Aku nampak ada ramai juga yang dok sibuk promosi DVD 4 Sifu ni.
Jadi, aku cuma mahu buat ulasan pendek tentang apa yang aku boleh nampak dan cerita tentang 4 Sifu tersohor itu.
DVD 4 Sifu ini adalah cerita tentang 4 orang yang pandai buat duit dengan senjata masing-masing.
Senang cakap, mereka SUDI berkongsi super weapon diorang dan bagaimana untuk memanipulasikan teknik dan kaedah yang diorang gunakan selama ini untuk buat puluhan dan ratusan ribu ringgit dalam SATU DVD khas untuk tatapan jiwa dan rohani korang agar dapat membantu korang buat duit seperti mereka.
4 orang tersebut adalah, Najib, Jamal, Hafis dan Humaizi.
Najib.
- Dia bukan perdana menteri. Nama mungkin sama. Tapi kebolehan dan skill memang sangat berbeza.
- Tapi dia salah seorang yang bijak buat duit dengan menggunakan senarai email yang beliau miliki. Senang cakap, dia ada “targeted” senarai email yang bila-bila masa boleh dapat sales jika pandai mengumpan mereka-mereka yang membaca setiap email yang dihantar oleh beliau. Senang cakap, dia hebat dalam permainan ini. Aku takkan katakan dia sebagai seorang pakar. Tapi aku tahu, dia memang boleh buat duit dengan caranya tersendiri.
- Dan aku respek dia sebagai seorang Internet Marketer Malaysia yang boleh buat ribu-ribu ringgit setiap bulan.
- Tapi sebagai blogger hebat, dia agak kureng sikit.
- Itu semua tak jadi masalah. Ini jalan yang beliau pilih. So, he survive. Sekurangnya, dia dah buat banyak duit. Dan tak SUDI nak kongsi ilmu dalam DVD 4 Sifu yang dibuat khas kali ini.
Jamal.
- Orang gelar dia Sifu FBads. Pakar dalam buat promosi difacebook.
- Ya. Orang kata. Aku tak pernah kata macam tu. Haha..
- Tapi, seriusly..aku dah perhati beliau sejak dia ZERO knowledge tentang facebook ads dan juga internet marketing. Dia juga salah seorang yang SURVIVE dalam dunia Internet Marketer. Dan itu bukan satu perkara yang mudah. So, cara dia terbukti berjaya buat duit ribu-ribu ringgit juga setiap bulan. Aku tahu sebab aku pun salah seorang yang dok promosi produk dia. So, aku tahulah sikit flow duit tu. Dia dapat banyak ke sikit. Dan produk digital dia pun boleh tahan banyak.
- Jamal POPULAR dengan niche “kerajaan” pada suatu masa dulu. Cuma kini, dah lebih pada dunia facebook since dia rasa lebih mudah nak buat duit dengan platform facebook berbanding yang lain.
- Seriusnya, dia asah skill dia dengan baik. Baik melalui cara jadi Internet Marketer dan juga pengguna Facebook Ads yang sangat aktif. Kalau korang perasan, banyak gak dia buat iklan, kan?
- Ya. Dia juga salah seorang affiliate hunter. Sama macam aku. Cuma berbeza platform sahaja.
Hafis.
- Orang panggil dia Cikgu Hafis.
- Dia pun ada gak produk digital sendiri kalau tak silap aku. Kalau tak silap lagi, aku pun pernah promosi produk dia. Ke dia modify produk orang lain dan promote guna website baru? Ahh..entahlah. Lebih kurang aje bagi aku.
- Dan dia punya ayat-ayat manis pun boleh tahan gilanya. Hebat la juga dan sebaris dengan copywriter luar yang lain.
- Dia antara orang yang bijak mempromosikan produk orang lain. Kalau join cabaran affiliate, nama dia mesti naik.
- Senang cakap, antara orang yang aku selalu perhatikan juga. Sebab aku dengan dia kira bersaing dalam satu cabang buat duit yang sama. Affiliate.
- So, kalau korang tak nak belajar dengan aku. Belajar dengan dia melalui DVD 4 Sifu ini. Dia juga salah seorang pemain affiliate yang hebat dan juga ada instinct affiliate hunter yang mengagumkan.
Humaizi.
- Dia aku tak kenal. Serius tak berapa kenal.
- Langsung tak tahu tentang beliau.
- Bila dok baca sejarah dia beberapa hari lepas, barulah tahu yang mana beliau buat servis tentangย produk takaful dan unit trust. Benda-benda ini bukan diluar pengetahuan. Aku tahu. Tapi dia juga SURVIVE dalam bidang ini dan antara yang cukup berjaya buat duit ribu-ribu ringgit juga pada setiap bulan.
- Yang membezakan dia dengan kawan-kawan dia yang lain, dia menggunakan platform pemasaran internet/online ataupun teknik mailing list untuk mendapatkan client baru dia dan juga untuk berinteraksi dengan mereka dalam situasi yang penuh dengan bijaksana. Tak ramai orang yang satu aliran dengan beliau boleh lakukan apa yang beliau buat.
KESIMPULAN.
Keempat-empat orang yang digelar sifu, pakar, otai dan segala bagai ini menggunakan SUPER WEAPON yang sama.
–> Pemasaran email dan online.
Baik Najib, Humaizi dan Cikgu Hafis. Sama. Jamal pula, dia advance sikit sebab bijak mengabungkan pengalaman dia dalam dunia pemasaran internet/email ini dalam dunia facebook. Senang cakap, ilmu diorang lebih kepada pemasaran internet dan pemasaran email. Aku boleh percaya pada skill mereka terutamanya Najib, Cikgu Hafis dan Jamal sebab aku dah tengok mereka sejak mereka bertatih lagi dalam dunia Internet Marketer hingga jadi hebat sebegini rupa. Dari zero knowledge dan sekarang dah mampu nak ajar dan bantu orang lain berjaya seperti mereka.
Overall, its about marketing, advertising and promotion.
Skill dan teknik yang mereka buat tu, in-sha Allah ada dikongsikan dalam DVD 4 SIFU tersebut.
Siapa yang berminat, boleh dapatkannya.
Ini ilmu yang patut korang dapat jika betul-betul nak SURVIVE buat duit diinternet ini.
Dapatkan disini –> DVD 4 SIFU
Ya. Aku juga gunakan gak pemasaran email sebagai salah satu super weapon aku. Tapi untuk pasaran luar. Untuk produk affiliate luar. Sebab hasil komisen yang lebih besar dan pasaran yang lebih MELUAS. Untuk pasaran tempatan, cukuplah aku guna blog-blog yang aku ada ni. Inipun, dah tak larat nak handle sorang-sorang. Terpaksa upah Maikel dan Mercidez buat kerja-kerja yang terbengkalai bila aku tidur malam-malam. Kalau tak, memang kena marah dengan binilah sebab asyik tidur lambat aje..
Itu sahaja.
Cukup untuk malam ini.
Kita sambung lain hari pula.
Okeh?
10,595 total views, 1 views today
orang handal belaka ni.. memang bagus ni
Ya.
Diorang memang handal-handal belaka.
Keempat-empat sifu tersebut memang handal dan mereka telah berjaya dalam pemasaran internet.
Ya.
Senjata mereka sangat bahaya. Hoho
ternyata belajar dari orang dah berjaya dapat menjimatkan masa untuk berjaya walaupun belum ada lagi jalan pintas untuk berjaya!
betul tu. Belajar dengan orang yang dah berjaya. ๐
Ya.
Ia memang sangat menjimatkan masa dan kos. ๐
Jom tanam azam jadi sehebat diaorang, sebelum tu kena menuntut dulu dari diaorang.
Beul tu DH. Kena belajar dari mereka insyallah boleh berjaya. DH pun hebat juga.
Ya. Belajarlah dari mereka mulai hari ini.
HOho..bila lagi kan?
Hebat-hebat mereka ini. ๐ฎ
Ooo.. selalu tidur lambat, update blog ye. Hehe.. Jangan buat bini marah..
Setakat ini, bini gua tak berani lagi marah gua. haha
dia jeling-jeling aje.
banyak benda boleh belajar dari mereka…
cite sama je kot dalam tu?ke ko dah tengok? ๐
Cite lebih kurang sama aje.
Sebab itu aje yang diorang cerita dari dulu lagi.
Hanya seorang sahaja yang kenai iaitu sifu Jamal. ๐
Dia antara orang lama gak dalam dunia internet marketing ni. Antara generasi yang awal jugak.
pernah beli DVD Sifu FBads dari Sifu Jamal.
Haa..camana produk dvd tu?
Bagus tak?
oh saya pun tak kenal siapa tu Humaizi, mungkin beliau ada sifu underground
Ya.
Mungkin juga. Aku memang tak kenal langsung yang seorang ni.
tak ramai blogger tahu online marketing selain medium blog.. so apa lagi.. kembangkan ilmu lg
Ha..
betul tu. Gi la belajar dengan diorang bab ni. Aku tak pandai ajar bab ni sebba bukan pakar.
Kalau ditambah yang ke-5 ie Mr titan tentu lebih mengancam…
tak leh. sebab aku line lain. Tak satu aliran dengan diorang.
HOho..
Alahai..sian kat makcik, tak kenal sape mereka sume ni. Belum sampai tahap ni lagi..huhuhu
Owhh..patutlah jarang nampak memalam lagi ya..kena marah gan bini tido lambat ekkk..kihkihkih
Haha..
tau takpe.
Selalu, curi-curi je online nih. ๐
kena tambah se lagi tu, bukan 4 tapi 5
yg kelima tu En. Titan hehehe
Tak leh. Gua lain aliran.
Tak leh campur dvd yang sama. hoho..
Tahap sifu.. kena beli lah DVD ni kalau berjaya ehhh.. Pakai duit AdSense bulan ni lah..
Wahh..
mesti banyak gaji adsense hang kan bulan nih.
Haha…esok lusa timbul pulak nama Hafizul Pondok Kecil..huhu..
Haha.
Yap. Siapa tahu kan?
kenal 3 org tu jugak except humaizi.. sifu baru ni
Ya.
Orang baru.
Tapi, skill tetap terbaik. Bukan senang tu nak orang iktiraf jadi “sifu” nih.
Memang seronok baca artikel ni. Penjelasan yang penuh yakin
Yakin itu perlu bagi seorang pencinta cendol yang sejati.
Hoho.
DAH BANKIN NAK BUAT PENGESAHAN MCMN.. untuk dapatkan dvd4sifu.. no tel x ada la pula.. ni yg susah..
Aznizan.
buat pengesahan disini – http://4sifu.com/tempahan.html
kalau diorang lambat, email mereka disini –> dvd4sifu@gmail.com