Tak mudah.
Tapi tak mustahil. π
oh kau jugalah idola ku rupanya selama ini π
perghh byk giler pengalaman..mmg otai lah…
thanks for all tips & ur 1 of my mentor π
Tak banyak sangat pengalamanya.
Masih banyak lagi kena belajar maa. π
Berat jg jadi fulltime blogger nie…
Masa bujang, ok lagi.
Kalau dah kahwin, benda ni dah jadi tanggungjawab. Itu yang berat tuh.
best dapat pengalaman otai macam tuan titan ni. Terima kasih!
biasa-biasa aje ni.
ada ramai lagi hebat.
hebat bro nih , kagum den…
apa yang hang kagumnya.
gua cuma hensem lebih sikit je dari hang. haha
panjang lebar, tapi berbaloi bila membacanya… tq bro
ingat nak tulis pendek aje..
sekali terpanjang plak.
Tahniah!!! memang hebat! susah nak tiru !
yang “rahsia” tetap ada, dan sebagainya, banyak lagi tu yer. tahniah bro, memang pengalaman hebat.
yang rahsia.
HARUS kekal rahsia. hehe..
Tidak berani ambil langkah full time blogger melainkan blogging dan sudah ada pendapatan lain yang stabil.
Sebab tu kena ada plan dan strategi.
Soal modal dan simpanan tu, bukan leh buat main-main. Lagi-lagi kalau dah berkeluarga.
Gua respect lah..memang otai blogging.
Biasa-biasa aje.
Lu pun boleh maa.
terlalu banyak ilmu yang dapat ditimba dari entry nie.. terima kasih atas perkongsian yang amat beharga.. semangat berblog berkobar2.. π π
orang yang sabar dan rajin je yang mampu buat camni. ada satu blog pun kemain susah payah nak handle. hohooo
peh memang tabik springg la!
hanyya mereka2 yang tabah dan berani sahaja mampu tempuhi FULL TIME BLOGGER… hehe.. perancangan kewangan memang sgt penting… π
Fuh mencabar jugak jadi full time blogger ye. Benda benda kena pikir. Sy baru ada 1 blog aje berkaitan kesihatan dan herba seperti biji aprikot. Baru nak belajar.
Perghh..mmg menarik kisah bro Titan nie..liku2 kehidupan seorang blogger…semoga maju jaya.
I see…bro pernah jadi full time blogger rupanya…kini baru ku tahu…Pasti bro kenal Boss Hujanbatu kan??
kenallah jugak.
selalu gak lepak blog dia dulu. sekarang ni tak tahulah ke mana. hehe..
Perkongsian pengalaman yang terbaik. Thanks bro…
Masih jauh lagi perjalanan.haha
Emm tak rasa nak turunkan ilmu tu pada ada protoge2 yang ada tu ke?haha..
panduan berguna tuk mereka yg bercadang nk jadi blogger full time…
aku je ke 2016?