Huh.
Rindu pulak nak menulis.
Sayang pula bila bulan ni tak tertulis apa-apa.
Salah satu benda yang mungkin korang tak tahu atau tak berapa nampak.
Bila mana korang ada blog, tulislah satu artikel paling teruk pun dalam SATU bulan.
..
…
Kenapa?
Untuk menunjukkan bahawa korang masih hidup.
Untuk menampakkan bahawa korang masih rindu akan blog korang.
Untuk memperlihatkan bahawa korang masih ada sisi sayang dan kasih akan pelawat-pelawat blog korang yang dahagakan ilmu baru dan telatah penulis yang kadang-kala macam syok sendiri itu.
Untuk beritahu pada client, PR dan advertiser bahawa blog korang ada “engagement” pada setiap bulan.
Engagement.
Engagement dalam satu sisi bermaksud adalah hasil dan kesan.
Bahasa lain pula adalah penglibatan.
Dalam bahasa pendidikan, kita panggil aktiviti atau program.
Mengapa benda ni penting?
Macam aku kata tadi.
Untuk menunjukkan bahawa ada ciri-ciri kehidupan.
Bahasa kasaq, blog korang NAMPAK hidup.
Ada nyawa.
Ada soul yang tersendiri.
Berbanding dengan blog-blog lain yang kadang-kala langsung tak tak “hidup”.
Jika berupdate pun, update dengan penuh artikel-artikel yang agak mengarut.
Jujurnya, aku tak berapa sihat.
Lama.
Ada dekat 2-3 minggu sejak artikel aku yang terakhir itu.
Tapi tak bermakna blog-blog “cari makan” aku yang lain tak berupdate. Yang itu, kenalah tulis seperti biasa sebab blog-blog itu memang berpaksikan duit semata tetapi masih tetap berpaksi pada sisi kejujuran dan elemen halal.
Berbalik kepada isu tak sihat.
Anak aku pun tak berapa sihat.
Bini aku, dia punya sihat boleh kejap ON dan kejap OFF.
Maklumlah, orang tengah berisi ni, dia punya peel dan perangai macam cuaca. Boleh kejap mendung semalam, boleh kejap seminggu hujan, boleh kejap lagi dia panas berhari-hari. Sihat jenis yang ini memang kita sukar dijangka.
Reda saja.
Ini semua ujian.
Sebab itu, aku sendiri punya mood memang ke laut.
Habis semua laut aku sapu.
Minggu ni laut merah.
Minggu lepas laut cina selatan.
Minggu ni laut sulawesi.
Minggu depan tak tahu pegi laut mana pulak.
So, jika ada yang rindu dan sayang akan blog ini, terima kasih sangat-sangat.
Walaupun tidak berupdate selalu seperti zaman muda-muda dulu, tetapi korang semua tetap gagah melawat dengan penuh kasih sayang.
Hapepun,
..
…
Terima kasih semua.
Aku nak tidur dulu.
Baru telan ubat selsema dan cecair pekat hitam likat ubat batuk.
Selamat malam.
7,813 total views, 1 views today
semoga cepat sembuh sifu 🙂
Ya.
Sudah beransur-ansur pulih.
Hoho taniah bro, ada rejeki lagi.
Ada masa kita duduk sembang -Sembang ha.
Ya.
Jika ada masa.
Rehatlah. Jaga kesihatan. Nanti bila dah dapat balik kekuatan macam dulu, update banyak2 la.
Tak tahu la mampu lagi ke tidak update banyak-banyak macam dulu-dulu lagi.
Selagi domain masih hidup..
Blog itu masih dikunjungi pelawat..
Kepada bro..
Semoga cepat sembuh
Ya.
Semoga cepat sembuh.
faktor usia bro. tangan cram nak tekan papan kekunci.
Ya.
Itu juga mungkin salah satu faktor.
cepat sembuh ncik ada reseki nanti aku traktir cendol banting dan boleh kita bertemu lagi dalam panel seminar blogger
Tak tahu bila lagi kita bertemu.
Musim orang semua tengah demam dan selsema ni
Ya.
Musim tekak kering dan tekak basah dengan kahak sekarang ni.
It’s ok sesekali sakit kan. Bila kena sakit baru ingat nikmat sihat
Kalau lah cakap je terus auto jadi ayat kat new post. Siap satu post. Sambil drive pon bleh la gini. Heee….
Ada teknologi tu.
Cuma manusia belum jumpa lagi aje.
Cuaca tidak menentu sekarang ini kadang-kadang boleh mempengaruhi mood juga.
Ya.
Cuaca memang banyak main peranan sejak dahulu lagi.
Semoga cepat sembuh ye Tuan.. suka baca entri dari Tuan..
Terima kasih kerana suka membaca. 🙂
patutlah dah lama tak nampak update.. semoga sihat cepat bro..
Ya.
Memang lama tak update.
Haha.
tahniah cikgu bakal dapat baby lagi. cuaca sekarnag tak menentu memang kena jaga lebih la kesihatan. banyakkan minum air, makan buah dan sayur banyak. sebolehnya setiap bulan ada bajet utk suplemen.
Baiklah.
Terima kasih atas nasihat itu.
semoga sihat ceria slalu cikgu..
ok la dah boleh update blog ni kan
Ya.
Dah boleh dah sikit-sikit.
Akhirnya, setelah berkali-kali saya terjah blog nih, berupdate juga. APA APA pun hadapi perubahan cuaca dengan tabah.
Ya.
Perubahan cuaca yang sering berubah.
bila berhari2 tak menulis, jari menggigil semacam.. hee~ smeoga sihat selalu bro..
Bahaya tu kalau mengigil, takut kena virus parkinson plak kang.
Ya. Semoga kita semua sentiasa sihat.
oho..sudah berisi kali kedua?ohoho..tahniah
Hoho.
Begitulah ceritanya.
Semoga cepat sihat ye
Ya.
Begitulah harapan saya.
moga cepat sembuh..
YA.
sudah semakin ke arah kesembuhan itu.
GET WELL SOON. INSYAALLAH KEJAP JE TU. SEKARANG PERUBAHAN CUACA MEMANG BUAT KITA RASA MACAM NAK DEMAM JE,MINUM AIR MASAK BANYAK2 INSYAALLAH KURANG SIKIT
Ya.
Cuaca memang aneh.
dah cuti sekolah ni. Mungkin boleh dah start aktif menulis balik.hehe
kena tunggu cuti yang lagi tak sampai 10 hari ni.
baru mula aktif kot.
ramainya org demam
Memang musim agaknya.
semoga cepat sembuh
Alhamdulillah.
Dah ok sikit dah.
Get well soon yaa
Ya.
Terima kasih.
Nak blogwalking kena cari blog Titan dulu 🙂
Kenapa plak eh?
Moga cepat sembuh bro. Amalkan madu dengan air suam setiap pagi ..heh.heh
Ya.
Memang makan madu selalu dah.
sama bos..dah 5 bulan tinggal blog sampai berhabuk.
ni nak qadha balik paling kurang satu artikel sebulan 😀
Sila qada’ semula seberapa segera.
Ini arahan.
Semoga cepat sembuh!
Ya.
Demam dan batuk semua dah sembuh.
La ni, gigi pulak yang sakit.
jom menulis kembali. semoga yang sihat bertambah sihat, yang sakit menjadi sihat.