Malaysia vs Laos – 28 November 2012 (2nd Game) Piala Suzuki AFF 2012
Ya. Malam ini satu lagi perlawanan yang bakal menjadi penentu kepada laluan Malaysia dalam saingan kumpulan untuk merebut satu lagi tempat untuk ke separuh akhir. Keempat-keempat pasukan masih ada peluang untuk layak ke pusingan separuh akhir..
1. Laos akan layak jika menang ke atas Malaysia dan Singapura. Jika mereka seri dengan Malaysia dan menang dengan Singapura, mereka boleh layak. Tapi pastinya Indonesia, Malaysia dan Singapura tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.
2. Malaysia pula wajib menang ke atas Laos. Seri dengan Indonesia pula bukan satu option. Jadi, perlu juga menang ke atas Indonesia disamping mengharapkan Singapura tidak kalah pada semua perlawanan. Dan jika ini berlaku..Singapura mungkin akan berdepan dengan Malaysia sekali lagi difinal. Ini yang saya agak kerana ini sahaja laluan yang paling mudah dan sesuai dengan keadaan Malaysia sekarang.
3. Singapura pula hanya perlu cari satu lagi kemenangan untuk layak ke pusingan seterusnya. Jika Singapura menang ke atas Indonesia dan seri dengan Laos atau menang dengan Laos, ini sudah cukup membantu Malaysia untuk layak ke pusingan seterusnya. Syaratnya, Malaysia juag perlu menang baki perlawanan.
4. Peluang Indonesia masih terbuka cerah. Jika mereka menewaskan Singapura atau seri dan mereka menang ke atas Malaysia..mereka ada peluang untuk layak ke separuh akhir.
5. Apapun, keputusan baru boleh nampak selepas perlawanan kumpulan ini habis. Baru kita tahu kumpulan mana yang ada kelebihan untuk ke pusingan seterusnya walaupun Singapura nampak ketara ada peluang untuk mendahului semua pasukan ke pusingan seterusnya.
6. Kita tunggu malam ini. Setakat ini, rekod menunjukkan kita tak pernah kalah dengan Laos. Selalunya kita menang dan kadang-kadang sahaja SERI. Jadi, ni satu peluang besar untuk meraih 3 mata dan membuka peluang ke separuh akhir. Mesti menang. Kalau boleh, kena menang besar. Tapi kalau tak boleh, menang 1-0 pun dah cukup.
7. Mari kita sama-sama berdoa agar kita menang malam ini. Toksahlah dok asyik hadap blog popular sahaja setiap hari. 2012 tahunku yang kacak ini akan lebih bermakna bila kita menang Piala Suzuki AFF 2012 kali kedua.
8. Memang Malaysia masuk sebagai Juara bertahan. Tapi itu tidak bermakna kita boleh sombong. Kan dah kalah masa pusingan pertama. Kita mesti cari kemenangan moral pertama sebelum kita boleh ke separuh akhir.
9. Cukup-cukuplah kita kritik dan caci pemain dan jurulatih negara. Mereka dah berusaha seadanya. Yang paling sedih adalah mereka.
10. Kasihan juga aku pada Apex sebab 2,3 hari ni kena caci. Beliau nak kahwin pula jadi asbab dia main tak bagus. Ada masanya, dia naik dan menonjol. Ada masanya, dia hancur gak. So, sabarlah dan berikan sokongan padu maut kepada mereka semua.
Ps: Orang kita ni, memang kadang-kadang mencaci tu takde brek..
![]()







Apakah kesudahannya???
berkesudahan dengan kemenangan yang manis