Yap.
Ashadee.com.
Nama baru atau penjenamaan baru oleh Jomniaga.com.
Jomniaga.com kini lebih dikenali sebagai Ashadee.com.
Walaupun aku lebih suka nama lama yang lebih “melayu”, tapi untuk jenama yang lebih international, nama baru agak diperlukan. Aku nampak memang akan ada perubahan masa awal-awal dulu apabila mereka mula letak banyak produk digitail seperti antivirus ESET dan beberapa produk yang membolehkan kita jual kepada orang luar. Tidak lagi terhad kepada orang Malaysia sahaja. Jadi, peluang akan jadi lebih luas bagi aku untuk mempromosikan produk-produk mereka dengan lebih rakus lagi.
Apapun..
Ini bayaran pertama dari Ashadee.com dan juga merupakan bayaran ke 9 dari Jomniaga.com.
Senang cakap, dah 9 kali bayaran aku terima dari mereka.
Jadi, kepada mereka yang berminat dengan Jomniaga atau Ashadee.com, bolehlah mula buat pendaftaran.
Selepas daftar, mula pilih mana-mana produk panas yang korang rasa boleh dijual. Promosikan diblog, facebook dan twitter atau mana-mana yang korang rasa sesuai untuk dapatkan komisen dari Ashadee.com ini. Nak tak nak, kena rajin promosi. Barulah ada hasil. Kalau tidak, memang melopong ajelah bila tengok aku dapat komisen Ashadee.com tiap-tiap 2 minggu.
Nampaknya, kena susun strategi baru lagi jawabnya. Cara lama mungkin dah tak berapa berkesan.
Oh ya. Jika mahu faham lebih jelas tentang cara nak buat duit dengan program affiliate, boleh dapatkan produk aku sendiri yang ada di Ashadee.com – Teknik SEO Merah Jambu.
Cuma perlu search dibahagian market place dan taip “Teknik SEO Merah Jambu”. Insya-Allah korang akan jumpa dan bolehlah buat pembelian jika berminat. Aku tak paksa. Tapi jika korang baca pengalaman aku tu, mungkin hati korang akan lebih terbuka nak buat duit dengan blog dan juga program affiliate dengan lebih rakus lagi. Aku tak janjikan bulan dan bintang atau duit berkepuk-kepuk dalam akaun bank. Tapi aku yakin korang akan gembira membaca sedikit pengalaman aku yang tak seberapa tu untuk motivasi diri korang.
Dah. Pi daftar cepat-cepat. –> Daftar Ashadee.com
Ps: Nak atau tak nak. Bergantung pada diri korang aje sekarang.
9,651 total views, 1 views today
fuhhh dua minggu dapat macam ni.. memang terbaik lah..
Betul tu, banyak dapat bila join ini.
Sudah lama sertai sebelum ditukar dari Jom Niaga kepada Ashadee.
Betul tu, Lepas ini kena usaha macam bro titan juga, baru ada hasilkan.
Dah daftar dah dan dah dapat komisyen dan bayaran juga…semuanya hasil dari perkongsian kawan-kawan blogger macam tuan yang tak lokek ilmu…TQVM
tahniah bro..rezeki terus murah…terbaik
ya kerja semua kena berjalan hasil baru ada
Kena kerja kuat lagi nak jadi macam ni..
tahniah bro, lama dah tak merasa komisen
Aku tengah berusaha lagi debgan ashadee ni..
Kalau nak berjaya macam Titan, kene la beli ebook tue…
tengah berusaha dengan Ashadee ni.Dah daftar dah 🙂
Dah tukar nama pulak ye. Tak kisah la kan janji boleh buat duit.
Entri pembakar semangat ni. 🙂
Produk pun dah jadi makin banyak dalam ni
Tahniah..dah lama tak jengok jomniaga…dah berwajah baru ya..
kalau setiap dua minggu nak dapat macam ni, puteri kena usaha lebih nampaknya 🙂
wahhhh bestnya
alhamdulillah
Semoga terus murah rezeki Titan.
Emm encik titan sila lah dulu..saya dah cuba tapi belum nampak jalan yang lurus lagi ni..emmm…
boleh buat bayar servis keta tuh
tahniah dan terbaiklah bro..semoga kita terus sukses buat duit dari blog
p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]
den suka lagi nama lama. tapi betul la kan bro, nak international, nama pun kena tukaq
nak tanya,ashadee tu sebenarnya apa? apakah contoh kerja yg ditawarkan,boleh terangkan x?
wah meriahnya pendapatan bro…jeles ahkak…
Bulan 10, RM 100 lebih.
Bulan 11 ni pulak, RM 500.
Wow, dasyat la cikgu Titan.
Tak sia-sia terbitkan Kitab Merah Jambu.
Memang ternyata hebat. 🙂
sya newbie dlm ashadee.harapboleh beri tunjuk ajar
Assalam, saya baru daftar Ashadee ni. Boleh tak nak tanya, EPC tu apa?