Malam ni, aku sempat tengok siaran langsung perlawanan bola sepak pra-Olimpik di TV1 antara Malaysia menentang Pakistan. Kiranya ni macam pusingan awal sebelum negara kita layak ke Sukan Olimpik 2012 nanti. Jadi, aku memang takkan miss game-game penting macam ni.
Tapi aku dah terlewat. Malaysia dah score satu goal seawal minit ke 4. Tapi bila tengok ulang tayang gol pertama, memang aku patut puji pada pemain Malaysia tu. Volley maut ke penjuru kiri gol. Keeper mana pun susah nak tepis bola macam tu. Bola tu jatuh dari atas, memang susah nak tepis bola camtu. Satu-satunya cara adalah lompat menegak betul-betul kat atas line gol. Barulah boleh dapat tepis atau tumbuk bola macam tu. Masalahnya, mana-mana defender atau gol keeper boleh tau bola tu akan jatuh macam tu. Kalau aku sendiri pun, sakit jiwa nak teka bola pergi arah mana. Apapun, aku suka gol tu. Antara salah satu gol terbaik yang pemain Malaysia pernah jaringkan.
Haa, gol kedua pun kira macam gol epik gak. Sepakan first timer dari pemain Malaysia yang nombor 7 tu. Aku tak ingat nama dia sebab nama dia macam baru aje. Kalau cam Muslim ke Khairul Fahmi ke, Sapik ke, Sapee ke, aku ingat gak la. Maklumlah, nama diorang tak popular lagi. Nanti tengoklah, kalau Malaysia masuk Sukan Olimpik, semua 20 pemain tu aku akan terhafal tanpa aku minta.
Dan yang menjadi highlight malam tadi, gol keeper kedua Pakistan. Aku terpaksa tabik spring sebab berjaya jaga gawang gol Pakistan dengan cemerlang pada separuh masa kedua. Gol Keeper pertama Pakistan macam kayu. Malas lompat-lompat. Cuba tengok si Umer tu, terbang sana-sini. Akibat terlalu asyik terbang dan lompat sana-sini, Malaysia tak boleh pesta gol malam ni. Aku ingat leh sumbat lagi 2-3 gol. Tapi sebab Umer terlalu hebat malam ni, hampir berbelas percubaan tepat ditepis, ditangkap dan ditumbuk oleh beliau. Aku terpaksa mengaku dari segi prestasi, Umer lagi hebat berbanding Khairul Fahmi pada malam ni. Yela, dah bola yang ganas-ganas tak terbang ke gawang gol Malaysia, camana Khairul Fahmi nak tunjuk hebat kan? Itu membuktikan pemain tengah dan pemain pertahanan kita memang sangat hebat malam tadi. Short-pass semua menjadi. Cuma tak ada penyudah yang baik untuk separuh masa kedua. Huhu..
Ps: Tunggu second game kat Pakistan plak. Harap leh sumbat lagi bergol-gol kat sana. 🙂
1,749 total views, 1 views today
Hebat penjaga gol ni..inilah senjata utama dalam pasukan..hehe