Ya.
Selalunya, itu yang aku tekankan.
Ada sebab-sebab tertentu kenapa aku selalu suruh korang gi komen kat blog orang lain.
Malah, dalam kitab PINK pun, ini salah satu kriteria yang aku tekankan agar korang lakukan secara berterusan.
Bukan sekadar hanya untuk membina “backlink” sahaja.
Tapi, lebih dari itu.
Antaranya..
Kenali blogger lain secara SERIUS.
Aku nak korang kenal blogger lain. Lebih-lebih lagi jika korang adalah blogger yang baru ada blog atau blogger baru dalam industri. Komen diblog orang lain adalah cara paling cepat untuk memberitahu kewujudan kita dan blog kita. Orang akan lebih ingin mengetahui tentang kita dan blog kita apabila kita sering komen diblog mereka.
Do that.
Then, you can feel the “warmness” and the beautiful of blogging in Malaysia.
Untuk tahu, blog mana yang mempunyai blogger yang mesra.
Maksudnya, korang boleh “detect” blog mana yang selalu balas komen blog korang, untuk tahu blog mana yang kena approved dulu sebelum komen korang dipublishkan dan untuk tahu blog mana yang “do-follow” dan “no-follow”. Bila dah tahu, korang tahu kan blog mana yang patut korang “serang” setiap kali ada artikel baru, kan?
Membina potential trafik yang berterusan
Bila komen korang dah ada banyak diblog orang lain, korang akan ada banyak “PINTU” yang membuka trafik menuju ke blog korang secara tidak langsung. Trafik akan datang setiap hari dan sampai satu tahap, bila korang tak update artikel baru pun, trafik tetap akan datang setiap hari tanpa korang minta.
Sebab korang dah sediakan “pintu doraemon” yang telah korang bina buat sekian lamanya dengan banyaknya.
Kenal crowd dan bakal clientΒ
Ya.
Kadang-kala, ada antara yang datang dari komen korang diblog orang lain akan jadi pembaca tetap diblog korang. Jika korang ada keunikan dan gaya penulisan artikel yang menarik, ini akan menambah satu lagi potensi untuk menjadikan mereka pembaca setia blog korang. Dan seandainya korang ada menjual sesuatu ataupun menawarkan servis berbayar, mereka berpotensi untuk menjadi bakal client korang yang lumayan.
Banyak client aku datangnya dari mereka yang komen diblog aku dari blog orang lain. Mula-mula jadi pembaca setia dan akhirnya, mereka mencuba dan membeli servis yang aku tawarkan.
Nampak dah mengapa aku selalu dapat job sana dan job sini?
Membina jenama
Blog kita adalah jenama kita. Nama blog kita adalah jenama kita. Apa yang kita tulis adalah jenama kita.
Jadi, rajin-rajinlah komen.
Bila “nama” atau “jenama” kita dah ramai orang tahu, kita senang nak capai apa yang kita inginkan.
Target dan tindakan mesti sentiasa seiring.
Barulah apa yang kita impikan itu akan tercapai.
Contoh.
Bukan saja-saja aku cerita pasal “Cendol Banting” dalam blog aku.
Dan bukan saja-saja aku komen kat blog orang lain dan merepek pasal cendol kat blog mereka.
Itu salah satu cara aku untuk mempromosikan blog aku dan brand aku.
Dan sekarang..
Bagitau aku secara serius..
Bila nampak kedai cendol, korang ingat tak kat blog aku?
…
….
Sebab itu, bina JENAMA korang mulai hari ini.
Kesimpulan.
Nak komen kat blog orang lain adalah satu PILIHAn.
Nak buat atau tidak, terpulang.
Aku tak pernah memaksa.
Tapi jangan HARAP orang akan ingat pada korang kalau korang tak pernah nak “MEMBERI”.
Bagi sesuatu pada orang lain.
In-sha Allah, orang lain akan membagi atau memberi sesuatu yang lebih baik pada kita suatu hari nanti.
14,804 total views, 3 views today
saya baru dalam blogging, saya dah cuba cara yang ahmadfaizal katakan,, memang ternyata BETUL!! traffic saya naik mendadak tidak seperti biasa hehehe kje senang jer, komen jer tapi komen mesti lah macam manusia, bukan komen robot ,,, peace yauuu,, tq ahmadfaizal – kedaionlinemy.com
azam tahun baru aku untuk konsisten pegi komen kat blog orang..lately busy ooo..hadoyai
Salam bro Titan, nasihat paling tepat dan paling terbaik untuk penjenamaan blog kita. Kalau kita tak singgah di blog mereka, adakah mereka singgah blog kita kecuali kau tu Perdana Menteri atau ada kepentingan.
Terima kasih En. Titan atas perkongsian ilmu yang terbaik ni. Akan cuba praktikkan apa yang ditulis. Azam 2015 ni π
hahah betul la yang bro cakap, semalam lalu kuala selangor, nampak berderet kedai cendol, mesti igt kt lu walaupn tu bukan cendol banting..haha..
Tak kenal maka tak cinta. Komen juga diibarat salah satu cara promosi blog sendiri.
Setuju, melalui blogwalking kita kenalkan blog kita pada blogger dan atau pembaca lain.
memang terbaik sangatlah info anda ni…blogwalking memang menyeronokkan
sangat-sanat setuju sifu.yes!

dan dah buat apa yg sifu bagitahu tu !
Akan cuba praktikkan master.InshaAllah
Lepasni kena buat hari-hari secara konsisten. TQ boss π
Betul tu, saya setuju sangat dengan En. Titan. Blog kita adalah jenama kita π
aku suka kesimpulan bro ni…
setuju sesangat.. terima kasih atas perkongsian ni yea…
Kalau rajin memberi komen di blog orang lain, pasti semakin banyak orang beri blog kita komen.. hehhe
Memang makan cendol pun ingat kat En.Titan tau… Lama tak singgah sini ^-^
hahaha..bab cendol tu memang xleh dinafikan…kadang2 kalau gua makan cendol sesorang..gua akan terbayang muka lu dalam mangkuk cendol..itu saje gua nak komen
Betul tu sifu..kene rajin komen kt blog orang…begitu juga jika kita buka kedai kene rajin kenal tokey kedai lain juga π
pandainya dia..ehem..cendol dan titan tak dapat dipisahkan..mana bini tak sayang..aummm
oklah aku komen dekat blog orang jugalah nampak gayanya hehehe
hi..mai blogwalking ni…. cara lama tapi kesan berpanjangan….. π
nasihat yg baik. Antara azam tahun baru.
betul..saya setuju.. ada sorang kakak saya kenal..sangat rajin komen kat blog orang termasuk blog saya.. dia punya komen pun dekat ratus gak.. hebat betul
sekarang ni dah ramai geng kaki komen ni. harap dapat meneruskan usaha itu dan silalah beradab bila komen ya. π
jom komenn!. hehehe.
Saya akan komen berdasarkan penulisan orang tu. Kalau entry menarik, Insha Allah sy akan komen.
Saya tinggalkan komen di sini selepas baca artikel ni
Nak komen tapi malas. Ada blog tapi malas. Aduiyai…Tido la dulu…
Yeah! Setuju. Ingat cendol ingat En Titan..huhuhu
saya setuju bab komen tu.tapi last week terpaksa kena manually approve sbb spammers bahasa oversea banyak sangat…
tp janganlah serik ke blog saya, in shaa Allah bahasa yang difahami tu di approve saja… π π
π setuju. itu yang fyna buat dulu. kenapa dulu? sekarang asek bz je. azam for the next year nak buat blk seperti abg titan kata.
Saya mmg malas komen blog org.. tapi demi mr titan… eheheh
aku ada kawan yang buat blog untuk bisnes
dia ada mengadu kat aku, tak siapa pun nak beli
bila aku tanya ada komen blog orang ke tidak
jawapannya, TIDAK!
huhuhu
Ok..mulakan blogwalking dengan blog encik titan dulu.. π
tq kerana menyedarkan saya betapa pentingnya blogwalk yg sy amat malu nak buat selepas publish entry.. π salam perkenalan dari saya..min ibudoakan.com..tq
Nasihat yang sangat bagus.. Jemput singgah ke blog say juga..
setuju dgn pendapat bro…
ya sangat setuju terutama kepada blogger baru. Lepas ni kena rajin komen. Azam tahun 2015.
ooo… ni tempat kongsi azam ye… ermm azam tahun 2015… nak rajin komen kat blog en. titan … π
aku sokong hang bab ni…
Aku pun dah lama tak blogging balik..
saja ja usha2 google blog lama, tgk bila yang aku komen dulu2 semua ada lagi link dia… mcm hang ckplah.. pintu doraemon…
wokeh dah komen. sekian terima kasih.
Oh!..Ramai juga blogger malas nak berkomen.. asyik nak beromen dengan blog mereka aje..aku pun buat benda yang sama 5 tahun lepas…haha.. impact iut nampak ada perbezaan bila kita buka laluan untuk orang lain berkomen di blog kita.. Neway tahniah bro.. aku tak tahu bila nak claim RM 5.. haha
Jap.
Aku ada hutang hang rm5 ker?
Contact aku kat ruang contact. Aku transfer.
Kekadang..ada gak terlepas pandang.
dah 3 tahun saya bagi komen kat blog orang..he..he..
baru 3 tahun… belum 10 tahun π
Assalamualaikum en. Titan,
Pertamanya terima kasih atas perkongsian artikel yang menarik di atas.
Secara jujurnya,memang inilah teknik yang saya amalkan dan saya utamakan dulu dalam pemasaran saya.
Tetapi apa yang saya perhatikan,tidak semua orang yang menggunakan teknik blogwalking ni,betul-betul menguasai seninya.
Ini kerana,dari apa yang saya perhatikan,mereka main tulis komen hentam kromo je,janji komen.
Sebenarnya,apa yang kita komen itu sebenarnya akan menaikkan jenama (macam en. Titan sebut)perniagaan kita.
Buka main komen contohnya: “Bestlah artikel ni”,atau”Thank bro”, dan yang sewaktu dengannya.
Komen yang diberikan sepatutnya memberikan nilai tambah kepada artikel yang dikongsikan.
Baru pembaca yang membaca komen kita akan nampak kepakaran kita.Atau paling tidak,berminat nak tahu lebih lanjut tentang kita.
Akhir kata,terima kasih sekali lagi kerana berkongsi ilmu di atas.
Saya paling bersetuju bab ni.. Banyak yang komen gaya robot, lebih kurang macam letak shoutbox dekat komen, “Hi, saya singgah sini.”, tapi feedback dari artikel menunjukkan hanya baca tajuk berbanding isi..
Tidak ada salahnya tulis “Terima kasih atas perkongsian ini” atau yang macam saudara Abdullah katakan, tapi jiwa tu tak sampai kepada penulis tersebut, lebih kurang gaya macam spam bot jak.. spam bot pun pandai tulis panjang2, biarpun apa ditulis sama saja, hehe.
Setuju dengan perkongsian en abdullah idris ni, ccuma kadang2 tu idea tak datang nk komen panjang2 tu yang ada blogger tu komen setakat melepaskan batuk di kerusi hehe.
macam hidup berjiranlah..nak kena kenallah bertegur sapa dulu.
Dah komen. Ni kiranya aku tengah menyerang blog hang la ni
tak dinafikan blogwalking mmg membina trafik dan backlinks plus jenama…
mcm den ni jenama mom blogger je kot… tkper nnti cuba create yg lebih awesome π
nah. komen. hehehe
Ni la sebab aku kena komen blog otai macam Titan!
gua datang baca dua kali.
tapi apasal gua ingat gua baru komen sekali je
dem !
boleh kenal-mengenal sesama blogger π
Rajin memberi akan dapat lebih. Dalam Islam pun ada ajar. Sebab itu sedekah menyuburkan rezeki.
Selalu baca tapi jarang komen. Jadi silent reader je. Dah ajak, baru komen.
kita memberi orang merasa..kalau tak beri camana nak rasa..dulu mak jemah amik mudah jugak bab blogwalking ni, tapi bila memikirkan bukan taraf retis maka haruslah buat blogwalking supaya orang kenal blog kita:)
buatlah tak susah mana pun heee..kalau ada masa yang izinkan
bila sebut cendol.. gua ingat cendol kat kampung gua nih je… gua lebih kenal lu dengan kitab pink.
la la la…
Maaf tok guru, saya anak murid selalu lupa ajaran. π
Tips blogging yang terbaik yang patut semua blogger praktikkan. Tak perlu tunggu org komen di blog kita (ramai yang bersikap macam nie)
Bab-bab komen ni, macam spam jak.. dari apa yang aku nampak.. kebanyakkan blogger dorang suka tulis thanks atas perkongsian ini sebab tajuk dia ada “tips-tips, teknik-teknik.”
pastu kalau ada gambar familiar, contoh kena letak gambar ultraman, maka dikomennya pasal ultraman, walhal sekadar selingan.
Kesimpulannya, kebanyakkan blogger lebih suka komen secara “Anthem Cromok” berbanding “mesra SEO”, pada mata aku la.. bagi mereka yang faham, Whooaa ~
p/s : sepa yang rasa aku komen macam spambot, bagitau jak k.. haha
Setuju sangat yang ni. Memang beza bila blogwalking dengan komen dengan buat entry hari-hari tapi tak pergi ziarah “rumah” orang…
Sangat setuju dengan bro titan. Bila kita komen dekat blog orang barulah orang tahu kewujudan blog kita.
Komen di blog blogger lain adalah perkara wajib sebenarnya. Banyak khasiat yang boleh diperolehi..:)
Saya perasan perkara ini. Bila kita komen blog orang dengan keyword tertentu pun, kadang-kadang bila orang google keyword tu, orang boleh jumpa komen kita.
#UrusWang
RFS
Komen di blog lain sama seperti pemasaran emel. InsyaAllah tidak akan lapuk di telah zaman. Cara yang evergreen….
Jangan lupa masuk Blog Ammar dan komen ya. Masuk je kalau tak komen tak jadi. hehehe :p π
Penting komen di tempat lain baru org kenal
Nampak gayanya , kena cari juga satu makanan yang perlu dipromosikan.
Rasanya , ayam macam sesuai. Bila orang makan ayam , boleh la orang ingat blog aku.. haha
Satu soalan untuk bro titan , berapa ratus blog yang blog gi lawat sehari ?
Macam mana cara bro simpan list blog yang perlu dilawat setiap hari ? Ke , just secara random jer ?
entah.
aku main komen aje.
random la kiranya.
haha.
karena itulah aku rajin komen disini karena aku blog baru lagi
hai.. banyak nya comment =) baru berpeluan BW sini. tu pun trafic show this web. anyway thanks ye tuan blog
blog ambe dulu ranking menaik sebab ambe rajin mengomen blog orang lain.
haihh kena start balik la ni. azam 2015
betul tu…memang terbukti berkesan…rajin-rajinkanlah diri tu untuk mengomen di blog orang lain…macam mana nak ada orang komen di blog kita sedangkan kita tak rajin tinggalkan komen kat blog orang lain…hee
okeh..terima kasih kongsikan..lepah ni nk jadi rajin komen blog org lain..huhu
Selagi boleh komen kita komen. Bagusnya boleh publish automatik.
Tuan terbaik walau komen mengarot sekalipun tuan tetap buka pintu untuk dibenarkan berkomen..semoga murah rezeki tuan titan di masa mendatang..
Terus menerus mengomen pasti ada backlink…InsyaAllah.
Yang paling penting jangan lokek untuk mengomen…kenali legen dan penulis blog seperti tuan titan ni…InsyaAllah tak rugi kita…
Komen sentiasa berhemah dan relevan…jangan mengarot2 ye..
Terima kasih di atas tips yang berguna di atas..saya akan praktikkannya..
Tapi kekadang tu kalau kita komen, kenapa tak kluar ye..?
Betul2, kena rajin komen. Kira macam kita berjiran dan bersapa2 dengan jiran sebelah rumah. Dan kenal kan ape yang kita buat. Kalu tak berkenal jiran pon tak tahu ape kita buat dan berniaga…
ini adalah antara artikel yang paling menggegar hati dan fikiran aku, dlu aku just post article dan biar saja blog aku macam tu. rupanya selama ini aku silap, blog bukan sekarang tulis dan publish. tapi ia ialah komuniti, ada interaksi!
p/s: aku nak beat top commenter tu, bagi aku ranking paling atas! haha.. boleh tak? :/
Alhamdulillah….Terima Kasih atas Tips yang sangat berguna ini…. π
Tip terbaik. Kekal sepanjang hayat punya tip
Terima kasih En Titan. Tips blogging yg bagus utk LeYa ikuti. Perkongsian ini juga memberi manfaat buat blog LeYa sejak akhir2 ni. Terima kasih sekali lagi
Saya suka komen blog orang lain.
Paling penting saya kena baca dahulu artikel dalam blog tersebut.
Cuma, kalau artikel yang disampaikan tidak menarik perhatian saya. Saya tak komen apa-apalah…
tenkiu en.titan bagi tips yang suungguh bagus.
betul tu, rajin2 la komen kat blog org π
What you give, you get back..wah gitu ka bunyi perumpamaan tu?