Oleh sebab aku pernah tulis aku nak kongsikan lagi beberapa program yang mempunyai modus operandi yang lebih kurang sama dengan Ashadee, Klikjer dan EdyClick, hari ini aku kongsi dengan korang satu lagi “Affiliate Center” yang menempatkan beberapa program affiliate dibawah satu tempat yang sama.
Aztetic
Konsepnya sama seperti Ashadee. Tempat bersarangnya program-program affiliate dibawah satu pusat yang sama.
Jika Ashadee dibawah kendalian Gobala Krishnan dan Klikjer dibawah kendalian Shuth, Aztetic pula adalah dibawah kendalian Ammar Zahar. Salah satu produk Ammar Zahar yang aku rasa korang boleh cuba dan kaut sebanyak mana keuntungan yang korang mahu. Produk Aztetic lebih kepada produk persendirian Ammar dan juga beberapa orang rakannya. Oleh sebab Aztetic ni masih tahap “BAYI” lagi, tidak hairan ramai yang tidak tahu. Aku tahu pun agak lewat juga. Tetapi, aku sudah mula pasang umpan untuk lihat adakah Aztetic sesuai dengan perasaan orang Malaysia.
Ada beberapa program affiliate yang boleh korang cuba promosikan. Senang cakap, semuanya produk orang kita. Produk tempatan. Jadi, aku rasa tidak salah untuk bantu orang kita menjual produk yang mereka hasilkan. Kita dapat duit komisen, mereka dapat juga sedikit hasil.
Selain itu, Aztetic juga ada buka “STORE” atau memberikan kemudahan untuk bukai kedai online untuk sesiapa yang berminat untuk letak produk korang disana. Cuma akan dikenakan caj bulanan. Jika ada duit lebih, tak salah aku rasa kalau korang nak letak produk korang kat Aztetic. Lagi banyak tempat korang letak barang, lagi luas potensinya untuk produk korang diketahui ramai. Ini memudahkan kerja korang untuk dapat sales. Betul, tak?
Jadi, kepada yang berminat nak jadi AGEN promosi dan minat buat duit macam aku, bolehlah cepat-cepat daftar dan promosikan produk yang ada dalam itu dengan segera. Kalau tak silap aku, boleh gak daftar guna akaun facebook je. Mudah, kan? Hoho..
Daftar kat sini –> Buat Duit Online dengan Aztetic
Jangan lupa untuk download juga Majalah Jootawan secara percuma selepas pendaftaran korang berjaya dilakukan.
Ps: Oh ya. Aztetic tak ada tawarkan “Pay Per Click”. Kalau ada jualan terhasil, barulah korang dapat komisen. Fahamkan konsepnya?
8,461 total views, 1 views today
InshaAllah jom pasang niat jadi top aztetic 😛
Uitttt…berapa byk lagi daaa…penat makcik beg besar bekerja siang malam nanti.
Apa2 pun terimakasih memberi ruang dn peluang makcik cari duit lebih..:)
Thanks bro… terbaik… baru tahu jugak ni.. bertambah satu lagi lobang rezeki online…
Moga-moga ia memberi manfaat kepada pemburu affiliate…
aku pi check it out sekarang yer 😛
alamk bro, kenapa kena sign up dengan FB, aku malas la nak link sign up guna FB nih
Daftar cara biasa pun bulih maa.. 😈
😉 this is my first time singgah dekat blog nie selepas baca satu artikel dari khairulasrol . .
salam perkenalan dari blogger newbie
daftar lelaju… haha…
banyaknyaa,,, rasa macam tak sempat je nak join semua,, padahal dok saje je manjang,, haha,,,
oho..salah satu perkembangan yang baik industri affiliate tempatan..hoho.harap lebih banyak advance search feature dalam dashboardnya macam CB tu….jejenguk dulu..:D
Ammar dah mula buat affiliate network sendiri..baguih dak ni..hehe
Ada sertai program affiliate beliau.
Adehh, Banyaknya program affiliate. Ashadee pun kawe tak terlarat. Ni ada yg ni lak.. adui..
Aku lagi r baru tau sekarang ni pasal program ni 🙂
Macam-macam cara buat duit sekarang ni. Bila masuk blog ni baru tahu sebenarnya banyak lagi cara buat duit yang aku tak tahu.
boleh cuba ni…mana tau ada rezeki kat sini
pernah ikuti kursus dgn ammar zahar ni… memnag terbaik
Ok..nanti saya try tengok..terima kasih kongsikan..hehe
dah semakin banyak program macam ni..harap akan menbantu orang kita unutk berniaga
cepat register semua… jadi top2 affiliate …hehe
menarik…baru tau ammar zahar pun ada affiliate center
apalagi kan