“Bro..dalam sebulan berapa agaknya blogger boleh dapat duit ye?”
Oleh sebab ADA yang bertanya tentang berapa pukul rata aku dapat setiap bulan.
Jadi, aku kongsi 2 bulan sahaja untuk korang lihat perbezaannya. Walaupun takdelah banyak macam korang dapat, tapi inilah hasil yang mampu aku dapat setelah berhempas pulas bertahun lamanya untuk dapatkan hasil yang sebegini.
Majoritinya adalah hasil setelah berbulan lamanya memasang umpan. Ada gak artikel yang dah bertahun lamanya, masih memberikan hasil yang lumayan. Walaupun tidaklah setinggi macam “income bisnes YSLM” yang boleh dapat ribuan ringgit setiap hari, tetapi sekurang-kurangnya hasil ini dah cukup untuk aku makan cendol setiap hari.
Yelah, dulu..aku nak makan cendol pun kena fikir 2,3 kali. Sekarang, beli terus tanpa segan silu lagi.
Mei 2014
- Agenaffiliate.com – RM96.80
- Ashadee.com – RM2386 (Ada yang masih lom bayar lagi..)
- Jualan Kitab Teknik SEO Merah Jambu (Direct sales) – 12 sales x 120 – RM2400
- Klikjer – RM168
- Projek Affiliate lain-lain – RM887
- H12-Media.com – 32.02 USD
- Geniee – 4.09 USD
- Elegant Theme Affiliate Program – 73.50 USD
- Lazada Affiliate Program – RM68.80 (Open sales, lum confirm sales lagi)
- Google Adsense – 271.50 USD
- Advertorial tempatan – RM2650
- Advertorial luar/banner/text link sales – 400 USD
Jun 2014
- Agenaffiliate.com – RM122.80
- Ashadee.com – RM311.40
- Jualan Kitab Teknik SEO Merah Jambu (Direct sales) – 6 sales x `120 – RM720
- Klikjer – RM0
- Projek Affiliate lain-lain – RM302 (Yang dah bayar. Yang lain lom bayar lagi..)
- H12-Media.com – 19.06 USD
- Geniee – 9.18 USD
- Lazada Affiliate Program – RM74.96 (Open sales, lum confirm sales lagi)
- Google Adsense – 104.30 USD (Setakat ini)
- Advertorial tempatan – RM450 (Ada yang masih belum dapat lagi..)
- Advertorial luar/banner/text link ads – 180 USD
Itu sahaja.
Itupun aku rasa masih ada komisen yang aku terlepas pandang. Jenuh gak dekat 2 jam sejak petang tadi dok mengira jumlah pendapatan untuk 2 bulan nih. Satu demi satu akaun kena login dan wat kira-kira sendiri. Kalau ada yang terlepas pandang, kira nasiblah. Ingat senang ke nak belek satu demi satu semua tu??
Ya. Ada yang aku tak cerita secara detail macam projek affiliate yang aku tulis tu. Sebab terlalu banyak transaksi dan komisen dan ada sesetengah program affiliate cuma bayar RM18, ada yang bayar RM25 sahaja, ada yang bayar RM100, ada yang bayar RM170 dan sebagainya. Jadi, aku malas nak cerita semua dan tambahkan sekali harung untuk memudahkan korang mengira sendiri berapa aku dapat. Yelah, nak login maybank lagi..paypal lagi, cimb lagi..jenuh nak check satu demi satu tu wehh..
Sudah tentu ada yang masih belum dapat lagi bayaran. Normallah tu. Macam untuk Ashadee.com bulan Jun 2014, komisen tu masih belum dapat sebab kena tunggu “TURN”, baru leh dapat. Berbeza dengan jualan direct ke akaun bank aku, so..duitnya dapat terus ke aku, tak yah nak tunggu-tunggu duit dari Ashadee. Ya..aku terima juga bayaran direct terus ke akaun bank aku kalau korang rasa macam susah benar nak buat pembayaran guna borang Ashadee. Takde masalah, just contact aku dan beritahu hajat korang. Nanti aku reply dengan akaun bank. Biasanya yang dok beli ni..member lama, member yang dah kenal lama, blogger lama dan mereka yang mula-mula bertanya tentang cara nak buat duit. Last-last, depa beli lah plak walaupun aku memang “tak paksa”. Haha..
Dan masih ramai lagi yang dapat lebih BANYAK dari aku. Diorang diam-diam aje. Kita je tak sedar dan perasan. Kita aje yang tak tahu.
Itu belum lagi yang main dropship, income diorang lagi beribu-ribu jela. Tak campur yang main ebay, lagilah main puluh-puluh ribu..tak campur yang ada syarikat sendiri..itu lagi banyak dia punya buah lemonnya. Yang main line blogger nih..lebih kurang ginilah jumlahnya. Ada yang lebih, ada yang kurang..
So..
Ini pendapatan aku secara part time.
…
….
SIKIT sangat, kan?
Berbeza masa aku full time dulu. Dulu, 3-4 kali ganda dari apa yang aku dapat sekarang..
SEDIH betul. Bilalah agaknya nak dapat income macam masa jadi full time dulu ehh..
Ini bukan nak show off ke apa. Majoriti yang kenal aku, memang tahu berapa anggaran yang aku biasa dapat. Dari dulu lagi. Kekadang, pernah gak jatuh teruk. Sebulan dapat dalam RM500++ aje. Sedih gila masa tu. Tapi hidup kena teruskan. Dulu, takde bini. Sekarang dah ada satu lagi mulut yang perlu disuap. Kang kalau dah ada anak, ada lagi beberapa mulut kecil yang mintak disuap. Jadi, usaha kena lagi keras lagi.
…
….
Hmmm..kena usaha lebih KERAS lagi.
Ps: Baca lebih banyak cara aku buat duit dalam kitab pink ini –> Kitab Teknik SEO Merah Jambu
15,058 total views, 13 views today
Part time melebihi RM10k? Mcm tu aku nk main blog jela. Sob. T__T
Hang pun boleh.
Nak atau tak nak aje. haha
Kalau usaha pasti dapat hasilnya..bilalah nad nak merasa mcm ni
kena usahalah..barulah daapat.
hoho.
Perghh mantop ni.. Tahniah en.titan..
Kalau kahwin ni, lagi bertambah rezeki..
Hehehe
kena kahwin banyakk..
jadi..income pun leh banyakkk gak.
saya dua bulan tu kosong.. hehe
takpe.
mesti ada income lain tu kann..
perghh mantop lah ko titan, terbaik lah 😀
Biasa-biasa aje.
KO pun leh tahan gak hebatnya.
ok..lu memang dasat..dpt cashout GA tiap bulan..ada site english yg masyuk mmg best..adoila..haha
Itupun dah banyak income jatuh.
Kena banyak usaha lagi kat blog-blog english gua.
wow banyaknya income titan, boleh pergi honeymoon lagi 😉
Tak larat lah kalau asyik gi honeymoon aje maa..
Terbaiklah cikgu titan,kena usaha lebih kuat lagi ni…
Ya.
Gua masih kena banyak usaha lagi nih.
Kena berguru lepas nie dgn En.Titan 😀
Aku masih banyak lagi kena belajar maa. 😯
Bro lu memang hebat tapi gua tak puashati selagi tak dapat semangkuk cendol banting
Haha..
turun banting la dulu.
tahniah en.titan dan puan titan, memang mantap tu…
Biasa-biasa aje tu bah.
Haha 😳
sumber inspirasi ni.. 😛
fuiyoooo…. terlopong mokcik 😯
kena kuat tekad ni …
hebat.. banyak income tu..
mana ya sempoa anak aku ni , nak kira juga lah hasil blogger part time nih
wahh..
pinjam sempoa lu tu. bleh tak?
wah, mmg terbaiklah, en. titan
Gua dari dulu memang jeles dengan lu..hehe..
Tahniah bro..
tak baik jeles-jeles tau. hoho..
Tahniah bro..hasil lumayan yang lu dapat setimpal dengan USAHA KERAS yang lu buat..
Ya.
Gua masih perlu banyak lagi usaha nih. hoho
aku belum mampu2 nak dpt income tetap ni
wewiitt! selamat pengantin baru bro. tahniah! semoga terus banyak buat duit. orang kata, murah rezeki nanti lepas kahwin. hehe
Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
Ni yang bikin hati mau tulis blog je ni, tak mau pikir benda lain 🙂
Tulis aje blog.
Bukan susah sangat pun. haha
Waaaa 😥 baru sy tau banyaknye pendapatan uols..patutlah ramai yg serius berblog..rezeki atas usaha masing2 kan..tahniah encik titan..
kalau kita serius, hasilnya pun serius gak.
terbaik
teruskan guna formula yang sama…
ni dari satu blog ke atau banyak banyak blog cik titan?
Mustahillah satu blog aje.
Memang kena ada banyak blog la. Hoho..
Allah… lama sangat tak online sampai Encik Titan kahwin pun tak tahu. Haha.
Selamat pengantin baru Encik dan Puan Titan. 🙂
Tunggu turn hang la plak lepas ni. Haha..
motivasi untuk lebih maju nampaknya. Kena usaha lagi ni.
Ya.
Gua pun kena usaha lagi kuat ni. Masih banyak lagi benda kena buat kalau nak kejar income masa full time dulu.
ada juga orang tanya dengan saya berapa income jadi blogger..saya terpaksa redirect jawapan itu kepada blogger En Titan lepas ini..
bagitau je berapa ko dapat. Takde salahnya pun.
biasalah tu kalau ada yang dapat tinggi dan rendah. Normal.
yep, perlu pelbagaikan income stream blogging. Tu yg den belum buat .. tetapi akan dimulakan 🙂
Memang kena pelbagaikan.
Tak leh dari satu sumber je.
Wah ini dah macam isytihar harta pendapatan nih. Huhu 😉
Terbaik bukan senang nk buat sales online, saya dah cuba kadang2 tewas hehe. 😮
Nampaknya perlu pasang pukat dengan banyak.
Pasang aje.
Pukat ke, jala ke, bubu ke, panciing ke. Pasang semua pada tempat dan masa yang sesuai. 😈
Wah.. mmg hebat tu bro, income 5 angka, mmg wajib beli kitab merah jambu bagi yg nak binses online nieee..
saya dapat gak 5 angka sebulan secara konsisten..tapi dari satu sumber jee… kalau satu sumber tu down.. kena lelong lee rumah dan keta aku.. hu.hu.hu. nampaknya kena pelbagaikan income mcm bro. kena dapatkan nie kitab merah jambu….
Aku bukannya tamak sangat.
Dapat sikit-sikit pun dah kira ok dahh..
walaupun tak full time tapi masih berhasil.
Usaha mesti keras lagi
Ya.
Memang kena harus lebih keras lagi. HOho
Emm saya baru nak merangkak ke arah ni..dia dah berlari pantas dah haaa…hehe…saya ni belum berjaya berjalan dengan sendirinya dah rasa putus asa dah..entah la..rupanya sekarang lebih mengetahui..bukan senang nak dapat RM1k sebulan dengan blog…Tapi tak susah nak dapatkan RM1 dari blog..hahaha..
Sedikit sebanyak, artikel ni memberikan saya ruang untuk terus bersemangat dan senyum gumbira dalam meniti hari2 indah bersama blog-blog tersayang…
Terbaiklah Encik Titan….
#TunjukAjarKuSifu..haha
Oklah tu.
Hang pun kira dah cukup terer dah tu. Hoho
buat part time pun da ribu2 sebulan ni income…kalau full time lagi la…:D
Dah pernah wat part time.
So..aku tahu perbezaannya. Memang ketara sangat. Haha
Gila kaya Encik Titan ni patutlah boleh kahwin. Aku pulak tak kahwin-kahwin lagi sebab tak kaya. huhuhhuhu 🙁 🙁 🙁
Siapalah yang tak mau kahwin maa..
best woo. 😈
Memang terbaik side income bro.
Jauh lagi aku nak dapat banyak camni. Huhu
Takpe.
Usaha sungguh-sungguh. Aku yakin ko pun boleh.
terbaiklah, buat part time pun boleh dapat macam ni.
tahniah, selamat pengantin baru.
Terima kasih.
Ya. Part time je aku mampu buat sekarang. Dah tak mampu nak buat full time macam dulu. 🙁
wow! banyak nyer.. awk guna brapa banyak blog? ermm.. nk cuba jugak laaa.. tak dapat sikit, dapat banyak pon jadi laa.. hihi
terbaikkkkk ! tu baru part time..CN perlu usaha lagi ni, tiada yang mustahil 😉