Okeh.
Sementara aku masih cuti lagi dan akan bercuti lama sikit sebab hari Ahad ni sekolah aku cuti ganti sempena Awal Muharram, jadi aku rasa aku kena update sesuatu hari ini.
Sejujurnya, aku dah malas sebenarnya nak udpate pasal komisen sangat sekarang ni.
Sebab kekadang ada orang tak percaya bila kita tunjuk bab bukti-bukti gini.
Walaupun jumlahnya kecil pun, ramai yang tak berapa nak percaya. Malah, masih ramai yang sukar hendak percaya walaupun aku dah lakukan benda yang sama sejak lebih dari 10 tahun yang lepas.
Ya.
Aku dah menulis lebih dari 10 tahun.
Statement 10 tahun ini pun ramai gak netizen susah nak percaya.
Terpulang.
Atas sebab yang sama juga, aku selalu malas nak layan advertiser yang minta berapa jumlah likes, berapa jumlah fan page, berapa jumlah follower instagram dan sebagainya. Kalau diorang nak jumlah banyak, aku boleh buat. Tapi depa kena bayar. Tapi depa nak aku tulis sesuatu yang bagus pasal servis atau produk diorang, so no need to mintak semua benda tu. Semua tu boleh check dengan hanya google sahaja.
Senang cakap, advertiser atau PR ni pemalas.
Itu aja.
Ada manpower.
Tapi pemalas.
Ada upah dan bayar PR.
Tapi PR pemalas.
Tahu dok minta dan mudahkan kerja diorang aje.
Sebab tu orang lama malas nak layan sangat. Sebab itu, banyak review yang setakat melekat kat tekak aje. Ayat-ayat tak sampai ke jiwa. Atas sebab yang sama, tak banyak artikel yang boleh memujuk atau memaksa secara halus untuk client baru atau pembaca blog atau follower instagram korang untuk membeli produk yang dipromosikan walaupun jumlah fan, folower dan pengikut berjuta lemon ramainya.
Sebab, ayat takde jiwa.
Tak menarik.
Jadi, upahlah mereka yang bagus.
Bukan upah mereka sebab mereka ada kuantiti tapi kualiti habuk pun tarak.
Okeh.
Ini bukti aku dapat duit dari Shopback.
Dah ENAM kali.
Boleh aje cashout lama. Tapi saje je tunggu genap RM100.
Sebab aku pun bukan selalu shopping setiap hari. Dok topup prepaid atau beli barang sukan kat Lazada aje.
Kalau korang rajin shopping online hari-hari, Shopback ni merupakan tempat yang bagus untuk korang dapat sedikit cashback atau duit tepi untuk korang rasa korang bukanlah seorang yang gila menshopping macam makcik-makcik beg besar diluaq sana tu.
Ok.
Pi daftar Shopback kat sini –> Daftar Shopback
Kalau korang bukan kaki shopping tegar, benda ni bukan untuk korang.
Tapi kalau nak rasa sekupang dua, tak ada masalah kalau korang daftar sama.
11,431 total views, 1 views today
sikit2 lama2 boleh beli pineng
Ya.
Kumpul lama sikit dulu.
Wow mcm besh je , jap g godek2 cara dia .. sllu gak shopping online
Ha…
Sila godek selalu.
Boleh tahan bro, dah dapat sampai 6 kali..
Ya.
Bolehlah sikit-sikit.
Banyaknya! Dah enam kali tuh
Tak banyak mana.
Tapi bolehlah beli pampers anak.
Pampers anak pun agak pricey tu..lainlah dia pakai kain lampin kan..hehe
Ayat bro deep gila. Terbaiklah!
Ayat yang mana yang deep gila tu?
“Ayat-ayat tak sampai ke jiwa”
Oh.
Itu memang deep.
saya percaya bang sejak dulu lagi aku ke blog ini ini motivasi bagiku sayang di Indonesia affiliasi tak sebagus di malaysia prospeknya
Wah.
Kamu dari indonesia ya?
iya tuan saya dari Indonesia dah lama berlepak di blog ini jadi tahu sikit bahaya melayu
saya saudaranya abang ini..
semoga bisa menimba ilmu dari blog ini..^^
Sedikit atau banyak. Duit tetap duit. Dapat banyak boleh tampung banyak perkara. Dapat sikit, boleh cukupkan yang kurang. Tetap bersyukur.
Ya.
Sikit atau tak banyak, kita tetap kena bersyukur.
aku nak kumpul lama lama lama untuk beli phone baru tahun depan haha
Pehh..
mesti banyak dah kumpul tu kan.
alahh, aku percaya la cakap ko, kita kan sama sama blogger buat duit online, so no hal lah orang yang x percaya tu. kita dapat hasil, mereka xdpt apa apa pun
Terima kasih sebab mempercayai aku.
Haha.
Rugi la klu ada org xpercaya..
Takpe.
Depa yang rugi.
Haha.. Mana nak percaya.. Cer tunjuk bukti sekali dengan belanja makan.. barulah percaya.. Hahaha
Tak nak percaya, sudah.
oh PR pun dah jadi pemalas tahap gaban ya
Ya.
Antara penentu terbesar setakat ni.
Padu. Menusuk dalam kalbu. Haha
Menusuk la sangat.
Haha.
Memang boleh dapat duit ni dengan shopback. Memang sesuai untuk mereka yang suka shopping online.
Lagi banyak beli, lagi banyak cashback
Ya.
Sangat sesuai.
Marilah shopping online pada setiap hari.
memang ok sangat, rm100++ banyak boleh beli. lagipun siapa nak bagi kita free2 kan?
Ya.
Memang ok sangat.
Susah jugak nak deal dengan orang yang malas ni. Tak kiralah sama ada dia advertiser, PR Agent, prospek dan sebagainya. Dia yang perlukan khidmat dari kita, tapi buat macam kita yang terhegeh2 nak mintak job dari dia pulak 🙂
Ha3
Tu la.
Ikut hati nak bagi penampar.
Tapi tu la.
Anak orang. Bini orang. Laki orang.
Kesian.
Wat keje. Tapi suka nyusahkan orang.
artikel baru mana, nak komen nihh
Komen dulu artikel yang lama-lama dulu beb.
Haha.
Jarang aku shopping online ni..
heheheh..
dah 10 tahun ye…
memang sampai ke jiwa tu
Takpe.
Nanti, nanti rajin la.
Tapi saya percaya
Terima kasih kerana percaya.
Sikit-sikit lama-lama boleh buat belanja kucing setiap bulan.
aku takde kucing.
Lama-lama kumpul banyak juga jumlahnya.
Ya.
Itulah tujuan asalnya.
Biar kumpul banyak-banyak.
untuk artikel yang power dengan SEO..
tak pelah kalau follower sikit..
yang penting berada di First Page Google
Kalau blog power seo, depa memang akan ada follower atau fan tegar masing-masing.
Hoho.
wah.. dah 10 tahun menulis. banyak sangat pengalaman ni.
Banyak sikit la banding yang satu tahun punya pengalaman.
Tak banyak tak banyak. 6 x 100.
Banyak beb. Toksah layan hat tak mau.
Layan hat mau ja. Mantop TiTAn
Ya.
Gua syukur gua mantop.
masalahnya nak shopping apa pun pening pala, huhuhu
Beli je hape-hape.
LEpas dah beli tu, takde pening dah.
Baru start dengan shopback ni..baru je kumpul RM6 hehe
takpe.
Lepah ni, leh kumpul jadi gunung kinabalu pula.
dah dua tiga kali juga baca pasal shopback ni, mungkin dah sampai masanya daftar ni
Ya.
Sudah sampai masa barangkali.
Wah mantap, saya juga pengen.
tak percaya tak apa..buleh abang buat sorang-sorang, makan sorang-sorang 😀
Ya.
Makan sorang-sorang je.
Macam tak biasa.
Baru setahun jagung kita. Ayat pun kadang bersepah terabur lagi. Sebab tu suka melekat kat sini, belajar tulis dari hati.
Takpe.
Nanti lama-lama, makin manis la itu jagung.