Hari ini agak sibuk. Maklumlah, esok cuti. Lusa pun cuti. Isnin?
Kerajaan kata kena kerja.
…
…..
Tengah hari tadi, sebelum aku balik rumah. Sempat gak online kejap. Tengok email kejap. Bukak email. Tunggu loadingg..maklumlah, internet kat tempat kerja ini kadang-kadangnya lembat satu macam. Sambil-sambil tu..pejam mata.
Berdoa.
“Ya Allah, berikan aku lebih banyak rezeki pada hari ini, bulan ini, bulan depan, tahun depan dan tahun-tahun seterusnya..”
Alhamdulillah.
Tak mengecewakan. Hasil memasang umpan bertahun lamanya.
Hasilnya tak pernah putus dan aku harap janganlah putus bagi satu tempoh masa yang panjang.
Ada seorang kawan bertanya.
“Bro, best ke buat duit dengan affiliate ni?”
…
….
Soalan tu buat aku terdiam sekejap. Sebab dalam mana-mana perkara atau pekerjaan kat dunia ini, tak ada benda yang best 100%. Sebelum dapat “BEST” tu, kita akan rasa 1001 macam perkara yang TAK BEST.
Jika korang tanya aku tentang isu yang sama.
Aku akan jawab begitu.
Nak buat duit dengan program Affiliate ini, SUSAH sebenarnya. Terlalu banyak perkara perlu dititikberatkan.
CUMA..
Ada perkara yang boleh kita mudahkan dan kita kena belajar.
Barulah benda dan perkara yang SUSAH tu akan jadi lebih mudah.
Tapi nak belajar kat mana?
Ini juga salah satu soalan cepu emas yang aku rasa sejak tahun 2007 dulu asyik berulang dalam hidup aku. Aku pergi mana-mana, soalan yang lebih kurang sama akan ditanya.
Jadi, aku mengambil pendekatan drastik yang memang menyusahkan hidup aku selama beberapa tahun ini dengan menulis sebuah kitab.
Kitab yang boleh membantu korang semua untuk belajar “Apa itu Afiiliate” dan bagaimana nak buat duit dengan program Affiliate.
Setelah bersusah payah selama beberapa tahun mengumpul bahan dan informasi. Dan menulis tanpa henti selama sebulan walaupun terpaksa berhenti untuk tidur dan makan semangkuk cendol. Maka, terhasilllah kitab tersebut..
Dan kitab itu diberi nama, Teknik SEO Merah Jambu.
Kitab ini lebih mengkhususukan tentang bagaimana kita menggunakan teknik SEO tertentu untuk bantu kita buat duit dengan program affiliate.
Tak semua orang mampu buat duit dengan blog. Apatah lagi dengan program affiliate. Terhasilnya Kitab Teknik SEO Merah Jambu untuk membantu orang lain faham dengan jelas tentang Program Affiliate dan juga bagaimana untuk “TACKLE” orang lain untuk beri duit ke akaun bank kita. Kitab ini juga membantu anda memilih umpan yang menarik dan menggoda agar lebih banyak ikan yang kelaparan akan makan umpan yang anda pasang.
“Wahh..mudahlah macam itu, kan?”
Ya. Memang mudah. Tapi ada “part” susahnya.
Korang kena baca.
Korang kena cuba fahamkan.
Akhir sekali, korang kena cuba buat. Cuba praktikkan.
Menjadi atau tidak?
Bab nak menjadi atau berjaya ni, dah jadi satu part yang berbeza. Yang penting, cuba dulu capai kejayaan kecil dalam dunia menulis blog kita. Tak kiralah dapat komisen berjumlah 5 ringgit ataupun cuma 10 ringgit sebulan. Β Tapi itulah yang korang akan ingat sampai bila-bila. Dan, jangan pandang rendah dengan kejayaan kecil. Kejayaan kecil tetap pemangkin kepada jalan-jalan ke arah kejayaan yang lebih besar – Encik Titan
Jadi, jika berminat, boleh dapatkan disini – Kitab Teknik SEO Merah Jambu
** Boleh baca juga testimoni dan pendapat mereka-mereka dan blogger yang dah mendapatkan kitab itu disini – Ulasan Kitab Testimoni Teknik SEO Merah Jambu
Ps: Okeh. Gua nak pergi cari semangkuk cendol dan rojak kuah pedas kaw meletup. Tempat biasa. Depan Maybank Banting, sebelah kedai surat khabar Peking.
7,755 total views, 2 views today
bro pakai software apa kasi terang printscreen ini
faststone capture. Gi google cepat.
Usaha dan ‘buat kerja’ mendatangkan hasil. terima kasih, perkongsian yang tidak memusnahkan semangat
Semoga membantu.
Main tulis aje nih. Haha..
tak ada rezeki yg datang bergolek..kecuali ayam golek atau kambing golek..
Ya, kita kena buat kerja.
baru ada hasilnya.
Setuju tu.. π
masuk ilmu tanam dalam2 kepala..baca dan berkali hua… π
Jangan tanam aje, kita mesti praktikkan. Pendek kata, kita kena buat kerja. Hehe..
baru ada hasil.
moga dapat rezeki yang banyak dan baik
amin Ya Allah
Ya, mudah-mduahan dapat lagi banyak lagi selepas ini. hehe..
Mana tak bestnya kalau affiliate boleh buat bayar hutang…
Hehe, dalam misi nak habiskan hutang kereta secepat mungkin plak. Hutang ptptn dah habis lama dahh..
lu mmg terbaek la..insyaAllah murah rejeki smpai ke anak cucu..
Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
Moga dapat lebiih banyak lagi selepas ini. Hehe..
Sila. Sila.
Hehe..
Murah rezki tuan, moga berkekalan…amin.
Mudah-mudahan.
Meh amin ramai-ramai. Aminnnnnnnnnnn…
Terima kasih..kadang-kadnag tu kan memang jeles tengok orang lain syok dapat duit dengan nuff, adsense, 8share. JDR, PTD dan sebagainya..saya selaku murid yang masih belajar dan baru belajar kadang-kadang rasa tension gak..ada masa saya rasa nak berhenti terus aje..sebab saya rasa saya tak boleh nak terima kenapa mereka semua berjaya dan kenapa saya susah berjaya..tapi lepas baca ni, sedarlah saya..yang kejayaan kecil ni adalah permulaan untuk kejayaan yang lebih besar,,untuk kali ni, dan untuk hayat ni serta pemulaan ni, semoga Allah berikan saya lebih masa lapang agar hari2 yang ada boleh saya berikan perhatian pada pembelajaran saya tentang dunia blog. Emm.. terima kasih..Artikel santai tapi kesannya cukup hebat..
Tak apa, ambil masa sikit.
Tak boleh gak laju-laju. Nanti terbabas.. hehe
sikit-sikit.. buat kejayaan yang kecil dulu kata sifu.. terbaik la sifu titan..
π
Yap, cari kejayaan kecil dulu.
Kejayaan yang lebih besar biasanya akan menyusul.
Kira entri motivasi jugak ni kepada semua yang nak buat duit dengan affiliate ni. Tahniah bro.
Motivasi untuk diri aku sebenarnya. haha..
affiliate..best..gua pun dah rasa syok..thanks bro sudi ajar