Ya.
Bagi seorang blogger tegar dan blogger separuh tegar, mereka kebiasaannya hanya menumpukan pada penulisan mereka sahaja untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui blog mereka. Majoriti dari blogger tegar tahap super saiya ini memang mempunyai blog lebih dari satu. Ada yang mempunyai lebih dari 10 blog, ada juga yang ada lebih dari 50 buah blog yang dijaga dengan penuh kasih dan tak kurang juga ada yang mempunyai ratusan blog dalam rangkaian blog network mereka. Yang jenis ratus-ratus ini, bukan lagi blogger super saiya, tapi dah upgrade ke tahap Super Blogger tahap Madara. Memang hampir kesemua blog mereka memberikan pendapatan pasif dan aktif pada setiap bulan tanpa perlu disuruh.
Yang menjadi persoalan, bagaimana Super Blogger ini MAMPU lakukannya?
Bukan senang tu nak MONITOR puluhan atau ratusan blog. Tak kiralah sama ada semua blog mereka memberikan hasil kepada mereka, tapi nak handle atau nak menulis kat ratusan blog itu bukanlah satu perkara yang mudah. Aku tabik dan hormat pada mereka yang mampu menulis pada setiap blog mereka. Aku yakin kasih sayang yang dicurahkan dalam setiap penulisan artikel mereka akan membuahkan hasil. Tinggal tunggu masa sahaja. Ada masa, dapat cek kaler hijau, biru, kelabu dan merah. Ada masa, dapat notifikasi email yang menandakan bahawa “SALES” berjaya dihasilkan dengan penuh bijaksana seperti contoh dibawah..
Dan..
Tahukah korang bahawa inilah saat-saat yang ditunggu oleh blogger-blogger tegar ini?
Aku dapat pastikan 2 SAAT utama yang mampu menggembirakan hati mereka.
- Saat mereka terima nofikasi email yang menunjukkan bahawa sales telah terhasil.
- Dan kemudiannya saat mereka terima notifkasi email bahawa komisen telah pun masuk ke akaun bank masing-masing.
Dan duit yang mereka dapat telah dipau oleh isteri tersayang masing-masing.
Yehh! Untung isteri-isteri yang suaminya adalah blogger tegar itu.
…
….
Betul tak?
Inilah satu cara yang biasanya dilakukan oleh blogger tegar ini untuk mendapatkan duit melalui blog mereka. Hasil tulisan mereka menjadi senjata utama yang tidak lapuk sepanjang zaman.
Ya. Korang boleh mengatakan bahawa promosi atau tulisan difacebook akan mampu meraih pendapatan yang lebih lumayan berbanding penulisan diblog.
Tapi, aku kuat membangkang pendapat itu.
Untuk dalam jangka masa pendek, ya. Mungkin korang akan berjaya menghasilkan pendapatan yang lumayan. Tapi untuk jangka masa panjang, jawapannya adalah TIDAK. Biasanya, ramai penulis atau keyboard writer difacebook akan beralih ke macam-macam program buat duit atau bisnes termasuklah bisnes MLM. Pendek kata, status difacebook mereka dalam tempoh 10 tahun ini, penuh dengan macam-macam bisnes dan membuatkan kawan-kawan mereka KELIRU dengan apa yang mereka lakukan. Senang kata, dimana ada cabang wang mudah, mereka akan terjun dan promosikan.
Aku tidak kata itu tidak boleh.
Cuma, agak macam LALANG sikit. Takde pendirian kukuh.
Kejap promosi program affiliate. Kejap promosi produk kecantikan. Kejap promosi bisnes MLM. Kejap suruh beli software itu dan ini. Kejap suruh join program moneygame yang sah memang SALAH disisi undang-undang. Kejap jual minyak wangi. Aduhh..
Sebab yang sama jugaklah membuatkan ramai keyboard writer ini gagal dan tidak kembali lagi ke dunia internet untuk mencari wang sampingan sebaliknya ramai yang lebih gemar menumpukan semula ke pekerjaan asal mereka yang telah lama mereka abaikan. Malah, ada yang mengambil jalan mudah dengan terjun ke dunia MLM yang penuh dengan ciri-ciri head hunter dan moneygame.
Ianya satu suasana dan persekitaran agak sedih dan mengerikan.
Tapi kita kena sedar, mereka STRUGGLE untuk mencari duit demi menyuap isteri-isteri tersayang dan anak-anak yang kelaparan setiap hari. Asalkan jumpa lubang duit yang lumayan, mereka tidak kisah jika caranya kurang betul. Asalkan matlamat terlaksana.
Aku tak kata aku sentiasa betul.
Cuma tak salah kita tegur mereka kalau mereka dah tergelinciri dari landasan yang sepatutnya. Benda salah, kita kena tegur. Benda kurang betul, kita kena tolong perbetulkan bersama-sama.
Sekurangnya, kita dah laksanakan tugas kita.
Menegur.
Sebab, menegur orang lain adalah satu perkara yang sukar. Nak tegur bini supaya jangan pakai tudung fareeda yang singkat itupun dah berpotensi untuk mencetuskan perang dunia ke 18 dalam dunia rumah tangga.
Oleh itu, tegurlah dengan penuh kasih sayang. Dengan penuh bijaksana.
Cuma, bila dah tak lut, inilah masanya kita gunakan kekasaran yang dibenarkan.
Sebab itu, gantung ROTAN kat tempat yang senang nampak agar mereka ALERT dan tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa hadapan.
…
….
Faham maksud aku?
Kesimpulan.
Sebab itu, aku lebih suka lepak line blogger walaupun ia merupakan jalan paling sukar untuk buat duit dengan blog.
Nak buat duit dengan blog ni, hati mesti kering dan mesti tidak mudah putus asa. Hanya orang yang selalu GAGAL dan bangun kembali dari kegagalan itu yang akan temui cahaya-cahaya kejayaan. Yehh!
Keyboard Writer vs Super Blogger Tegar. Siapa yang MENANG?
Korang sendiri sudah tahu jawapannya, kan?
Ps: Kitab Teknik SEO Merah Jambu adalah cerita tentang pengalaman aku buat duit dengan blog dalam tempoh 10 tahun ini. Kitab itu bukan cerita tentang tips atau teknik SEO yang hebat belaka. Baca untuk tahu bagaimana Teknik SEO yang mudah itu membantu aku menghasilkan ribuan dan puluhan ribu ringgit sepanjang tahun. Hoho..
12,308 total views, 1 views today
Ada yang kejap kual jersi piala dunia hahaha
haha..
jersi jerman laku tak? masuk separuh akhir tu. hoho
tak sempat separuh akhir habis dah
Jersi Jerman laku lagik bro. Kito Monang yoooo!!! kito monang yooo!!!! hehehe
saya dah dapat jersi arsenal dari DH yAHOOOO!!! ada kisah hee..
alamak nampak tak tegar lagi ini..:(
Semakin laku jersi jerman
Lalang,
! Aku jenis tu, mula2 blog, pastu terjebak dgn Ebay, pastu kembali ke blog, pastu mlm, pastu blog balik, pastu dropship, pastu tumpu blog balik.
Ya, memang hati kena kering, aku belum kering tahap bro walaupun bakal dilanda el-nino.
Apapun blogging selamanya.. sbb itu salah satu tempat utk melepaskan rungsing dan idea yg membenak di akal nih. Kadang2 boleh sakit jiwa kalau tak dapat tulis blog. Kadang2 la.. 😆
Blog ni lain sikit.
Ada unsur sentimental dan mental sikit. Hoho
betul tu sifu.. 😛
sekarang masih blom capai tahap yang sepatutnya di capai .. rasanya SEO pun blom boleh untuk dibanggakan .. pssst abg titan , xde promosi untuk bulan ramadan ke untuk kitab seo merah jambu tu ? 🙂 😉 😉
Tak ada.
harga masih harga lama. Tak lama lagi akan naik.
Itu pasti.
Akhirnya, masa yang akan menentukan siapa usahawan sebenar, dan siapa yang hangat-hangat nak jadi usahawan.
Tak jatuh tak cukup usahawan lagi la
Ya.
Masa susah nak menipu.
Biasalah makcik2 kan jenis lalang…sat nak buat tu, sat nak buat ni. Cam ne lah nak keringkan hati cam titan ekk…:(
Bila hati kering, makanlah cendol dengan penuh kasih sayang. Hoho..
Memang hati gembira bila dapat notification kat email yang berbunyi Tahniah anda menerima komisen.
Hati siapa tak berbungakan?
Lagi-lagi kalau hati si bini. 😈
lu memang seorang visionary blogger!
Err..
tumpang tanya. Visionary blogger tu menda?
Aku nampak, macam Super Blogger Tegar yang akan menang, dalam jangka masa panjang. Dah la Super, Tegar pulak tu, ya, tahap Super Saiya. Haha.
Haha..
biasalah, pengaruh manga memang kuat dalam artikel-artikel dalam blog ini.
Lebih banyak jatuh dari berjaya.. namun, itu belum patah semangat lagi sbb a blogger will always keep on blogging. Chewah..
Normal la kalau jatuh.
Kalau tak pernah jatuh, belum cukup berjaya lagi tu.
gua mmg jauh sangatlah lagi nak sampai tahap super saiya..tahap madara lagilah…
usaha!
Ya.
Kena usaha lagi. Usaha kuat-kuat lagi.
keluardah super saiya, madara, apa kah itu…heee
haha..
kena banyakkan lagi membaca nih..
hehee..kelakar jugak artikel ni.. terbaik la.. super saiya… teringt kt dragonball zzz
haha..
aku memang suka cite dragon ball.
ko pengalaman dah 10 tahun, aku baru 2 tahun jer 😐
Takpe. 8 tahun lagi, cukuplah 10 tahun pengalaman ko. Hoho
tiada 1 sale pun lagi 🙁
amal singgah sini.. moga tuan blog dimurahkan rezeki pada bulan ramadhan ini 🙂
Takpe.
Ambil masa sikit. Yang penting, praktikkan apa yang dah dibaca dari kitab pink itu ye.
kitab pink tu dah tak ada 🙁 laptop rosak, habis hilang…. boleh xkalau nak dapatkan semula ?
Gi kat bahagian contact dalam blog ni.
Hubungi gua segera. Nanti gua bagi link download.
Okeh…banyak lagi jurus2 yang perlu dihadam sebelum menjadi super blogger tahap madara… 👿
Haha..
Sila belajar jurus-jurus tersebut.
Setuju dengan kenyataan tersebut kerana ramai online marketeer beralih kepada blog kerana kos pengikalanan di FB meningkat dan reach pun semakin rendah sekarang.
Ya. Kos juga salah satu penyebab ramai orang kembali menulis blog.
Tak apa. Bagi aku itu bukan satu kesalahan. Hoho
Memang banyak je kat FB page2 yang x konsisten post2 dia.. buat page pasal jual barang. tapi asyik share artikel2 atau video2 yang memang langsung xde kaitan. pastu tetiba nak jual produk, tak laku, salahkan Mark Zuckerberg sebab bagi reach rendah. hehehe
Haha..tau takpe.
Taktik yang biasa orang guna.
syukur. setakat ini puas hati heee oklah dari kaki goyang duit masyuk lepas gak beli mesin jahit tepi ni ewah..
tapi kena up lagilah cikgu titan
Ya.
Kenalah usaha lagi kalau nak beli mesin jahit yang besar-besar belaka.
macammana nak komen ni eh…SA plak baru setahunjagung dalam dunia ni…so baca dulu la untuk kefahaman diri sendiri kan? 😆 😆
Setahun ke..10 tahun ke..tak apa.
Take time pelan-pelan.
memamg powerlah entri ini..berdebar-debar hati saya membacanya!
sampai berdebar-debar ehh dibuatnya..
gila ahhh..
dah tak mampu dah nak handle banyak blog..ohoho..sebab source of income dari photography..bila masa aku nak ngadap blog..jadi le sebijik dua..ahaha
Haha..
hang memang hebat. Tahniah!