Ok. Hari ini..
aku nak cerita tentang kisah mak abah aku. Selalu aku dok cerita pasal mak aku aje. Sikit-sikit mak aje. Sikit-sikit mak tak bagi aje. Sikit-sikit emak, emakkkk dan emakkkk aje.
Mesti korang tensen bila baca blog aku, kan?
Haha.
Dah, baca cepat.
Kisah cinta mak dan abah yang agak SWEET.
Meh, aku cerita sikit tentang mak dan abah aku. Ceritanya agak kelakar sikitlah. Kalau fikir balik, memang buat aku ketawa. Dan memang selalu aku usik dan kacau mak aku dengan kisah cinta mereka yang agak kelakar itu. Tapi kisah mereka menarik dan mungkin sebab itulah mak abah aku kekal bahagia bersama sehingga ke hari ini.
Ceritanya aku beritahu ringkas aje. Kalau aku tulis panjang-panjang, korang tertidur plak bila nak membacanya.
Masa ni, dua-dua masih lagi pelajar maktab yang masih muda dan tak tercemar. Mak belajar kat maktab di Johor. Siapa tahu maktab yang mana satu..dia pandai. Sebab maktab kat Johor memang tak banyak. Entah macam mana, datang satu rombongan atau lawatan sambil belajar dari maktab lain. Dan dikalangan rombongan itu..terselitlah abah aku yang masa itu agak hensem. Siap dengan seluar labuh yang besar macam penyanyi zaman dulu. Memang orang dulu, seluar dia style labuh-labuh tu. Dan mak aku terlibat jugaklah sebagai AJK dan abah sebagai peserta dalam program itu. Pada malam terakhir itu..ada persembahan tarian dari maktab mak aku dan mak aku terlibat dalam persembahan tersebut.
Dan percaya atau tidak, malam itulah saatnya abah aku terjatuh cinta dengan emak aku. Tak tahulah atas dasar apa. Tapi habis aje persembahan itu..terus aje abah aku jumpa mak aku dan bagitau..
“Saya nak kawan dengan awak..boleh?”
Haa..selamba badak aje macam tu. Nama pun tak kenal. Asal dari mana pun tak tahu. Kot-kot anak raja ke anak menteri besar ke. Makanan kesukaan apa pun tak tahu. Tapi..nak buat macam mana. Kepala tengah lalok nak bercinta. Masa itu jugak mereka bertukar alamat dan dapatlah juga tahu nama masing-masing. Dan selepas itu..berbulan-bulanlah jugak mereka bercinta jarak jauh dan hanya surat menjadi bukti cinta dan kasih sayang mereka. Habis aje abah aku belajar, dengan tak sempat konvonya. Terus abah hantar pakcik dan abangnya datang meminang.
Dan hari ini..hidup kekal bahagia dengan 2 orang anak lelaki yang cukup nakal dan gagah perkasa. Dan juga 2 orang anak perempuan yang sopan santun tetapi cukup suka tidur malam.
Tolak ansur dan kuat merajuk.ย
Mak aku, seorang guru. Abah aku pun bekerja sebagai seorang guru sekolah. Tetapi sekarang dah pencen. Dok rumah aje sekarang. Abah aku plak jenis malas nak bekerja sangat sekarang. Dok goyang kaki dan asyik kacau mak aku aje kat dapur. Dapur mesti riuh rendah kalau abah aku tetiba mengada nak tolong mak memasak. Kekadang, dengar mak dok menjerit marah abah bila abah saje ubah suai lauk yang mak tengah masak. Sampai satu tahap..mak halau abah dari dapur. Dok menyibuk aje. Tak pasal-pasal..aku plak terpaksa ganti abah aku tolong mak masak. Dan abah plak merajuk sebab kena halau dari dapur. Tak pasal-pasal, mak jugak yang kena pujukkk..
Itulah, kekadang..aku sendiri tak faham mak abah aku. Kuat merajuk jugak dua-dua ni. Kalau dua-dua merajuk, aku jugak yang tak pasal-pasal kena gi beli lauk untuk makan malam. Maklumlah, kalau mak abah gua merajuk..itu maknanya aku kena cari makan sendiri. Mak memang takkan masak. Abah plak..memang malas sikit nak masak. Selalunya..
“Ko gi beli lauk. Mak tak masak malam ni..” sambil menghulur duit warna merah sebanyak 2 helai.
Apa yang aku nampak dari mak dan abah aku..
Mereka sentiasa tolak ansur antara satu sama lain. Kalau dua-dua merajuk, biasanya salah seorang akan putus asa dan akan memujuk. Dalam dua-dua merajuk..terpaksalah aku plak memujuk dengan lauk-lauk dari kedai makan. Tapi biasanya..mak aku akan mintak aku picit belakang dan urut kakinya. Abah aku macam biasa..aku tak payah pujuk pun tak apa. Abah aku macam aku jugak.
Koolll sepanjang masa. Serius dalam diam. Tapi bila buat lawak..harimau pun boleh ketawa guling-guling..
Pendek kata, merajuk ni dah jadi macam biasa dah. Itu tanda kasih sayang antara mak abah aku. Sikap toleransi dan tolak ansur dalam banyak perkara membuatkan ikatan kasih sayang itu bertambah rapat. Dan sehingga hari ini..mereka tetap kuat merajuk. Terutamanya mak aku..
Dan sekarang, mak aku selalu kuat merajuk kalau aku tak balik rumah tiap-tiap minggu..
“Ko balik tak minggu ni? Mak masak nasi lemak nanti..”
Pengorbanan mak dan abah.
Ini dari pandangan aku.
Mak dan abah aku memang banyak berkorban. Zaman dulu, gaji guru memang tak banyak. Tapi leh la hidup. Memandangkan zaman tu, abah aku ni jenis otak genius sikit. Dia rasa dengan diploma sahaja, belum cukup nak tampung kehidupan kami. Jadi, abah ambil keputusan yang agak besar dalam hidup dia dengan sambung belajar untuk dapatkan ijazah. Bila dah ada ijazah, gaji akan naik tinggi sikit. Mak aku plak..nak juga belajar. Tapi masa itu, tengah mengandungkan adik perempuan aku. Kena plak..Kaklong dan aku dah lahir waktu itu. Jadi, kalau mak nak belajar..siapa plak nak jaga Kaklong dan aku? Mak plak tetap kena kerja dari pagi sampai ke petang. Sampai satu tahap..aku dan Kaklong, mereka hantar ke tadika dan hujung minggu..hantar rumah nenek aku. Begitulah seterusnya sampailah abah aku habis belajar kat UPM tu.
Ya, waktu itu. Aku sangat ingat..waktu pagi aje. Abah hilang entah lesap ke mana..petang atau malam baru balik. Kekadang, seminggu tak balik tidur rumah sewa kawan sebab ada kerja lebih kat universiti. Abah aku berulang dari Banting ke UPM setiap hari. Dengan rakan-rakannya. Maklumlah, abah aku antara orang-orang terawal yang pakai kereta kat Banting. Jadi, kawan-kawan abah akulah yang tumpang. ย Dan berterusan sampailah abah habis belajar. Saat ini..aku rasa hujung minggu aje aku jumpa abah. Selalunya, abah bawa gi pantai Morib. Mandi-manda sambil belanja “Sotong Bakar Banting” yang sangat sedap ketika itu. Mak aku plak..bila takde abah aku. Kena naik bas. Pagi-pagi. Seawal 6.30 pagi dah tunggu bas. Kekadang, tumpang kawan. Pagi-pagi tu. Dahlah waktu pagi buta..kalau jadi apa-apa kat mak aku masa tu. Tak tahulah aku nak cakap apa..mak aku kata, dia bawa payung tiap-tiap hari. Sebagai senjata.
Alhamdulillah..takde yang datang mengacau sehinggalah abah aku habis belajar dan konvo.
Dan hari ini,
Ya..mak abah aku gembira sekarang dengan duit pencen masing-masing. Hehe..
Kesimpulan.
- Tolak ansur adalah benda penting dalam kehidupan berkeluarga. Terutamanya dikalangan suami dan isteri.
- Merajuk adalah MESTI dalam kehidupan berkeluarga. Masa inilah nak tunjuk dalam hati korang yang korang sebenarnya sangat manja dan sukakan perhatian.
- Rajin-rajin belanja bini makan cendol dan sotong bakar. Terutamanya pada petang hari Khamis.
- Tak perlu romantik sangat. Yang penting, hang pandai buat lawak walaupun dalam serius.
- Dan, antara yang paling penting. Percayakan pasangan anda.
Ps: Dah siap. Brader Denaihati suruh aku cerita tentang tips rumah tangga. Oleh sebab aku belum kahwin, beliau suruh cerita pasal mak bapak aku. Haa..sekali mengarut lebih la plak. Haha..
20,273 total views, 1 views today
Ye btol tuu. Dlaam berumah tangga kita harus bertolak ansurrr !
ok dah tahu mana kau dapat DNA muka serius tapi kalau melawak rimau pun bleh gelak.
sekian, terima kasih.
Haha..
keluarga aku memang ramai yang serius.
Anak cikgu rupanya ๐
Apapun Ibu Bapa kita adalah contoh terbaik..
Dan setuju pasal tolak ansur memang penting dalam perhubungan ๐
Lawak bila baca rimau gelak guling2.. adoila..hehee
hahaha..nasib badan la kalau time mak tak nak masak..dah tu cepat2 la cari calon abg titan oii..hehehehe ๐
calon-calon dah ada.
sila sabar ye.
muka serius tuan.hehehe. ๐ฎ
muka harus serius.
baru senang dapat komisen. haha. ๐
Muka serius tp pndai buat lawak…ni ciri2 yg perempuan suka…percayalah…hehehehe
hang mesti yang tengah panjat kusyen kat tingkap tuh.. betul tak?
camana plak hang leh tahu nih.. ๐ฏ
1. Best betul dengar cerita pasal mak bapak hang ni. Banyak betul kan pengorbanan diorang? Patutlah hang jadi cikgu, keturunan rupanya. ๐
2. Tolak ansur bukan sangat penting, tapi sangat sangat sangat penting dalam rumah tangga.
3. Aku ingat hang dah kahwin. ๐
4. Aku agak hang yang baju merah kat tingkap tu.
haha..
keturunan apa plak.
dalam family aku..aku sorang aje. yang lain..semua kerja swasta.
tolak ansur tu yg paling penting..jgn tolak smpai rebah dh le..hehe
haha..
janganlah tolak kuat-kuat plak.. ๐
keluarga bahagia… ketika… insan lain… eh nyanyi pulok aku..hahaha
itu yang aku pelik..mu tak kahwin lagi… dah ada tips..rupanya kisah mak ayah..=)
Apsal aku tengok adik lu lagi tough dari lu. Lu kurang bersukan ek. Hehe
baju melayu gua besar maa. leh pakai 20 tahun akan datang.
Tu yang nampak besar tu. badan gua dengan adik gua lebih kurang aje. baju gua..semua dia tibai. Yang dia pakai tu pun..baju gua dia rembat.
Haha..
Tapi dia adik gua. Haruslah lagi tough dari gua. Dia lagi muda, kan?
gambar bro mesti yang tengah panjat tingkap tu…heee
Jutaan terima kasih bro kerana sudi sertai perkongsian Tip Rumah Tangga dan semoga sukses.
Haha..
semua orang tahu la plak.
err kau yang dekat tengah – tengah tu
Hehe..camana boleh tau nih..
Kisah rumah tangga tuan punya badan bila pulak nak buat?
Itu..gua sendiri kena sabar dulu.
haha. ๐
Itulah yang perlu bila hidup berumahtangga
memang selalu abg lagi hensem dari adiknya.macam aku jugak hehe
Haa..
tau takpe. haha ๐
Sukar dipercayai ceritanya. Apa pun best baca macam real jer..macam betukl jer.. ๐
memang real, dan memang betul.
jee…hehe
citer cam ni ok apa, mmg betol2 tips yang padu nih.. citer mak bapak lu mmg best.. leh praktik nanti lu dah kawin.. hehe
gua kena ubahsuai sikit.
kalau sama, tak best la. kan? haha..
aku memang tahu
seronok kalau kita dapat merajuk
memang seronok
kalau tak caya, kawin nanti cuba la sekali merajuk ๐
fulamak ..terbaiklah ..
jadi sila ikut cara mak ngan ayah lu ..
tips terbaik dah ada di depan mata
so sweet.gambar lama tu mmg style
haha..
aku ambil gambar dari gambar kat dinding rumah nenek aku tu. Masa raya 2 tahun lepas.
Tolak anssur.
Betul lah.. paling penting kan..
Bila ada tolak ansur..
Apa pun boleh handle..
๐
insyaAllah doakan kebahagiaan semua orang..
wah baik orangnye.
baguslah sebab dh ada pengetahuan ttg alam rumahtangga, dah macam pakar motivasi pun ada ๐
pakar motivasi untuk diri sendiri aje bolehlah kot. haha..
Dalam gambar tu, lu yang tengah berdiri kat tingkap tu kan?
camana korang boleh tahu dengan sekali tengok ni.
musykil betul aku.. ๐ฏ
suka tgk gmbr lama2..imbau nostalgia…hehe..
tgk2 je dh agak budak yg nakal tu mesti ko…
hmm tolak ansur mmg kunci keluarga bahagia & semua aspek..
haha..
bila masa plak gua jadi budak nakal. Gua baik tauuu.. ๐
memang banyak pengorbanan mak ayah kat anak mereka…
tolak ansur, saling memahami
pasti bahagia sampai bila2..
Terbaiklah, semuanya jenis wajah bulat. ๐
Seronok baca kisah ni..pengorbanan mak dan ayah tak kan saya lupakan..emm tetiba cam teringat jer kat mak ayah di kampung..padahal baru hari sabtu hari tu balik kampung..emm lepas ni buat lagi cerita macam ni bleh??
tak kira dekat mana dan pelbagai situasi tolak ansur memang perlu untuk keharmonian..cuba berkorban sedikit untuk kebaikan bersama
Selain tolak ansur, makanan masakan dari air tangan ibu sangat mujarab. Bukan sahaja bapa yang lekat, anak2 pun susah nak berjauhan dgn ibu bapa.