Tahun 2014 kita dimomokkan dengan perihal banyak harga akan naik.
Tak kiralah tentang tarif elektrik, gula, tepung, minyak petrol dan segala macam lagi.
Termasuklah dengarnya harga makanan kat kantin pun turut naik. Pendek kata, memang macam-macam benda lagi akan naik. Tak tahulah apa yang akan turun. Yang pasti, semuanya tengah dalam mood “NAIK”. Kalau tersilap cakap, ada yang makan penampar walaupun apa yang korang cakap itu adalah benda benar.
Jadi, bagaimana nak menangani isu “NAIK” ini?
Satu-satunya caranya adalah kita sendiri yang kena buat sesuatu. Kita nak kawal harga, memang tak boleh sebab kita bukan “owner” kerajaan dinegara ini. Jadi, nak tak nak, kita sendiri kena lakukan sesuatu.
Dan cara itu tak lain dan tak bukan, kena cari duit untuk bayar benda-benda yang naik itu.
Bagaimana nak cari duit?
Ya. Ada 1001 macam cara. Dan salah satunya adalah melalui pelaburan. Kita kena cari pelaburan yang melebihi 2000% setahun. Walaupun sukar macam mana sekalipun, kita kena mulakan sekarang sebab kita dahlah tak buat apa-apa tahun-tahun lepas. Sekadar mengharapkan gaji hakiki naik sahaja. Itu memang tidak cukup. Mungkin cukup sekadar harapan palsu untuk diri kita sendiri tetapi agak mustahil untuk menjadi kenyataan.
Tahun 2013 adalah antara tahun-tahun aku berjaya melakukan pelaburan yang berjaya melebihi 2000% setahun. Aku rasa, ramai antara korang yang perasan, bukan?
Bagaimana aku lakukan?
Aku bukan nak mengajar korang walaupun “mengajar” itu dah jadi satu pekerjaan hakiki dalam kehidupan aku. Tapi, aku kena kongsi dan bantu rakan-rakan aku yang dah bertahun-tahun dok maki dan mengeluh tentang isu yang sama.
Isu apa?
- Duit poket tak cukup. Nak mengeteh pun pau duit member.
- Nak kahwin tak ada persediaan terumanya dari segi kewangan.
- Nak beli rumah tak mampu.
- Nak derma kat masjid pun kena fikir 2-3 kali.
- Kena catu makan. Sanggup tak makan demi anak.
- Tak dapat nak pergi melancong ke Banting kerana terpaksa kerja lebih masa
- Tak dapat nak belikan bini rantai emas baru.
- Tak dapat nak pakai smartphone mahal-mahal
- Tak dapat nak kahwin lebih dari satu kerana tak mampu dari segi kewangan walaupun terlebih mampu dari segi kebatinan dan keustazan..
- dan sebagainya..
Secara jujur, aku dah bosan dengar isu ini dibicarakan setiap tahun.
Rasa menyampah. Orang kita tetap kat takuk yang lama. Aku tegur, kena maki balik. Tapi hujung bulan, sms mintak pinjam duit nak beli susu anak. Bila mintak pulang duit semula, kata plak aku tak nak tolong sahabat yang tengah dalam kesusahan, kata aku jahat. Kata aku tak berhati perut..dan dua bulan selepas itu, mintak pinjam lagi..
“Lu macam mintak gua terajang tulang rusuk kiri lu, kan?”
Jadi, mulai dari hari ini. Tambah dan pelbagaikan sumber kewangan korang. Duit gaji tu, bayar apa yang patut tetiap bulan dan cari pekerjaan sampingan yang boleh “backup” perbelanjaan harian korang dan MAMPU untuk menyimpan. Selain itu, rajin-rajinlah menabung dan belajar berjimat dalam kehidupan seharian korang.
Senang cakap, ini cadangan aku untuk bantu korang mendapat Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun
- Tulis blog dengan niat nak tambah pendapatan. Ini sahaja yang mampu aku cakap. Dengan menulis blog, korang akan dapat 1001 macam peluang untuk buat duit. Duit boleh datang dari peluang dropship, program affiliate, pengiklanan blog dan macam-macam lagi.
- Buat duit dengan program affiliate. Ini pelaburan yang PALING BERJAYA yang pernah aku lakukan selama 10 tahun ini. Boleh baca kisah dan pengalaman aku dalam kitab Teknik SEO Merah Jambu. In-sha Allah, selepas korang baca kitab itu termasuk “Missing Chapter” sekali, akan rangsang korang untuk lebih bersemangat untuk buat duit setiap hari.
- Cari guru atau mentor yang boleh bantu korang menangani isu tak cukup duit setiap bulan. Walaupun mungkin mentor itu tak boleh nak bagi duit poket kepada korang setiap bulan, sekurang-kurangnya nasihat dari mereka boleh bantu dan ransang korang untuk terus berjuang demi keluarga korang.
- Menabung dengan serius. Boleh mula menabung dengan ASB atau Tabung Haji. Itu benda paling asas untuk serius menabung. Dulu, aku cuma letak RM50 sahaja kat dua tempat tu. Sekarang, aku maintain letak RM100 setiap bulan tanpa gagal sejak beberapa tahun. Sebabnya simpanan untuk kahwin dan satu lagi simpanan untuk pergi menunaikan haji. Duit gaji memang untuk bayar hutang dan uruskan bil-bil keperluan setiap bulan dan duit yang aku terima dari hasil menulis blog, aku simpan untuk simpanan kecemasan sebagai salah satu insuran diri aku sendiri.
- Kalau tak mampu, menabung duit seringgit setiap hari. Buat satu tabung dan isi satu ringgit setiap hari. Tambah denda yang membuatkan korang terpaksa menabung. Contohnya, hari ini terpukul anak sendiri. Denda diri sendiri dengan menabung RM1 dalam tabung korang. Haa..cukup setahun, mesti banyak dah duit korang, kan? Hehe..
- Tambah pendapatan dengan main saham. Ini benda baru dalam hidup aku. Aku sedang cuba bermain saham untuk tingkatkan pendapatan aku. Boleh dapatkan ini kalau nak belajar main saham juga. Insya-Allah, tahun 2014 aku akan bermain saham secara lebih serius.
- Pelaburan Unit trust dan pelaburan emas, aku tak sentuh sangat. Ada duit lebih, aku belilah juga beberapa gram emas untuk insuran kecemasan aku juga.
- Berjimat. Beli benda yang wajib dibeli sahaja. Bab makan tu, kalau korang gemuk. Elok sangatlah berdiet dan berpuasa. Dapat pahala juga. Dapat jimat duit jugak. Dapat kurus jugak. Haa..macam-macam dapat. Kurangkan juga beli perabut baru dan barang-barang yang tak mendatangkan faedah. Sekurangnya, rumah korang takdelah penuh dengan benda-benda yang tak patut.
- Sertailah mana-mana bisnes yang halal dan mampu memberikan pulangan yang lumayan. Kalau jual karipap pedas kat pasar malam leh bagi keuntungan lumayan, pergilah jual karipap panas itu. Sekurang-kurangnya, ada usaha. Jangan dok mengeluh dan dok maki kerajaan aje.
Kesimpulan.
Nak berjimat, nak buat pelaburan atau tidak, nak buat duit ke dan memacam lagi ni, semuanya dari diri korang sahaja. Pokok pangkalnya, jika korang mahu berubah, inilah masanya. Jangan tunggu azam tahun depan pulak. Lama lagi tu, Saat itu, aku tak tahu lagi apa benda lagi harga yang akan naik.
Sekurangnya, kalau ada benda naik lagi nanti. Korang dah lebih bersedia. Faham?
Ps: Semoga tahun 2014 ini lebih murah rezekinya berbanding tahun-tahun lepas. Aminnn..
8,633 total views, 1 views today
Terbaiklah! Entri lu ni dah jadi macam makanan motivasi gua. Kalau down, gua datang sini, carik korek semangat yg hilang.
thanks en titan!
2000% setahun….perghhhhhhhh
Pehh..
bahaya ko ni. Selalu down. Gi makan cendol cepat.
Kalau buat semua tips yang bro kongsi, memang tak mustahil untuk dapat pulangan 2000%. Tabik la sama bro Titan 🙂
Memang boleh.
Tapi usaha kena gila sikit la. 😳
Aku tak suke cadangan nmbor 8… yg lain aku suke… hehehe
Ko..kalau bab tu, memang tak nak aje kerjanya.. 👿
tips dari sifu memang terbaik…he he..
Sifu mendanya.
Haha..tips biasa-biasa aje. 😆
Ni contest SEO baru ke? :O
Mana ada contest seo.
GI baca betul-betul.
Good luck untuk ini juga 🙂
Sama-sama.
Hehe.. 😈
well motivated kalau nak blogging buat duit.
online business sekarang ni makin mendapat tempat tapi masih lagi byk yg fikir cari duit kena ada kedai etc.
cabaran nak main blog, internet power baru tak sakit hati. 😆
nak wat camana.
Streamyx macam inilah jawabnya. Kena banyak bersabar. haha. 😆
Aminnn..semoga dimurahkan rezkei ahmda faizal tahun ni..hehe..emm rasa nak tengok aje tahun ni jadi lagu mana..malas nak buat satu menda pun..haha
ya. mudah-mudahan dimurahkan rezeki selalu. hoho..
😐 tips untuk kawan2 juga ni bro
Ya. Semoga ia banyak membantu. 😉
Terima kasih Cikgu Titan kerana sudi menulis entri ini… Nanti jangan lupa berikan tajuk buku yg dipilih Sebagai hadiah..
Ohh..lupa plak nak letak judul bukunya. 😳
Kalau yang jenis suka complain tu kasi jentik je telinga bro..kerja malas..tau complain je. suruh buat blog tu dah kira benda senang dah.
haha makanan dekat kantin sekolah pun naik juga ya
wah guru pelaburan nie nice sharing
semua barang mau naik ma..tapi tak tau bila nak turun..kalu ikut pengalaman atuk aku..memang takkan turun dah harga barang ni..he3
Baik cikgu, akan saya lakukan ‘kerja rumah’ ini sekarang.