Ya.
Senang kira, dah hampir DUA minggu kita berpuasa, bersahur dan menyambut bulan Ramadhan.
Bulan yang penuh dengan kegembiraan dan ketakwaan.
Aku harap, semua orang sentiasa bertakwa, dijauhi sifat munafik, sentiasa bersangka baik dan meningkatkan amalan masing-masing pada bulan yang barakah ini.
So,
aku nak cerita tentang persiapan untuk Raya tahun ini.
Aku baru pindah rumah.
Ya, aku pindah lagi.
Kali ni, rumah sewa aku ni lebih dekat dengan sekolah, lebih dekat dengan tempat kerja bini aku. Lebih dekat dengan rumah pengasuh anak aku. Lebih dekat dengan Kipmart. Lebih dekat dengan bank-bank, pejabat pos, lebih dekat dengan masjid, lebih dekat dengan tempat aku main badminton selalu, lebih dekat dengan KPJ dan klinik-klinik anak aku dan juga lebih dekat dengan kedai buku.
Berbeza sikit dengan rumah masa aku kat Seri Alam. Walaupun dekat dengan Tesco, KFC, McD dan memacam lagi..tapi paling ketara adalah jarak aku nak pi tempat kerja. Beza masa yang sangat ketara disamping jem waktu pagi yang memaksa aku bergerak seawal 6.20 pagi setiap hari.
Sekarang, jarak ke tempat kerja aku tak sampai LIMA minit.
Tempat kerja bini, tak sampai 10 minit.
Tempat rumah pengasuh anak aku, pun tak sampai 5 minit.
So, ini sangat menjimatkan masa dan duit mintak aku. Saat ini, aku cuma guna RM20 ringgit sahaja untuk duit minyak sebab aku pi tempat kerja dengan menaiki motor. Kat situ aje, aku dah jimat beratus-ratus ringgit dan kereta aku tak perlu nak kena basuh selalu dan kebarangkalian untuk rosak agak rendah.
HOho..
Tips nak dekorasi rumah kasi lawa dan kacak
So, bila dah pindah rumah.
Aku kena hias walaupun tugas menghias itu jatuh hampir 99% pada bahu dan ketiak bini aku.
Aku cuma tolong angkat barang, angkut almari, bawa meja, susun sana-sini dan buat kerja-kerja berat.
Bini aku kerjanya memberi arahan sahaja dan aku tak boleh nak komen.
Kalau aku komen, itu maknanya aku mencari nahas.
Lebih-lebih lagi kalau nak menghias rumah demi Raya yang bakal datang.
Rumah baru aku kali ini. Lebih besaq. Lebih luas dan ada lebih banyak bilik. Oleh sebab, rumah ni boleh dikatakan “fully furnish”, aku boleh kata aku ni cuma cuci kaki aje bila masuk rumah ni. Lebih seronok, sewa rumah kali ini lebih murah berbanding masa aku menyewa kat Seri Alam. Tempat parking pun, boleh masuk DUA biji kerea. Siap ada halamn rumah yang ada tanah yang memaksa aku untuk potong rumput sebulan dua kali.
Itupun kalau aku rajin.
So, tak banyak benda aku nak ubah sebenarnya kat rumah ni.
Susun atur dah cantik. Meja makan yang ada pun dah cantik. Almari dapur pun molek lagi. Mesin basuh pun diorang bagi tapi aku guna mesin basuh aku yang harganya DUA ribu tuh. Dah beli mahal-mahal, takkan aku nak biar aje. Mesin basuh yang owner bagi tu, nampak lama. Takut pulak aku nak pakai walaupun owner kata mesin tu boleh lagi pakai. Tapi sebab nampak macam terlalu mengerikan, aku abaikan mesin itu tanpa was-was.
Smart TV baru.
Aku nak ganti television bini aku tu.
Walaupun TV itu sangat bermakna sebab hadiah kahwin kita orang. Tapi sebab kecik sikit, jadi aku berkenan dengan TV LG 49 inci.
Nama TV ni pun panjang.
–> Super UHD 4K HDR Smart LED TV model 2017
Harga dia pun murah aje.
Dalam 2 ribu lebih je.
Tapi, dia punya resolution tu memang sakit jiwa bila aku dok perhati dari jauh. Dia punya besaq, memang boleh buat anak aku tengok dari jauh. Jadi, tak perlu lagi la anak aku nak dok panjang almari tv sebab nak tengok dekat-dekat. Lagipun, tak berapa molek tengok tv dekat-dekat ni. Kang dia kena pakai spek mata awal-awal plak macam bapak dia nanti.
So, oleh sebab Lazada ada buat kempen ‘Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale’, aku rasa ini boleh membantu aku dan korang semua untuk beli barang agar Raya korang nanti jadi lebih meriah dan rumah korang berseri dengan senyuman bini korang yang gembira ada barang-barang BARU dalam rumah diorang.
Diskaun diorang macam biasa. Boleh pegi ke less sampai 90% gitu.
Apa lagi aku nak tambah kat rumah aku nih?
Kipas.
Aku nak banyak kipas.
Walaupun setiap bilik atau ruang kat rumah aku ni ada kipas.
Tapi bila datang musim panas kat Pasir Gudang ni, kena pulak bau dari kilang-kilang berdekatan berleluasa, buat aku rasa aku perlu ada lebih banyak kipas.
Ya. Setiap bilik kat rumah aku ni, majoritinya ada kipas dinding dan juga aircon.
Jangan tak percaya. Rumah ni walaupun sewanya murah, tapi serba-serbi lengkap. TIGA dari empat bilik, ada aircon dan kipas masing-masing.
So, aku ingat nak tambah satu kipas berdiri kat ruang tamu dan satu lagi kipas kat dapur.
Dapur aku takde kipas.
Kekadang, bila nak memasak bahang panas tu agak merbahaya untuk kulit gebu aku nih.
So, kewajaran untuk ada kipas didapur sudah jatuh kepada hukum harus.
So, harus ada kipas.
Tawaran dari Lazada ni sangat mengerikan.
Tu dia.
Dapat TIGA biji kipas.
Dua berdiri, satu duduk. Siap ada timer gitu.
Satu boleh letak kat ruang tamu, satu leh letak kat luaq rumah dan satu lagi leh letak kat dapur bini aku tu.
Harganya cuma RM173.04.
Empat sen tu nampak macam tak relevan.
Tapi, bayar ajelah.
Lagipun, harga itu sangat murah dan jenama tu walaupun aku jarang sangat dengaq tapi selagi boleh bagi dapur dan ruang tamu aku tu sejuk, itu dah cukup untuk menyelesaikan masalah aku.
Last but not least.
Aku nak tambah “Kopi Maker”
Aku gila minum kopi dan nescafe. Teh pun aku gila minum jugak.
Selama ni, kopi maker aku adalah bini aku.
So, untuk memudahkan bini aku yang cantik tu, aku rasa dapur dia patut ada satu kopi maker.
Nama kopi maker yang aku berkenan tu ialah Nescafe Gold Barista Machine.
Benda ni boleh bantu bini aku buat kopi macam Kopi Americano, Latte, Capucino, Espresso, Lungo dan memacam lagi. Kesian dok tengok bini aku melayan perangai aku nak kopi pekat la, nak kopi tarik la, kejap nak nescafe tanpa susulah, kejap nak teh tarik lapan tingkatlah.
Pendek kata, kopi maker ni dah cukup besaq jasanya jika ada sebiji kat dapur bini aku tu.
Lagi satu, bila sahur ni, memang aku selalu bantai dua tiga cawan kopi.
Jangan cerita pasal kesihatan.
Aku ni Cikgu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Aku tahu mana yang bagus atau tidak untuk kesihatan.
Korang dok diam elok-elok depan yv tonton cerita Hero Seorang Cinderalla.
Faham?
Kesimpulan.
Raya kali ini, aku harap lebih meriah berbanding tahun sebelum ni.
Sebelum ni rumah aku bertingkat. Susah orang nak datang. Duduk dalam kawasan rumah ni, kereta tak leh parking kat dalam, kena parking kat luar. So, menyusahkan orang nak kena jalan kaki gi rumah aku dan satu hal plak nak menapak naik tangga walaupun rumah aku tu cuma tingkat dua.
So, bila dok rumah yang ada tanah ni, sedikit sebanyak memudahkan hidup aku.
Ramadhan kali ini lebih baik.
Harapnya, Raya tahun ini jadi lebih baik walaupun giliran balik kampung tahun ini jatuh giliran bini aku.
So, kalau aku buat rumah terbuka.
Janganlah segan nak datang.
Bolehlah rasa air tangan bini aku buat kopi yang paling sedap kat Pasir Gudang nih.
17,003 total views, 1 views today
rumah dah dekat dengan tempat kerja senang la pasni tak ada la nak terkejar2x nak pg kerja, hehe…banyak betul tu nak tambah barang kat umah baru ni. hahah
Mana banyak.
TIGA benda aje.
Kira sikit la tu.
Peh cikgu..tv 2k murah katenye hehe..dari saiz tv yang nak dibeli tu, nampak beno la rumahnye pun besau hehe
Kira murah la tu.
Kalau mahal, yang 10 ribu punya.
Hehe
coffee maker macam menarik jer..
Ya.
Memang menarik.
Angkat la satu.
Murah aje tu beb.
Haha betul-betul jangan cari pasal nak cantas idea deko bini.
Angkat aje hehe.
Rezki tu dapat rumah lebih baik, lebih dekat, semua lebih.
Coffee maker mmg idea best!
Yelah.
Tengah angkat la nih.
Ya bagus juga ada tv baru yang cikgu kata MURAH tu hihi.. Tak lah anak cikgu guna spek mata awal2 macam saya huhu…
Ya.
Kang kena pakai spek, satu hal nak membeli.
Spek dah la mahal sekarang.
cantik tv tu..kalau dapat beli sebijik kan best kan..heheh
Ya.
Tv itu memang cantik.
Kalau ada dua bijik, lagi best.
semoga raya bro tahun ini menjadi jadi..
aamiin..
Ya.
Semoga menjadi lebih sempurna berbanding yang dulu-dulu.
Oh hang dah pindah bukit dahlia ka…
Tak.
Sebelah bukit dahlia.
Giler best kot rumah dekat ngan tempat kerja. Jimat minyak jimat semua benda.
Tambah plak sewa rumah murah. Ya Allah best giler.
Anyway nak Coffee maker tuh.
Ya.
Memang best gila.
Dapat rumah yang dekat dengan tempat keperluan memang best, nak hias pon dah tak ragu2 sebab selesa
Ya.
Memang best kalau rumah dekat.
Rasaya kena beli coffe maker tu ak memang gila coffee jugak
Ya.
Ada geng juga rupanya.
selamat ya udah dpt rumah baru yang penuh dengan kesenangan 😀
Ya.
Harap lebih kesenangan pada masa hadapan.
Memang best bila kerja dah dekat dengan rumah..
Banyak boleh save tu..
terbaiklah. Den moto pun dah berbulan tak start tu
Ya.
Memang banyak save.
Haha.
Beli kat lazada dan dapat cashback. Berbaloi
Ya.
Itu lebih afdal.
rumah dekat shopping mall memang kena tahan hati nak berbelanja.
Ya.
Memang kena didik hati jadi lebih kuat.
Huhuhuhu shopping is my favourite
Ya.
Orang perempuan memang suka shopping.
Deco deco memang orang perempuan suka. Kalau boleh tak nak bagi orang lelaki masuk campur langsung. Sakit mata bila diaorang mula nak join sekaki.
Ya.
Kami tak masuk campur dah.
Tv tu awesome..
Ya.
Ada sebiji, memang best gila.
Pasang air cond la, mesti sejuk satu rumah. Jimat kat transport tu boleh buat bayar bil elektrik tu
Bil letrik tak tinggi.
Sebab jarang benar pasang aircond tu. Haha.
Bestnya pindah umah time Ramadhan. Coffee maker tu memang buat kopi lebih bertambah sedap.
Ya.
Kena ada coffee makar satu kat rumah eh.
Gua nak kumpul duit beli kopimeker dululah cenggini. Korek tabung aci tak?
Haha
kepada yang kaki mengopi tu, memang berbaloi beli coffee maker.
tapi harganya, masyaAllah ya Ampunn
Harganya kira murah la tu beb.
Hehe
Dah lepas diskaun lagi tu.
Untung lar orang kerajaan Bonus Masyuk…. + setelah GST & cukai pelancongan diperkenalkan kepada rakyat baru-baru ini. 🙂
Bonus masuk pun..
Cepat gak bonus tu keluar semula bah.
Huhu bestnyaa berapa harga rumah tu huhuhu
Tak tahu.
Ikut pasaran tak sampai 300k.
sedar tak sedar beberapa hari lagi ramadhan bakal meninggalkan kita..rasa sedih pula
Ya.
Dah tak lama.
MEmang sedih sangat beb.
49… bukan main besar lagi!
Ya.
Besaq.
Dok kat pintu pun masih boleh nampak.
Alhamdulillah raya dengan gajet idaman 🙂
coffee maker macam menarik jer..
Ya.
Memang menarik hati ramai orang.
Coffee maker tu nampak menarik, aku dan bini aku pun suka minum kopi. Ingat nak cari sebijik buat penyeri ruang tamu kitaorang..
Haa.
Sila beli sebijik.
Kasi seri sikit ruang tamu korang.
waa dah pindah rumah baru. yang seronoknya bila tak banyak yang perlu diubahsuai. memudahkan kerja dan tidak membebankan selalunya bila pindah rumah ni penat satu hal dah nak kne buat macam-macam.
Benda biasa bila pindah rumah.
Memang akan penat.
Besaqnya tv tu, memang seronok abis lah kalau tengok movie