1. Jujur, aku tulis blog dulu untuk buat duit. Kalau aku kata nak berkongsi pendapat ke, nak kongsi ilmu ke..nak mengorat gadis bertudung ke, nak mengarut ke..itu bukan aku. Itu aku yang lain. Aku tulis blog dari dulu sampai sekarang, tujuan utamanya memang nak cari duit.
2. Dulu aku orang susah. Yang senang tu, abah dan mak aku. Mintak duit, memang sudah tentu dapat. Tapi sebagai lelaki kacak, sampai bila aku nak mintak duit kat diorang?
3. Aku tak ada harta. Rumah pun tak ada. Bini lagilah tak ada. Nak kahwin empat, jauh sekali walaupun hati itu teringin sangat. Ya, aku akui. Aku mencintai gadis-gadis comel. Termasuklah bakal-bakal bini aku nanti. Aku akan cinta dan sayang mereka sepenuh hati aku. Apa mereka hendak, apa yang mereka perlu. Aku akan tunaikan. Aku nak mereka masuk syurga walaupun mungkin mereka kena tunggu aku kat pintu syurga selepas aku habis bayar dosa aku kat neraka nanti. Tapi sungguh, aku tak nak masuk neraka. Tak best. Cendol pun tak ada kat sana.
4. Aku mula kenal internet masa abah aku masukkan talian internet kat rumah. Kat area kawasan rumah aku, rumah abah aku antara yang terawal pasang komputer kat rumah. Kira jeles gak jiran-jiran dan kawan sekolah aku. Maklumlah, abah aku ni otaknya jenis sukakan teknologi walaupun selalu lupa password Maybank2u dia. Aku dah pesan awal-awal. Tulis kalau takut terlupa.
5. Jadi, bila dah ada komputer..abah aku pasanglah internet. Dial-up punya. Korang masih ingatkan, yang bila kita nak masuk internet, kena dial dulu. Adalah bunyi pelik-pelik keluar. Selagi tak jumpa irama tu..selagi tu susah nak online. Dulu..entah berapa kbs aje dapat. Sekarang..main Mbs. Dunia memang dah berubah. Dah makin maju. Sekarang dah ada broadband. Dulu? Kalau nak main internet laju, kena cari cyber cafe. Itupun kena bayar RM5 untuk satu jam. Gila mahal. Tapi sesuailah pada zaman. Kalau masa tu bayar RM2 untuk satu jam macam sekarang, memang bungkus cyber cafe tu.
6. Bila dah kenal internet, memacamlah aku jumpa. Setakat tengok gambar yang tak betul tu, semua budak lelaki pernah buat. Budak perempuan pun sama. Aku tak hairan ramai gila budak sekolah kalau dalam handset diorang ada 3gp gadis bertudung daerah mana-mana entah. TUdung putih ke tudung biru ke..bersepah dah sekarang. Tipu kalau aku tak pernah tengok. Kalau korang tak pernah tengok, jujur. Koranglah budak paling baik pernah aku dengar.
7. Aku kenal blog masa tahun 2003. Itu yang paling tepat. Tapi sebelum tu, ada juga blog. Blog tu pun aku wujudkan khas untuk dapatkan cek warna hijau dari Google Adsense. Pernah gak dapat beberapa kali cek hijau tu. Sekarang dah guna Western Union. Aku dah kata, dunia makin maju.
8. Aku kenal StudioTraffic, A3union, 12DailyPro dan macam-macam program pelaburan internet masa zaman tu. Setakat main HYIP dan pelaburan cepat kaya dan duit derma-derma tu..aku dah lali. Dalam poket aku dah nih. Tapi program A3union inilah yang yang pernah bagi aku beribu-ribu ringgit dulu. Modalnya cuma 10 dollar aje. Yang penting, pandai promosi. Dan dari platform bloglah aku dapat duit hasil promosi benda-benda ini. Korang kena faham, zaman dulu..mana ada Nuffnang, Advertlets, Innity dan KOMLI nih. HzTours pun belum ada. Jadi, itulah aje mainan blogger lama macam aku ni.
9. Bila Advertlets muncul dan diikuti dengan Nuffnang..barulah aku nampak ada peluang untuk buat duit dengan blog. Dah banyak cek dan duit aku dapat dari 2 program ini. Begitu juga dengan program-program yang lain. Tapi tak banyak. Program dari luar negara seperti Google Adsense, Bidvertiser, Shareasale, Program Pay Per Lead, Program macam Clickbank dan Amazon inilah yang banyak menyumbang duit poket aku berbanding program tempatan.
10. Ya. Aku tulis blog dulu sebab nak cari duit. Dari program jual topup, program MLM seperti CNI dan memacam lagi. Semuanya aku promosi guna blog sejak tahun 2003 hingga sekarang.
11. Buat duit dengan blog pada zaman menjadi lebih mudah. Ada banyak platform. Ada facebook yang sangat ampuh untuk membina jenama dan kreadibiliti. Ada banyak cara untuk berjaya. Yang penting kena usaha. Baru boleh ada blog popular yang mampu bantu korang tambahkan duit poket korang. Orang malas. Takkan berjaya.
12. Penulis blog yang berjaya adalah mereka yang berjaya mendatangkan hasil. Tak kiralah untuk duit ataupun mendapat nama. Aku tak jumpa lagi orang tulis blog saja-saja. Tak ada. Setiap orang ada misi dan visi tertentu.
13. Korang pikir sendirilah. Aku dah malas nih.
Ps: Sejarah aku tentang menulis blog tak berapa best. Tapi sesuai untuk dibaca untuk budak-budak zaman sekarang yang gila sangat nak duit dan gila sangat nak popular cepat. Semua tu tak datang sekelip mata. Usaha mesti ada. Keyakinan mesti jitu. Kasih sayang dari orang tersayang itu penting. Dan doa dan tawakal itu pasti.
1,893 total views, 1 views today
Satu tulisan jujur yang penugh dengan tips powerrrr.. Aku suka.
mmg otailah..
dl umah ciktom terawal gak ada internet sb ayah keje telekom..
tp buta bab blog2 ni..hee
Menarik perjalanan seorang blogger ni.. =)