Aku tak tahu siapakah yang bakal jadi pemenang MITBCA 2013. Ada dekat 16 kategori yang dipertandingkan dan semalam merupakan hari terakhir untuk mempromosikan kategori yang korang pertandingkan. Nampak gayanya, blog ini cuma sekadar mampu menduduki tangga kedua dari segi undian yang diterima.
Susah benar nak kejar pendahulu bagi kategori ini. Sampai beratus-ratus undi. Nampaknya, susah juga nak kejar. Mungkin blog tersebut ada strategi yang lebih ampuh berbanding blog ini dalam meraih undi. Mungkin aku masih banyak lagi kena belajar pada masa yang akan datang.
Walaupun harapan tu tidaklah tinggi sangat. Tapi menyertai contest atau event seperti ini sekurangnya dapat mempromosikan blog kita kepada orang lain. Kepada sesiapa yang datang dan mengundi blog kegemaran mereka di website MITBCA 2013, pasti akan terlihat senarai blog yang lain termasuklah blog ini. Jadi, masih ada peratus yang akan membaca blog ini selepas mengundi disana. Itu masih tidak mustahil, bukan?
Dan kita juga akan dapat backlink dari website MITBCA 2013. Walaupun mungkin bukan dari backlink dihomepage, tapi dapat kat page yang lain pun dah cukup bagus. Selemah-lemah backlink, tetap masih bernilai disearch engine. Jika kita hendak mempromosi blog atau Tourism Malaysia diblog kita, mempunyai asa SEO dan mampu membina backlink dengan bijak pasti akan membantu blog kita dapat lebih banyak trafik dan pengunjung. Jadi, tak menang MITBCA 2013 pun tak apa. Penyertaan itu dah kira cukup bagus sebenarnya.
Soal siapa yang menang atau adil atau tidak dari segi penghakiman, itu terletak pada tangan penganjur. Mereka pasti ada panel, juri dan hakim yang berwibawa untuk mengadili dan membuat keputusan siapa yang layak menang untuk setiap kategori di MITBCA 2013. Apapun, kepada yang bakal menang, TAHNIAH diucapkan. Korang memang terer!
2,073 total views, 1 views today
tawon depan aku pon mau masuk la ini contest!!!
InsyaAllah, akan masuk tahun depan.
Si Peminat Cendol plis vote dan promote saya habis-habisan.
Promote yang terbaik akan SAYA belanja 3 mangkuk Cendol.
Okay, setuju? ..