Aku mula tulis blog pada tahun 2003. Itu secara rasmilah dengan niat nak buat duit. Tapi sebelum itu..aku ada bersepah blog yang percuma tetapi langsung tak menarik.
Zaman dulu..ada program yang bayar kita untuk tulis blog. Kita tulis blog dekat sub-domain yang kita boleh dapat secara percuma. Template semua diberi percuma, boleh pilih..boleh edit dan memacam lagi. Pendek kata, macam yang dilakukan oleh Friendster dulu. Sayang gila aku dengan blog aku kat Friendster tu. Tapi la ni..dah hilang entah ke mana.
Pada tahun 2003 tu..aku bermula dengan Blogdrive.com Blog yang ini, masih hidup sampai hari ini. Kekadang..aku ada update juga. Tapi boleh dikira dengan jari la jumlah artikel dalam setahun. Beberapa bulan kemudian, aku mula kenal dengan Blogspot.com. Dan dari situ, dengan niat nak cari duit sampingan untuk cover perbelanjaan di UMS, aku pun mula tulis blog.
Dan dari sinilah aku asah skill penulisan. Aku rajin gak ambil upah tulis review produk dari syarikat luar dan macam-macam lagi. Masa ni, blog-blog dari Blogspot masih ada nilai lagi walaupun blog korang PR dan Alexanya tak bagus. Yang penting, Niche. Niche blog diutamakan. Jadi, bagi aku..niche blog ni bukan perkara baru bagi aku. Bagi korang, mungkin ia satu terma baru dalam kehidupan menulis blog korang. Tapi, inilah yang dah berlaku awal-awal dulu. Cuma tak digembar-gemburkan sahaja..
Jadi, apa yang menyebabkan aku berhirah dari Blogspot ke WordPress? Sedangkan, aku dah pulun beribu-ribu dollar masa tu walaupun hanya dengan menggunakan Blogspot?
1. Duit, Permintaan dan Kehendak.
Aku nak dapat LEBIH dari apa yang aku dapat masa tu. Sebab aku tahu..aku akan ada banyak hutang yang akan kena selesaikan. Hutang PTPTN, hutang kereta, hutang rumah..nak kumpul duit belanja kahwin..nak itu dan nak ini.
Oleh kerana banyak benda dalam dunia ni perlu diselesaikan dengan menggunakan DUIT..jadi..atas dasar permintaan dan kehendak aku untuk memenuhi keperluan yang akan datang, atas sebab inilah aku berpindah. Dari blogspot ke wordpress.
Lebih tepat, WordPress berbayar.
Korang nak kata aku blogger mata duitan? Terpulang.
Sekurangnya..aku tak curi duit mak bapak koorang untuk beli semangkuk cendol.
2. Template, Theme, Plugin, SEO dan hal-hal Teknikal.
Semua benda tu..dari segi template, widget, theme, plugin dan hal-hal teknikal..PERLU dilakukan secara manual diblogspot kalau korang hendak blog korang betul-betul OUTSTANDING. Blog dari blogspot yang biasa-biasa, memang susah nak buat duit, susah nak terkenal dan segala bagai lagi melainkan korang blogger yang mempunyai muka yang hensem dan kacak atau gadis yang comel, seksi dan cantik menawan. Yang tembam-tembam dan golongan makcik-makcik, memang confirm 100% orang malas nak layan melainkan diorang ada X-Faktor yang tak terkalah berbanding orang lain.
So, aku bukan jenis kaki design, bukan jenis nak edit sana-sini..bukan jenis nak fikirkan sangat hal-hal teknikal. Jadi, berpindah ke WordPress menjimatkan banyak perkara dan masa. Dengan kemudahan plugin dan theme yang cantik-cantik dan mesra SEO, sangat memudahkan kerja aku untuk buat duit. Aku seorang yang pemalas. Jadi, aku perlukan satu platform yang memudahkan kerja aku untuk mencari duit.
Jadi, tak payah nak marah dan maki aku bila aku kata blogspot susah nak buat duit. BOLEH. Tapi..
“Lu orang kena ALL OUT KAW-KAW baru leh dapat duit ribu-ribu dollar!”
Aku kata begitu, sebab aku dah rasa. Aku dah cuba. Tapi aku tak larat buat cara ni selama-lamanya. Memenatkan. Berpindah ke WordPress, memudahkan hidup aku. Jika dulu aku perlu berusaha gila-gila sampai tak cukup tidur, kini..aku lebih banyak tidur berbanding buat kerja. Hasilnya? Sudah pasti lebih lumyan berbanding dulu-dulu. Haha..
3. Lebih Profesional, Lebih Kacak dan lebih digilai gadis-gadis bertudung comel.
Memang aku akui, ada banyak blogspot yang outstanding. Memang ada yang hebat. BUT, hebat dari segi apa?
Bagitau aku.
Maksud aku..aku nak korang beritahu aku atau onwernya sendiri bagitau aku..berapa banyak blog dari blogspot yang korang nampak dan tahu bukan sahaja hebat dari segi popularity, hebat design blogspotnya, kacak dan cantik tetapi boleh buat duit dengan blog dengan berjaya tanpa perlu pergi event dan gathering?
Selain itu, menggunakan WordPress juga bermaksud menggunakan WordPress berbayar. Korang kena beli domain dan hosting. Mempunyai nama domain dan hosting berbayar, lebih nampak profesional. Advertiser nak bagi duit pun tak rasa bersalah. Nak buat duit ribu-ribu dollar pun terasa gembira aje..
Dan macam-macam lagi..kalau nak diceritakan..ada banyak lagi sebab. Aku tak ada masalah nak cerita berpuluh muka surat, tetapi aku ni pemalas. Korang kena ingat tu. Senang cerita, 3 sebab utama ni la punca aku berpindah dari blogspot ke WordPress.
Aku tahu, mesti ada yang tak puas hati dan memacam apa lagi. Mesti ada yang kata..blogspot pun leh cari makan. Dan memacam lagi. Aku tahu. Dan terpulang pada korang nak terima atau tidak. Apa yang aku tulis, pendapat aku. Korang ada hak untuk menolaknya dan mengekalkan pendirian korang yang agak kolot tu.
** Osama Zia. Dialah punya angkara sampai aku tulis artikel ni. Salahkan dia.
** Tak tahu? Tak ada masa. Tak ada duit. Bagi aku, itu semua, ALASAN je.
Ps: Haha..
9,572 total views, 1 views today
Fuh! beribu-ribu dollar tuh..aminnn.. Suatu hari nanti ya en Titan
hahahahaha di gilai gadis bertudung yang comel.. hoho lebih lama yang ak sangka la.. 2003 lama tu.. seploh tahun dah..
Panggil abg long titan jelah haha
Aku pindah ke WordPress sebab….. Aku dah lupa.
keputusan yang terbaik untuk berpindah
Satu hari nanti saya akan berpindah juga ke WordPress. .. Apabila sampai masanya fatin liyana, Hanis Zalika, Ben Ashaari, Yuyu Zalika, Cik Tom, Irine Nadia Marcello tringin sangat nak lawat blog saya. .. boleh tak nak bagi alasan macam tu…
Kepada pengguna blogspot tegar mesti angin jer kan ko kutuk lebih2 hehehe
Nasib aku bukan blogger
Wah kiranya bleh panggil abg long nie ngeee
betul kata bro nk edit blogspot mcm harem. Dahlah pemalas haha
sekurang-kurangnya bro tak pernah patah semangat.
Nota: sejibik mcm aku sebab2 nie haha jgn marah haaa
haha..ko pun bengang mcm aku gak..ahaha..tapi aku xpenah tgk lagi la blog Malaysia blogspot yg jd SUPERBLOG…ada?mana ada..kena pegi event bagai..puji N,A,I bagai..mana ada..hoho..
aku mula berpindah ke wordpress setelah 1 tahun guna blogspot. tu pun disebabkan nak pakai domain. masa beli domain pihak hosting ckp kalau nak maju dlm dunia blogging ni kena ada hosting sendiri. aku pun beli lah hosting sendiri. serius masa tu memang aku zero ilmu dlm hosting, domain, seo dan blogging. aku tau update cerita mengarut jer. selama 2 tahun juga lah aku belajar pasal wordpress nih….apapun apabila blog wordpress self hosting ni memang nampak profesianal berbanding yg lain
terkesima dengan gambar awek tu.
Emm seronoknya ada pengalaman hebat mcm ni..mujurlah saya kenal dengan wordpress selaluh..hehe
Tengah dok pulun berusaha pindah dari blogspot ke wordpress nih…! berpeluh dah seminggu! hehehe
hehe sama la bro, seminggu gak la makan minum tak terurus nak belajar wordpress punya pasal
uncle zuan…ko mmg terbaiklah!
Tentu seronok kalau boleh jana income beribu-ribu US Dollar melalui blog…. Boleh buat belanja kawan-kawan makan Cendol Banting hehehe…
Terlalu kerdil diri ini jika nak dibandingkan dengan blog Bro… Adakalanya hasil melalui blog berjaya di tuai dalam tempoh sehari bekerja… Ada kalanya hasil kerja berjaya kita membuahkan hasil setelah lebih sebulan, dua bulan, setahun dan sebagainya…
Tapi percayalah, setiap apa yang kita usahakan hari ini melalui blog kita, pasti akan ada hasilnya… Cuma masaya dan rezeki yang menentukannya… Yang penting kita kena melakukan 4 perkara ini iaitu:
D – Doa
U – Usaha
I – Ikhtiar
T – Tawakal..
point lebih kacak tu yang aku suka.. hehe..
yeah… WP coming soon…
Dah lama rupanya buat duit ribu riban dr blog yer. Mmg sifu 😎
Semuanya menjadi mudah dengan keinginan yang kuat untuk berjaya..
“Mempunyai nama domain dan hosting berbayar, lebih nampak profesional” – setuju. nampak kita serius sebab sanggup melabur
kita melabur beb melabur, melabur untuk masa depan macam iklan saham n simpan duit kat bank gitu
Perkongsian yang baik ni. Kena berubah juga untuk bertambah maju. Ada masa boloh cuba dua-dua
alhamdulillah. aku bermula dengan wordpress.
Bg yg belum bertukar tu, aku rase satu jer….depa belum membuka hati utk bertukar walaupun tahu seribu satu malam kebaikan berwordpress sendiri…
aku rase, takde sape nk hangin ngn entri ni..hehehe
Wahh. otai!!!
wordpress baru best, fully control…
hehehe… geng wordpress dan blogspot berentap.
Nak dapat ribu2 dollar bukan mudah..kena usaha dulu..
gua hangin jer baca artikel ini sampai gua dah agak malas nak updated dekat blogger gua
Pakai wordpress barulah lebih profesional walaupun income tarak. Haha
Tak tahu? Tak ada masa. Tak ada duit. Bagi aku, itu semua, ALASAN je.
TERBAEK! (Y)
Aku pakai wordpress sebab aku tak suka menyusahkan diri edit coding html dekat blogspot..wordpress lagi senang maa..duit masuk belakang citer..janji hati puas..tapi so far, memang lepas convert ke wordpress job masuk non stop..hehehe
tak ada yang hangin la..ada baik buruk masing-masing..
Kalau bab event or gathering tu memang ramai yang terkena siot…..
[…] pernah dikongsikan oleh rakan blogger yang obses dengan cendol ni. Artikel beliau yang bertajuk 3 Sebab Utama aku berhijrah dari Blogspot ke WordPress, memang buat aku termenun untuk seketika. Korang boleh baca jika korang nak baca. Tak nak pun tak […]
Get more knowledge from this blog.