Ya.
Aku skip satu cashback.
Sebab nak kasi tajuk artikel ni jadi lebih pendek.
Senang cakap, aku dah dapat dua bayaran dari Shopback.
Yang keempat dan yang kelima.
Tapi aku tunjuk bukti yang kelima sahaja.
Sebab aku malas nak cari balik email-email yang lama nih.
Macamana korang boleh selalu buat cashout cepat?
Mudah sahaja.
Ko kena barang selalu guna shopback sampai nilai cashout korang berjaya capai RM10.00 sahaja.
Antara benda yang regular aku beli ada topup.
Since aku dah pakai 3 henset sekarang.
Jadi aku kena topup la selalu.
Terutamanya untuk line Digi. Sebab aku banyak online guna data Digi dan buat hotspot guna data Digi sebab Digi yang paling laju dan paling stabil berbanding yang lain setakat ni kat Pasir Gudang. Celcom aku topup sekali aje sekadar untuk menghidupkan line dan guna untuk call penting-penting aje. Sebab tu, duit dalam akaun Celcom aku lebih besaq berbanding Digi walaupun penggunaan Digi lebih besaq banding Celcom.
Line YES dan henset YES, semua line dan data ditanggung oleh kerajaan.
Aku cuma guna kat kawasan sekolah sebab kat sekolah aje line YES ni laju gila. Kat kawasan rumah aku, tak berapa nak laju. Kena lepak kedai roti canai barulah line tu laju macam pelesit lumba lari.
Itu satu.
Selain itu, memang biasanya dalam sebulan aku akan peruntukkan dalam RM20 ke RM50 untuk beli alat sukan atau benda-benda pelik yang sebelum ni aku rasa macam susah nak dapat masa aku kecik-kecik dulu.
Senang cerita, macam beli hadiah untuk diri sendirilah.
Contohnya macam baru-baru ni aku beli Flex tape.
Benda ni, aku dah lama tunggu kat Lazada.
Kedai hardware kat Malaysia memang takde jual benda ni.
Dulu, nak beli kena order dari website diorang sahaja. Harga takdelah mahal sangat. Cuma kos shipping aje tu wat aku macam hangin sikit. Bila dah ada kat Lazada, aku terus angkat satu.
–> Harga tak mahal, dalam RM29 ke RM35 sahaja untuk saiz 4″ x 5″.
Tak kiralah untuk warna putih atau hitam.
Dan aku juga salah seorang “regular” untuk beli Powerbank Pineng PN 951 dari Lazada.
Ramai cikgu sekolah suruh belikan powerbank untuk diorang. Memula, sorang dua aje. La ni, dah macam tetiap minggu akan ada aje satu atau dua orang cikgu minta tolong belikan. So, cashback dari Shopback inilah upah aku sebab kalau kat Lazada jual harga RM36, aku mintak cikgu tu bayar RM36. Takde aku “mark up” untuk lebih untung. Cukuplah jumlah percent yang aku dapat dari Shopback itu.
Kekadang upahnya cuma 50 sen ke 80 sen aje.
Sebab cashback untuk alat elektronik atau gadget ni tak berapa tinggi. Lagipun, memang aku nak bantu cikgu-cikgu tua ni ada powerbank tu. Kalau tak, asal aku nak telefon aje, bateri diorang kong. Tu yang aku hangin semacam tuh. So, untuk elakkan aku berhangin selalu, aku paksa diorang beli benda nih.
Haha..
Malah, topup Digi RM50 pun, aku cuma dapat RM1.75 sahaja cashback dari 8.5%.
Ya, dulu cashbacknya pernah jadi 12%, kemudian jadi 11% dan kini turun ke 8.5% untuk topup cashback.
Biasalah, memula dulu depa umpan dengan promosi gila macam ni. Bila Shopback dah popular, dah boleh demand dan banyak persaingan juga keperluan untuk terus kekal, aku tidak hairan Shopback terpaksa kurangkan nilai cashback itu.
Kesimpulan
Tak semua percent cashback yang kita dapat itu boleh capai setinggi 12%.
Biasanya kalau dapat 12% ini adalah pengguna yang beli guna smartphone atau mereka adalah first time customer. Yang ni memang selalu dapat cashback besar macam tu.
Yang dah jadi regular macam aku ni, dia tengok jenis barang yang korang beli. Dari 2% ke 10%. Ini biasanya yang aku dapat dari kebanyakkan barang yang aku selalu beli kat Lazada. Tu tak campur yang beli kat website yang lain yang menawarkan cashback yang lebih tinggi macam Zalora dan juga 11street.
Dan, jangan korang hingat bila dah shopping ngan Shopback ni hari ini, minggu depan dah boleh caschout.
Belum tentu beb.
Kena cukup RM10 dulu.
Kena tunggu tempoh matang dulu.
Kekadang, makan 2-3 bulan. Kalau dapat barang yang cashback dia tinggi macam aku beli katrij printer HP, terus dapat dekat RM5 dia punya cashback, haa..beli tu dua, korang dah boleh cashout terus kot lepas dah cukup tempoh masanya tuh.
So, nak cuba atau tidak Shopback ni, terpulang.
Ini salah satu cara nak dapat duit balik selepas korang giat bershopping sakan.
Ini bukan cara nak berjimat.
Tapi ini salah satu cara supaya korang rasa shopping tu bukanlah satu akviti yang membazirkan.
Haha.
Dah.
Pi daftar Shopback kat sini –> Daftar Shopback
Then, leh pegi shopping puas-puas.
Ps: Benda ni benda paling laris aku jual kat member sekolah.
16,988 total views, 3 views today
cpt bro dpt cashout ya..
terbaik r..
Tak susah untuk kumpul RM10.
Nak maksimumkan income tu yang susah.
ye, dalam keadaan ekonomi ni memang seller kreatif sangat dan buyer perlu ambil peluang. yang penting win-win kan. pembeli kena la bijak jika tidak peluang telepas begitu saje.
Ya.
Kena win-win situation.
Itu penting.
power bank produk laku keras… handphone sekarang guna tak sampai satu hari dah habis..
Ya.
Memang keras lakunya.
Sy masih kumpul cash back kat shopback tu..biar byk berkepuk2 baru cash out haha
Ouh.
Rajin eh kumpul.
tak sangka cashback juga boleh menjana duit
Ya.
Boleh juga la jana duit kalau tahu caranya.
dengan keadaan ekonomi spti ini emang seller sangat kreatif, yang terpenting menang sama menang kan?
Ya.
Dua-dua kena jadi lebih bijak dan kreatif.
baru tahu juga soal bginia.., terima kasih infonya.. sangat bermanfaat 😀
Ya.
Semoga bermanfaat.
Aduhai rasa macam ketinggalan pulak sebab baru tahu kewujudan shopback… tidak memang tak tahu ada kalau tak baca kt sini
Takpe.
Hari ini dah tak tertinggal dah.
nak kumpul banyak2 tu lama tak? kalau tak terbiar je kan dalam acc
Tak lama kalau jenis rajin shopping.
3 handset, bini berapa bro? hehehehe
Bini masih satu.
Kenapa?
dh bleh jadi duta powerbank ni..ahha
Duta powerbank mana satu?
alaa, aku tak de line yang boleh di top up kan hihihi
Takpe.
Topupkan henset aku pun boleh.
Paksa lagi kawan2 cikgu, beli yang lebih mahai haha
Ya.
KEna paksa selalu nih.
Entah bila nak guna cash back ni. Klik2 last tak jadi beli. hehhee
Lain kali, klik-klik, terus beli je.
Hehe..
3 handset, termasuk sekolah sponsor 🙂
Ya.
Kerajaan sponsor.
Bukan sekolah.
Hurmm menarik la pulak ni…
Ya.
Memang menarik.
Sila cuba.
Dah lama xmengikuti, baru tau encik titan ni rupanya cikgu jugak.
Cikgu biasa-biasa aje.
Terbaik. Harap harap saya pun boleh cashout dalam masa terdekat.
Ya.
Semoga hang pun leh cepat-cepat cashout.
Mula-mula memang akan nampak macam susah je nak dapat duit, tapi bila dah selalu beli barang… jadi makin banyak la duitnya tu kan
Ya.
Kena rajin membeli aje sebenarnya.
wow mcm menarik je shopback..
Setakat ini memang menarik.
Pineng 10,000 Mah RM36, murah giloos tu bro…
Ya.
Memang murah gilos.
Tapi kena pandai cari la beb.
Paling banyak aku beli kat Lazada ialah tablet mesin cuci pinggan. Nasib baik ada Lazada..kalu tak susah nak beli sbb semua kedai di kelantan tak de jual. Pastu beli kot shopback ni jimat la sikit.
Tablet mesin cuci pinggan?
Ko ni malas basuh pinggan ke?
Haha..
Baru tahu pasal Shopback ni. Murah-murah. Sayang duit da abis shopping raya ritu.. 🙁 lambat baca blog ni.
Tak apa.
Masih belum terlambat lagi.
seronok tengok kwan2 dpat komisyen.. tpi diri sndiri mlas hahaha..
Biasalah tu.
Memang ramai yang malas.
Untuk kaki shopping memang kena joint shopback ni, baru ada penjimatan disitu.
Ya.
Bolehlah rasa nak jimat sikit tu.
Sebenarnya bila baca entri ni hati ku berdetik
” Tak sangka Titan ni seorang CIKGU!”
Hahahahaha!
La.
Kenapa gelak plak?
Oohhh cekgu, mesti kesayangan pelajar ni tau, baca penulisan pon dah tau dah,
ni cekgu yg suka wat lawak selamba de😂😂
Ya.
Memang kesayangan murid-murid seluruh Malaysia.
Haha.
Sangat bermanfaat
tak merasa lagi boleh cuba lepas ni