Dalam 3-4 hari ni..aku sibuk.
Jangan tanya kenapa.
Dan tiba-tiba line internet jadi jahanam plak. Lagi teruk, tak lama lepas itu, line telefon ikut jahanam gak. Aku dah call orang TM untuk datang buat “POST MOTERM” hari ini. Tapi macam biasa, kalau diorang malas, 3-4 hari nanti baru sampai setelah didesak dan dimaki beberapa kali. Kalau tetiba datang rajinnya, mungkin dah ada kat rumah bapak aku la sekarang.
Aku? Aku kat cafe internet. Dah takde internet, kat sini ajelah jawabnya. Broadband aku, adik aku dah tibai. Tak reti-reti nak pulangkan. Paling teruk, duit bulanan broadband tu, aku gak yang kena bayar. Nasib la adik aku. Kalau makwe, memang aku paksa belanja aku cendol hari-hari.
Blogging
- Duit masuk macam biasa. Ada yang dah dapat. Ada yang masih tak dapat. Ada yang langsung belum membuahkan hasil.
- Benda ni adalah perkara biasa pada hujung bulan dan awal bulan.
- Owner Jobdirumah siap email aku lagi semalam. Pasal apa? Biarlah rahsia dulu. Tahun depan baru korang tahu.
- Siapa nak duit lebih. Gi masuk site Iwriter. Ada habuan sikit untuk hujung tahun ni kalau nak buat duit sikit. Tak banyak, tapi kalau korang nak rasa duit dollar-dollar, gi la usha apa yang patut. Jangan plak kata aku tak bagitau ek.
- Sebarang event dalam minggu ni aku tolak. Aku sibuk. Kasi aku tenteramkan taman-taman dalam hati aku. Semua dah naik sawannya.
- Yang email atau PM kat facebook dan minta macam-macam tu. Kalau aku tak balas, janganlah terasa. Aku memang malas nak balas. Tapi percayalah, memang aku dah baca segala benda yang korang minta tu. Nanti aku dah waras semula, aku balas balik aa..
- Contest SEO Eridy. Aku tak berhasrat nak menang. Niat aku, nak tolong promosi dan support Blogger Eridy aje. Kalau menang, itu benda ajaib. Kalau tetiba dapat sales dari Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Itu bonus yang lebih ajaib. Haha..
- Tak bermakna aku ada kitab SEO sendiri, aku adalah PAKAR SEO. Aku tak pernah “DECLARE” aku adalah pakar SEO dan aku tak ada kewajiban untuk menang mana-mana Contest SEO termasuklah Contest SEO Eridy walaupun aku tulis dan cerita pasal SEO dalam kitab tersebut. Hak nak menang atau tidak, itu hak aku. Tak payah nak cabar aku sangat. Aku lebih suka cari sales melalui teknik SEO. Ribu-ribu ringgit boleh dapat setiap bulan. Jadi, sekali lagi..jangan CABAR aku. Sebab aku tak layan sangat orang jenis macam tu. Buang masa sahaja.
Cuti Sekolah
- Memang seronok bila cuti sekolah. Lepas subuh, boleh tidur. Haha..
- Yang tak berapa nak seronok, tak leh nak jalan sangat. Sebab budak kecik tu ada kat rumah. Kena buat susu selalu. Huh..
- Dan tak banyak kerja sekolah kena buat. Yeyy!!
- Semua no hp budak-budak sekolah, aku “BLOCK” dengan penuh kasih sayang agar tidak ada gangguan jiwa.
Facebook yang huru-hara
- Ya. Aku tak berapa layan sangat facebook 2-3 menjak ni. Bukan tak sempat, tapi dah line internet hancuq gitu, memang sakit jiwalah nak online. Ini pun kira bagus aku nak online.
- Jenuh balas mesej kat PM facebook tu.
- Contest ke, event ke, review berbayar ke..aku hold dulu. Kena dengan masa dan bayarannya. Aku pergi dan aku buat dengan penuh kasih sayang. Kalau tak, tunggu aku waras dulu. Baru aku boleh buat keputusan yang wajar. Aku tak boleh buat keputusan sekarang. Itu sangat kejam untuk korang semua yang bersungguh mengajaknya.
- Yang mengarut bukan-bukan kat facebook tu. Udah-udahlah. Tak payah nak jadi “keyboard warrior” sangat. Hangpa semua lebih kurang aje dengan orang yang hangpa kutuk tu. Dua kali lima aje.
- Dahh. Gi main candy crush saga. Ada baiknya dari dok skodeng benda mengarut kat facebook tu.
Kesimpulan
Tak yah kacau aku sangat.
Kalau nak bagi job, terus hubungi aku. Bincang dalam email sahaja.Β Atau PM kat facebook aku. Dua benda ni aje yang aku layan.
12,155 total views, 1 views today
telefon terus tak boleh lah ya haha
tak leh.
mak aku tak bagi. π
mak ke makwe…..larikkkkkk
haha..
mak-mak, bakal mak-mak mertua dan juga makwe-makwe sekalian.. π
ada job best kalau lu takmau, kasi gua juga..aha..bizi tu YB..:P
tapi lu kena turun KL la.
Ada berani kaa..
Nampak macam marah aja…jangan ler marah sangat hehe
tak marah.
meluahkan perasaan ajeee. hehe
line problem takde masalah bro. yg penting duit masuk. hehe. eh ko ade guna email marketing tak?? kalau ada, share la sikit cara dia camana. boleh tambah teknik sales selain guna seo je. π
taman gua aje kena. taman lain tak kena.
memang hangin la.
aku tak guna email marketing. tak best. π
sikit huru-hara dan kelam kabut takpe tapi tetap masyuk…heee
Betul tu DH. Masyuk diam-diam.. π
mestilah harus masyukkk..
gua dah usaha gila-gila dah ni. haha
haru biruu seh tapi masyukk… hahaha..
kk, takmo kaco
Masyuk tetap masyuk bro titan.. π
betul. takmo kacau.
takmo kacau. π
Tak apa,bro rehat dan tenangkan diri dulu. Nanti dah ok line TM boleh buat duit lagi. Sekarang pun dapat ajakan.cuma biasalah..simpan senyap-senyap.. harap-harap jobdirumah turun balik harganyakan.
ya, gua kena banyak bersabar. πΏ
Boleh jadi bangang kalo line internet kaco…
haha, tau takpe.
sabar aje. aku kena sabar. π
kalau buat bisnes dengan internet, lepas tu internet pulak down, memang haru biru jadinya. hehehe. π― π―
itulah.
kesian dengan IM dan blogger kat kelantan, terengganu dan pahang juga johor yang kena tempias banjir tu.
Panjang lebor macam biasa…hehe…tp habis jugak gua baca…entah ape bendalah lu letak kat sini…oooo…salji tu…
selamat bercuti dan melayan taman2 dalam jiwa ko yer…nanti awal tahun, nak kena main kejar2 ngan anak murid plak…
gua memang suka cerita panjang-panjang. haha.
dalam marah2 pun, entri ni boleh buat saya ketawa..
anyway, have fun sepanjang cuti ni.. π
ya, hidup mesti harus gembira.
tak perlu sedih-sedih. hehe
Aku lagi teruk. Mula 18.11.2013 sampai sekarang line telefon dan streamyx tak dpt guna, dah 3 minggu lebih. pasal entri ni..aku rasa google sangat suka dgn content yg berbentuk point cam ni. Betul tak titan…he..he..he..
entahlah.
google baca kod-kod aje. Dia tak baca sangat huruf-huruf ni. Bukan diorang faham pun bahasa melayu ni.
amboihh penuh jadual ngalahkan pm, kira dpt relax ni relax puas2lah ek
jadual PM lagi teruk maa..
tak sanggup lagi nak jadi PM maa. π
cuti dapatlah lepak sikit kan
hehe..
cuti nilah aku kena kerja lebih untuk tahun-tahun yang akan datang.
Beli broadband lain bro hihihi
tak nak aku.
sekurangnya leh la aku lepak rehat sikit. haha
patutla xdak kunjungan dari abg titan kat blog FA.haha.. π
dah orang tu tak nak belanja.
huhu..
cuti sekolah best bro π
haha.
itu aku dan semua orang tahuuu.
Wahhhhhh…seronok lah boleh layan dating dengan si dia kan???yer la masa ni kalau tinggal blog lama-lama mesti tak terasa sangat kan?Haha.. Untung dia duit masuk tak pernah ada pasang surutnya..hehe…kim salam ekk kat si dia tu..cakap kiterr ni orang jauh kim salam..hahaha
bolehlah cuti beberapa jam besok balik lagi kan
haha… cuti boleh la rileks2 sikit..tapi yang pasal tenet tu .. kalau putus internet.. ibarat ombak tanpa pantai.. hahahahha acane tu? π
terbaik la en titan. firm giler ..
siapa yang berani sangat cabar bro tuh..??
Hurmm… ingatkan time cuti skolah ko buat tuisyen intensif…
tension benar aku tgk bro Titan. Rilek-rileks pergi makan cendol bagi cool sikit dan tak hilang kewarasan… π
relaks jangan stress sangat..
Laa..baru nak belanja cendol..tp disebabkan kesibukan en Titan kita terpaksa lah makcik beg besar belanja org lain cendol π
Tak pe..jgn frust , next time lah ekk
memang betul-betul menghargai cuti…..telefon mak marah yea…..ok ..faham…
Sape lak cabar tu..ade-ade je kan.
Untunglah jadi cikgu… murid cuti cikgu pun cuti
Asalkan masyuk, susah sikit takpe kan?