Soalan ini susah.
Dah ramai yang tanya aku.
Dan jawapan aku masih kekal SAMA sejak tahun 2001.
..
…
BOLEH.
Tapi untuk capai tahap jutawan, aku tak jumpa lagi untuk orang tempatan.
Tone Excel?
Nope.
Itu bukan program affiliate.
Tapi aku yakin, ada geng Tone Excel yang dah berjaya dapat lebih dari 1 juta.
Itupun, sebab mereka adalah antara yang “TERAWAL” sertai program itu.
Yang baru masuk 1-2 tahun ni, tak ada lagi rasanya yang dapat. Kalau ada dapat pun, angkanya tidak lebih dari seratus orang.
Itu aku tak tahu sebab bila aku tanya kengkawan aku, semua kata tak ada.
Majoriti kata, boleh dapat 20 ribu sebulan, 5 ribu sebulan, 5 ratus sebulan, dua ratus sebulan, 50k sebulan dan macam-macam lagi.
Program tu seakan-akan program MLM.
Sebab memang ada ciri-ciri bagi skim atau program MLM yang sebelum-sebelum ini.
Yang membezakannya, mereka atak ada lesen AJL la.
Sebab produk diorang cumalah sekeping simkad.
So, kiranya jual simkad dan kelebihan yang simkad itu tawarkan.
Iaitu,
–> untuk buat duit.
Okeh, kita tutup cerita Tone Excel.
Siapa nak buat, boleh terus buat. Siapa tak nak buat, tak apa.
Boleh try program Jobdirumah.
Haha.
Program Affiliate ni susah sebenarnya.
Ya.
Betul.
Kita kembali ke alam realiti semula.
Benda ni susah. Ko nak kena tahu pasal domain hosting, ko kena tahu pasal blogspot, ko kena ambil tahu pasal backlink, kena pilih produk, kena cari produk bagus, kena pandai menulis ayat copywriting, kena belajar pasal teknik SEO, kena beli domain, kena daftar program tu, kena ada maybank2u, kena ada akaun paypal, kena pandai menyanyi lagu Isabella, kena ada pengalaman mengorat awek, kena ada kebijaksanaan yang tiada taranya dan macam-macam lagi.
Why?
Sebab aku tak tahu apa-apa masa tahun 2001 dulu.
Aku kena baca website dan blog-blog orang puteh yang perkataannya macam celaka nak faham. Ada satu hari, kena bukak kamus dwibahasa.
Ada satu kali tu, lupa bawak kamus, terpaksalah tanya awek cun kat sebelah sebab dia pakai spek.
Muka putih. Cun dan cantek. Pakai baju kurung bunga-bunga, ada pen kat tangan.
Dan nampak macam “CLEVER” sikit dari aku.
Syukur, tepat tekaan aku.
Dia boleh jawab apa yang aku tanya.
Translate macam sebijik dalam kamus Oxford.
..
…
Oh ya.
Lupa, perkenalkan.
Awek cun itu adalah bini aku sekarang.
Haa..
selain aku berjaya hasilkan kitab Teknik SEO Merah Jambu..
Itu salah satu keindahan bila aku “start” mula buat duit dengan affiliate.
Haha..
–> Apapun, biasanya part yang susah adalah “PART Belajar”.
Biasalah tu beb.
Pergilah mana-mana pun,
korang kena jadi bodoh balik dan kena belajar semula dari bawah.
Kena rajin bertanya, kena rajin buat kajian dan kena tambah softskill dan skill-skill hebat yang dimiliki oleh mereka-mereka yang lebih awal dulu belajar dari kita.
Kalau kena pergi seminar atau talk dulu sebelum dapat belajar dari diorang, pergilah.
Kalau kena beli ebook sebelum dapat belajar secebis ilmu dari diorang, pergilah.
Kalau kena belanja cendol pulut 23 mangkuk selama 3 hari, pergilah belanja.
Pendek kata, pergilah, belanjalahh, keluar modallahhh dan usahalaahhhhh.
Perbezaan aku dan korang
Beza aku dengan mereka, tak ada sangat.
Yang ketara, mereka belajar dulu dari aku.
Jadi, konsepnya sama aje aku dengan korang.
..
…
Aku cuma TAHU lebih awal dari korang.
Korang cuma tahu lambat dari aku walaupun aku tahu ada antara korang yang lagi TUA umurnya dari aku.
Tapi dari satu sisi, aku lebih hensem dari korang dalam bab-bab affiliate nih.
Ofkos, akan ada mereka yang lebih hebat dari aku dan aku sentiasa mencari ilmu-ilmu affiliate baru dari mereka-mereka ini tak kiralah mereka baru setahun jagung atau mereka yang label diri mereka sendiri “PAKAR”, “OTAI”, JURULATIH, Tuk Guru, Sifu, Mentor dan macam-macam lagi.
So, belajarlah dari mereka.
Terutamanya mereka yang dok diam-diam aje sengih-sengih macam kerang busuk bila melihat atau membaca apa yang budak-budak “pakar” kita yang dok gebang kat facebook hari-hari.
Gebang kan main.
Cerita sales juta-juta.
Tapi transaksi akaun bank satu habuk pun tak pernah tunjuk.
Dok tayang kereta dan gambar pos barang.
Haiya..
..
…
Find that kind of people.
Learn from them.
Steal their “teknik” and improvise their skills.
Do your work and have fun.
Keep praying and do it honestly.
Love your wife more.
Play with your kids MORE..
Then, your money in your bank will be become like telephone number.
21,985 total views, 1 views today
konsisten mungkin susah,. sebab tuh kena banyak cari gali program2 lain yang boleh jalan setiap bulan..
Betul tu. Nak konsisten agak susah. Jika dapat selalu macam bro titan ni memang seronok.
bab konsisten tu, aku pun masih kena banyak belajar lagi.
Susah sebenarnya nak konsisten kalau hati tak kuat.
Boleh beri pendapatan yang stabil kalau kena dengan gayanya.
Ya.
Kalau kena caranya. HOho!
emmm..
mmg kena ada sifu nak belajar affiliate ni..
Ya.
Lebih baik kalau ada guru atau mentor.
Itu lebih baik dan memudahkan banyak kerja.
Banyak nak kene belajar dgn blogger hensem nie 🙂 .. Tang hensem tu mmg aku setuju sgt2..
Ya.
Gua pun sangat setuju dengan kenyataan lu.
lu ada gaya bro….hahaha…macam tak kena pulak punch line ni..hehe
HAha..
punch line mana yang tak kena tu?
setakat aku belajar dari kitab pink hang, komisyen affiliate dari jobdirumah memang konsisten setiap bulan. bukan bodek, tapi realiti kehidupan bro.
ada satu bulan yang tahap malas gila nak update blog, hanya cerita kisah peribadi jer pun masih bagi pulangan yang tetap… terima kasih Allah, banyak ilmu dalam kitab SEO merah jambu bro. Walaupun, bro yang tulis kitab tu, kudrat, ilham, ilmu,semuanya dari Allah melalui hang…
Alhamdulillah.
Tahniah sebab dah ada hasil yang konsisten.
Mesti leh dapat lebih banyak lagi lepas tu.
Nak kaya mungkin boleh kumpul duit hasil affiliate Ni buat pelaburan atau meniaga
Ya.
Biasanya memang orang kita bermula dengan affiliate dulu.
baru diorang akan start besar lepas tu.
Boleh, cuba target affiliate luar negara yang bagi komisyen USD/Euro. Paling banyak aku dapat bulan lepas sekitar USD950 gitu. Klu dapat gitu tiap-tiap bulan, kan best..cuma masalahnya nak konsisten tu lah yang susah. Time aku pulun, aku pulun. Time malas, aku buat deeek je.
ko masuk program yang mana satu beb?
share sikit.
niche travel memang le sedap kalu masuk overseas.fuh
wah banyak tu dekat seribu usd. share la ya
Banyak boleh belajar dari bro titan. Dapat sikit-sikit pun dah ok.
Lebih baik ada hasil sikit banding tak ada langsung.
hoho
Inshaallah.. kalau betul caranya boleh kaya
Ya.
betul.
kelau kena dengan caranya.
dah lama tak masuk sini, kali ni masuk dgn misi nak curi keyword hi3. Boleh ke bro?
haha..
ambil aje la.
bukan aku kesah pun.
kena belajar dgn en titan ni.
Nak belajar subjek apa ye?
Kalau tak belajar.. apa pun tak jadi…
Ya.
Kena gi sekolah dulu.
Baru leh faham sikit dan leh jadi pandai lepas tu.
rasanya tahun 2016 ni nak belajar lah.
bole tak sifu?
Haa..
silalah belajar cepat-cepat ye.
Hehe
Enjoy betul setiap kali baca entry encik titan. hehe. Nak buat duit gak, tapi selowwwwwww.. hahaha
Terima kasih kerana enjoy.
Lain kali boleh bawak pop corn ye. Hehe..
tak kaya..tapi boleh buatkan hidup cukup untuk beli itu ini..
Ya.
Itu pun dah lebih dari cukup.
takde benda yang senang untuk senang ye tak
boleh kaya kalau buat dengan konsisten dan tak putus asa..kehendak tu mengatasi segala, tiada alasan utk berjaya..
Ya.
Jangan bagi alasan.
Kita sendiri kena kuat dan kena usaha selalu.
Be positive 😀 selagi produk yang kita promot tu produk yang ada permintaan, tak mustahil untuk dapat hasil yang menjadikan kita jadi lebih kaya
Ya.
Susah nak cari produk yang ada permintaan setiap tahun.
Kena rajin mencari.
Malas la nak belajar en.titan, baca ni je pon dah pening haha
as long as cari orang, paksa paksa orang, brainwash orang, itu la mlm..
cari customer, offer produk, servis, tak basuh basuh, itu la sales person. huhu
aku pun tak suka paksa-paksa orang nih.
bukan seronok pun.
Bait bait lagu kalau aku kaya :
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalo macam ini jadi kaya bagus laa… 🙂
lagu apakah ini wehh?
Setakat ni belum lah merasa jadi kaya dengan Affiliate… Tapi dapat jugalah menampung kekurangan mana yang ada..
Yup.
itupun dah cukup hebat dah.
Tahniah.
saya salah sorg yg x reti nk network2 sgt…menjual ala2 MLM tu errrmmm
Saya pun tak reti.
Malas nak kasi reti.
dah lama dah cuba dengan affiliate ni..tapi tak pernah dapat sell langsung
kena cuba lagi sampai dapat sales pertama.
in-shaa Allah lepas tu, mudah dapat sales.
Kena terus usaha ye.
Betul tu, buat apa pun, ilmu paling utama. “When u stop learning, u stop growing, then u will never earning something!”
Then kena KONSISTEN. Tak boleh buat macam Chipsmore.
Ya.
Belajarlah selagi kita masih ada nafas untuk terus belajar.
paling win ayat duit dalam bank tu macam nombor telefon…banyak tu boleh jadi million trillion dan billion…wow!
Ya. Mudah-mudahan akan tercapai secepat mungkin.
InsyaAllah, pasti boleh punya…lepas ni naikla nama Titan Jutawan Affiliate!
Bak slogan sekolah aku dulu..ilmu, amal, Jaya..
Nak start buat duit dengan affiliate ni kene ada ilmu..
Lepas ade ilmu..kene amalkan..dengan konsisten berdasarkan ilmu yang ade..
Pastu insyaallah berjaya..
Tahap aku?
Masih dalam ilmu & amal..Bab Jaya tu masih jauh rasenye..
Tapi tidak mustahil! 🙂
Setju!. Nak buat apa pun kena ada ilmu dulu, then praktikal lepas tu baru tahu boleh kaya ke tidak bergantung juga kepada usaha diri sendiri
Ya. Belajarlah ye.
Bukan susah pun belajar.
Dari kita aje
nantilah aku cuba jadi jutawan affiliate..
dah jadi jutawan boleh aku belanja ko mee bodoh tengkera
Mee bodoh tengkera tu apa bendanya ye?
makanan popular kat tengkera, melaka.. huhuhuh
yang penting ada fulus masuk..hati dah boleh senang ..
Ya.
Hati seenang sikit-sikit dah cukup gembira dah sebenarnya.
Affiliate nak buat tapi memang tak sempat. Sempat jual ebook sendiri aje alhamdulillah konsisten 10 buah ke atas setiap bulan. Teknik SEO paling penting sebab untuk sentiasa tarik orang ke blog–> website walaupun kita jarang update blog. Ilmu mmg paling penting, investment paling berbaloi. Tapi kalau tak amalkan mmg ke laut dalam juga. Terima kasihlah kepada Cikgu Titan atas bukunya yang memang meletop hehe. Semoga murah rezki ya Cikgu.
p/s: oh ngorat awek cun pakai spek kat sebelah ye
Ya.
Terima kasih.
Semoga murah rezeki kita semua ye.
aku tak target kaya pun, janji konsisten dan dapat duit tambahan tiap bulan tu kira ok le kan.ehehe
Betul tu.. at least ada belanja bulanan yang dah lepas kat situ
Yap.
Dapat komisen yang konsisten tu memang best gila lah kalau dapat beb.
HOho
setakat promote affiliates ni ciktom xde tahap kaya lagi..tapi lepas la setel bayar ptptn..siap boleh beli tanah, treat family dan enjoy shopping..hehe…semua thanks to cikgu titan & IM buka mata untuk mula serius berjinak2 affiliate ni. 🙂
Ok apa tu kalau sampai dah boleh beli tanah.
banyak duit dapat eh..hehe
cendol tak penah nak belanja.
dah tak jumpa kedai cendol waktu jumpa..nanti datang ganu..ct belanja hang 1 family cendol sampai kenyang…mau? roger je…hehe
Kalau kena gayanya memang boleh jadi salah 1 income. Tapi kena tarik traffik pegi blog kan?
Yup.
Dan belajar teknik SEO adalah salah satu dari caranya.
Ramai dah kaya senyap2 tu dgn program affiliate…
tapi apa2 bisnes, bila ramai masuk, untungnya tentu berkurangan…
Ya.
Biasalah tu kalau ada kurang atau lebih.
Assalamualaikum Tuan,
Maaf saya tak tahu cara lain untuk menghubungi tuan.
Saya ingin bertanya sekiranya tuan sudi review laman web kami, sebuah laman web bagi pencarian bilik sewa dan housemates/roommates yang baru dilancarkan awal Oktober 2015.
Selain dari itu, adakah pihak tuan menyediakan ruang sekiranya kami menyediakan sebuah artikel untuk dikongsikan diruangan blog tuan? Terima kasih saya dahulukan.
boleh buat duit dan boleh kaya..insyaAllah.
untuk promote, bleh try emel marketing, blogging atau promote guna fanpage.
tiga cara ni penah tolong saya untuk dapat income dari affiliate..Alhamdulillah 🙂
Yap.
TIga cara tu memang berkesan sekali kalau digunakan dengan sebaiknya.
betul. ramai sangat yang dok tunjuk bungkusan poslaju.
Itulah.
kekadang tak faham gak kenapa nak kena tunjuk yang itu.
Well said…. Knowledge is power. Ambik ilmu, praktik dan improvise if necessary. Jgn putus asa. tue je yg penting.
YUp.
tak boleh putus asa.
kena usaha sampai dapat.
Ohow ada disediakan sekali teknik mengorat bakal isteri eh..hihi
Haha..
kalau nak mengorat bini sendiri pun boleh jugak.
jalan nak kaya banyak. Affiliate adalah satu jalan. Tapi kena pelbagaikan sumber. Orang yang berjaya dan kaya pun bukan buat satu kerja. Kiri kanan depan belakang sumber pendapatan diorang. Cara pengurusan kewangan pun main peranan jugak.
Ya.
Bab nak urus tu, memang banyak kena belajar lagi.
takat ni puas hati apa yang harap dapat tapi masih tak konsisten lagi nak ajak makan cndol mai perak ada satu kedai memang sedap heee..
takpe, usaha lagi agar leh jadi konsisten.
Rasanya, semua benda, bab konsisten ni memang agak mencabar. Blogging pun sama lah.
Blogwalking pong, hehehe
Ya.
Apapun mesti kena konsisten.
Baru dapat hasil seperti yang kita mahukan.
Semua cara buat duit boleh jadikan seseorang tu jutawan.
Termasuk affiliate, yang penting istiqomah.
Macam bro titan sendiri, istiqomah menulis blog sejak 2001.
Berapa ramai orang Malaysia yang macam bro kan? 🙂
Ya.
Tak ramai.
Ramai yang dah bersara awal.
Affilate ni pernah dapat juga tapi tak konsisten.kena rajin buat artikel selalu.pahala pun dapat. Paling nikmat sekali kalau tengah tak ada duit tiba tiba kaching duit komisyen masuk boleh beli lauk seminggu.Alhamdulilah
Ya.
Kekadang, rezeki datang tanpa kita jangka.
Jadi, bersyukurlah dan rajin-rajinlah berusaha.
Nak konsisten tuuuuuu satu masalah, nak bertulis tulisan cantik ayat yang mengoda pun masih failed lagi aku ni.. haishh.. 🙁
kena belajar lagi ni..
Nak konsisten tu memang payah.
Tapi bukan satu perkara yang mustahil.
Kita boleh cuba.
Market malaysia mungkin belum lagi kut.. Market overseas memang dah ada. Mana tahu mungkin cikgu ada usd punya..
Ada.
Tapi lom boleh cerita lebar panjang lagi.
Terliur betul dengan kitab SEO merah jambu tu. Tak ada discount ke abg Titan? Huhu..
Tak ada diskaun.
🙂
Beza “aku” dan “korang” sebenarnya adalah “TINDAKAN”. 😀
Ya.
Kena ada tindakan.
Baru ada hasil yang cemerlang.
sungguh menarik dan best baca la bro..sedikit sebanyak tu..sentap juga
Nak sentap pasal apa pulak ye?
Serius.. Gua memang dengki dengan lu…. Hahaha
Tak baik dengki-dengki tau.
oooo susah rupanya nak kejar duit affiliate neh… nak kena usaha nak kena belajar kalo duk dendiam aje memang takkan mahsyuk laa jawabnya… kan kan kan kan?
Ya, kena usaha.
Tak leh dok diam aje.
En.titan je la yang kaya 🙁
Kaya?
Aminn..mudah-mudahan doa hang dimakbulkan.
bagi aku ko ni tak ler hencem mana
tapi yg buat lagi hencem kepala otak lu
mcm batu cincin.. ??
Tak la.
aku memang hensem apa.
Sayang saya newbie di dunia internet ini dan belum begitu paham cara buat uang. Tapi artikel ini sangat bagus dan memotivasi saya, mohon kunjungan laik ya cik….
Semoga artikel ini bisa membantu anda.
Ha ah. Tune Talk memanpun MLM. Kalau tak cari org, mang tak dapatlah income. Apa pun, kalo nk buat duit online, mmgla affiliate yg terbaik
Jika memang jalan rejeki kita di situ, kita pasti akan mndpatkannya, termasuk dengan affiliate ini. Jadi tidak ada slahnya untuk mencoba. 🙂
Kalaulah semudah itu..kan kan.
artikel ini sangat membantu sekali bagi yang nak mulai bisnes online terima kasih banyak ncik…
Saya menggunakan program affiliate dari dananiaga2u. Yuran pendaftaran serendah RM10. Dalam masa singkat je dah balik modal. Daripada main internet buang masa baik kita buat duit ye tak ?
banyak lagi kena belajar pasal ilmu marketing nih