Dalam beberapa hari ini, macam-macam hal berlaku.
Kadang-kala, aku tersenyum.
Tengah telatah oranng. Tengok perangai meroyan orang. Tengok keindahan sebuah kasih sayang.
Bola.
- K.Rajagopal. Mungkin nasib anda akan berbeza selepas ini. Kekalahan malam ini pastinya membengangkan ramai orang.
- Bila Safee Sali masuk, terus Bahrain dapat gol. Itu cuma satu kebetulan sahaja.
- Malaysia kalau nak jadi juara Piala AFC, Piala Asia dan layak ke Piala Dunia. PASTIKAN kita ada pemain setinggi 1.9-2.2 meter dan ke atas. Paling celaka mesti 5 orang. Kalau tak ada, CARI. Posisi striker tinggi macam Mat Yo dan Amri Yahyah pun dah cukup. Tapi mesti ada satu striker ganas macam Safee Sali yang berani langgar pemain pertahanan pada bila-bila masa sahaja.
- Walaupun aku tahu, beliau ada perancangan beliau tersendiri. Tapi nampaknya, semua serba tak menjadi. Hasil yang diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia..punah dengan kekalahan 0-1 ke atas Bahrain, tadi.
- Ya. aku tahu ramai yang tak puas hati. Tapi, beliau dah buat apa yang beliau rasa betul.
- Pertahanan, bukan satu strategi pertahanan yang baik. Semua orang tahu, menyerang adalah satu strategi yang paling baik bertahan.
- MU menang lawan Arsenal. Itu memang berita penuh kasih sayang.
Blogging.
- Duit masuk setiap hari. Ada yang masih belum membuahkan hasil, ada yang dah membuahkan hasil. Itu satu nikmat menulis blog yang tak ramai orang tahu.
- Jobdirumah dah mula akan naikkan harga panduan mereka sebanyak RM100 pada bulan Disember ini. Bagi aku, itu satu berita yang agak buruk walaupun aku tahu nilai komisen bagi program affiliate pastinya meningkat. Tapi harga sekarang, RM50. Adalah harga yang aku rasa SESUAI dan TINGGI untuk panduan jenis begini. RM100 adalah kurang sesuai. Serius. Bukan aku nak membangkang, tapi agak kurang sesuai untuk waktu sekarang.
- Kitab Teknik SEO Merah Jambu cuma berharga RM120. Berbaloi untuk dinaikkan sehingga RM199. RM199 adalah harga terakhir untuk pakej kitab ini yang bakal siap nanti. Edisi pertama, harga mati adalah RM120. Edisi kedua akan dinaikkan harga. Semua yang dah membeli, akan dapat edisi seterusya secara percuma.
- Ramai yang dah sedar potensi blog. Itu satu perkembangan yang bagus.
- Ramai yang mahu jadi full time blogger. Itu satu niat yang cemerlang. Tapi pastikan, PASTIKAN modal dan strategi anda cukup ampuh untuk tempoh 1 tahun pertama. Kalau tak, percaya cakap aku. Korang akan mintak kerja semula selepas itu.
- Dah, malas merepek lagi pasal bab ni. Korang merepek sendiri kat blog sendiri.
- Minggu ini, dapat 10 review atau advertorial yang berbayar. 4 tawaran lain pulak mintak aku baut kerja dengan harapan tak perlu dibayar. Jadi, korang tahu kan yang mana patut aku utamakan? Oh ya. Satu aku terpaksa tolak. Sebab libatkan website judi walaupun depa bayar 150usd untuk 1 artikel yang agak pendek.
UPSR
- Tahniah kepada calon UPSR tahun ini.
- Ini UPSR terakhir. Takkan ada lagi UPSR lagi selepas ini melainkan tetiba nak diadakan semula.
- atau, aku salah dengar?
- Soalan UPSR ni sebenarnya senang bila aku baca balik sekarang. Apsal la aku cuai sangat dulu ek?
- Budak-budak sekarang, dapat skor 5A, 6A dan 7A dalam UPSR. Hadiah gila gempak. Siap ada dapat kereta lagi tu. Yang mintak iPad atau Samsung Galaxy 7 tu tak payah ceritalah.
- Budak lelaki, tak yah cakap. Mesti mintak motor baru punya walaupun lesen memang tak ada.
Basikal.
- Siapa ada basikal dirumah? Bukan anak-anak punya. Kita sendiri yang pakai?
- Bila kali terakhir korang naik basikal? Dan tak jatuh?
- Aku? Memang dah tak ada. Kenderaan rasmi adalah kereta. Selepas itu, jatuh pada motor. Ketiga? Kaki sendiri.
- Hari ini, aku nampak ramai bebudak pergi masjid naik basikal. Terutamaya golongan atuk-atuk, penjawat kerajaan yang dah pencen dan juga makcik-makcik yang pergi kelas mengaji dan marhaban.
- Berapa ramai antara korang yang pernah pergi kedai semata-mata nak tampal tayar basikal dalam tempoh 3 bulan yang lepas?
- Basikal adalah kenderaan yang mempunyai kos pembaziran yang cukup rendah. Gunakan basikal selalu kalau tempat kerja dekat. Kalau jauh, agak-agaklah. Naik kereta. Takkan nak naik basikal juga.
Kesimpulan.
Minggu ini sangat menarik. Penuh dengan warna-warni kehidupan yang mempunyai banyak makna yang berbeza. Jadi, sayangilah orang-orang yang korang sayang. Jangan benci mereka. Lebih ramai orang sayang korang, lebih senang dapat komisen dari Jobdirumah.
Kita hidup kat Bumi ni. Satu kali sahaja. Tapi kalau kat Planet Nameck. Itu aku tak tahu.
Haha.
12,550 total views, 1 views today
saya suka bebelan tentang blogging..
Entri terbaru saya…. Blogger Aka Pegawai Pemasaran
baru jer nak sembang pasal basikal dan motosikal untuk entri terbaru nih.. huhu~ 😀
minggu yg penuh warna warni yer..ada pertandinan mewarna tak
Betul tu, minggu yang penuh warna warni. Cuti sekolah dah bermula. Nanti insyallah ada 😉
Naik basikal g keja. Ada bran? Makin kacak bro.. serius aku cakap..
Emm setuju sangat kan./.RM100 untu JDR tu rasa tak sesuai..hahahaha..tapi apa boleh buat..saya ikutkan jer..emm macam pelik jer dengan warna warni nih..ke ada janji ngan si dia nih??haha
den pun lama gila tak mengayuh basikal…huhuhu
Mesti ramai yang dah tak pakai basikal… Aku tengok trend berbasikal dah semaking meningkat. Lagi lagi kat oversea.
Boleh jimat minyak guna basikal. tapi untuk jarak dekat sahaja kan.
Memang sukarlah laluan malaysia lepas ni..
Memang tinggi jdr naikkan, sekali ganda tu..
wo ada edisi kedua ya seo merah jambu ini
banyak topik dlam blog ni…tahniah BAHRAIN..haha, senanglah pasni kj nak bahan FAM.
Nama dah sama dah tu. Tahniah kat BAHRAIN yang mana satu ni ❓ hhe
Ada empat buah basikal kat rumah…selalu buat race dengan anak-anak
Bagus juga macam ni, Boleh sembang-sembng masa naik basikal kan. Ada juga masa bersama keluarga.
dah lama tak naik beskal weh…pandai lagi ke tak nih
memang pasal bola hal k rajagopal je tu.. tang pemain setinggi 1.9 sehingga 5 orang tu aku tak setuju.. mungkin 1-2 orang tu cukup.. tapi kena ada pemain yg tinggi 1.8 separuh pemain dengan badan sasa.. pemain kita byk yg kurus sgt.
kebanyakkan pemain kita sasa dan ada ototnya. Tapi sebab badan kecik..tak nampak la gagah perkasanya.
Dan of course, pemain tinggi tu..kena train ototnya agar pemain kita leh bersaing dengan pemain luar yang rata-rata memang cukup tinggi.
Cuba tengok pemain bahrain semalam. lebih separuh lagi tinggi dari kebanyakkan pemain kita. Sekali langkah..terus tertinggal pemain kita. Senang-senang aje buat crossing dan pass bola. Kalau “body contact”, hulur tangan aje dah leh tahan pemain kita. Berapa ramai pemain kita jatuh semalam?
Semalam, kalau bahrain tetiba sumbat lebih dari 3 gol. Diorang takde luck nak menang lebih banyak gol. Kena plak apek memang perform bagus semalam.
Sebab tu aku kata..kena ramai. 1 atau 2 orang aje. Tak cukup.. kalau dapat 1.8 meter tu ramai..memang bagus. Mudah-mudahan dapat dikumpulkan. Tapi faham-fahamlah..memang susah. Kena cari dan betul-betul cari. Dan satu hal plak kena train diorang. hoho..
minggu yang penuh warna warni
kadang2 langit gelap hitam
kadang2 biru cerah
kadang2 kaki langit merah saga
dah musim hujan sekarang ni
ada tapi suami terbalaikkan..tayar dah pancit.sejaka da kekasih no 3 skuter mula diri lagak rewang
peh..ko memang busy mengalahkan wakil rakyat..lu memang robot bro
perghhh byk tu sampai 4 tawaran
Sangat busy nampak bro, hebat semoga semakin sukses
Power-power teruskan aku jeles melihat kepoweran mu…hehehhe
untuk kesihatan juga, kayuhlah basikal.
tingkatkan ilmu Teknik SEO Merah Jambu dan jangan lupa masuk class wp masterclass…heee
betul tu DH. kena beli SEO Merah Jambu, kelas WP tu kena join juga bagi hebat untuk buat panduan jadi blogger macam DH dan en. titan:-)
UPSR terakhir pada tahun 2016.
UPSR 2 tahun lagi rasanya. 2014 dan terakhir 2015.
Sebut pasal UPSR,teringat kisah sedih upsr..T_T
untungla masyuk…
cendol secawan bro!
Adik aku 5A. Alhamdulillahhhh 😆
Dunia blogging penuh dengan warna warni..memang best.lagi2 bila dapat bersua muka sesama blogger…terhasil satu aura yang memang power….
Biarlah skuad malaysia dengan khayalannya yang penting JDT dan arsenal akan berleluasa.hahaha
Dah lama tak kayuh basikal. Cuti sekolah ni nak lap basikal.
1. Bola. Mmg ada rasa bengang sikit, tp dah agak dah…mesti line up sama jugak coach raja letak. Tgk nazrin masuk, terus cuba rembat jauh…mamat ni patut masuk awal2 lagi. Kuna & guru & safiq…tak yah masuk pun takpe…kasilah player lain pulak.. amri ngn mat yo mmg boleh score, tp tengah kena kental…baru ada peluang nak score…
2. Blogging. Mmg indah kalau dapat duit tiap2 hari…tp kalau tak dapat macam yg diharap…kenalah sabor dan usaha lagi..hohoho <— ni peringatan utk ambe….haha
3. UPSR. Gitulah yg ambe dgr..thun last exam…fuh
4. Basikal..ambe ada, tapi wifey punya…lehla keluarkan peluh sikit2.hihi
i like tentang bola tu…
x pe kalah kita masih dalam axperiment lagi-Raja Gopal…
tudia..sampai 10 job review…aku skang ni ngah praktikkan lebih lagi sebab ada tambah FbAds..:D
menarik kisah basikal nie…last naik basikal lumba adik ipar punya…takder tupang basikal, tingginya seat dia….huhu
http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/11/lagu-villa-nabila-vs-cinta-untuk-nabila.html
Wah! banyaknya nak digest. Apa-apa pun kawe bersetuju bab bola tu. Bukan kita tak bagus. In fact, masa lawan Bahrin kita main better dari mereka di Shah Alam dan di gelanggan mereka. Naib jer tak menyelebihi dan kalah. Plus, faktor ketinggian atau fizikal memang menyulitkan kita. Errr.. tak der ker rakyat Malaysia yg badan besar dan pandai main bola?
Aku minat topik blog jer hehehe..