Okeh.
Biskut Famous Amos.
Kali pertama makan adalah apabila bini aku beli kat KLIA2 sebaik sahaja ambil beg kat kawasan punggah beg tu.
Ohh, masa ini aku baru pulang dari honeymoon. Aku dan bini aku memang agak lapar sebab dalam kapal terbang AirAsia tu dia tak hidang nasi lemak macam biasa. Demmit.
Disebabkan lapar, aku ambillah sebijik biskut tu.
Bila dah rasa..
…
….
ambil lagi 2 bijik.
Ngap. Ngap..ngapppp..
“Sedap sangat ke biskut ni, Bang?” tanya bini aku dengan penuh hairan.
…
….
“Tak ahh. Biasa aje..” sambil mengambil lagi 2 bijik biskut Famous Amos.
Akibatnya..
…
….
Bini aku cuma sempat makan 2 bijik je.
Yang baki, semua aku tibai dengan RAKUSNYA.
Haha..
Biskut Famous Amos ni gila bapak mahal.
Bini aku beli 200 gram aje. Haa, nak beli ni..kena timbang dulu. Bukan pakai main radok gitu aje. Dapat pun, berapa belas ketul je.
Tapi disukai oleh kaum gadis-gadis, makcik-makcik dan penggila biskut.
Senang cakap, SEDAP.
Lemak-lemak manis dan agak krunchy seksi sikit. Sonok kunyah sambil dijeling oleh bini-bini.
Oleh itu, korang pun boleh beli biskut tu kalau nak. Serius, kalau orang lelaki..mungkin dia akan tambah 3,4 kali. Bergantung pada tahap kelaparan dan juga kelebaran perut masing-masing.
Fakta lain – Nama kurang gelemer biskut ini adalah biskut penyet.
Jadi, kalau nak dapatkan Biskut Famous Amos yang sedap dan murah, nak tak nak kena PAKSA bini korang belajar buat biskut tu dulu. Barulah korang pun leh makan banyak-banyak. Tak yah dah beli kat airport lepas nih.
–> Resipi Biskut Famous Amos buat sendiri
Kredit gambar – Pakcik Google.
19,445 total views, 2 views today
Tengok gambar tu memang nampak macam sedapp. Kalau dah sedap memang ngaap terus semuanya.
ingatkan juga untuk orang tersayang..
wahhh peberet makcik2 beg besar ni..:)
Bila bini Titan dah pandai buat leh le bagi makcik beg besar sikit ekkk
err..
dia tak belajar lagi rasanya. haha
Mahal tu mmg lah. Namanya pun ‘famous’
Tapi utk bini kena lah kan beli he he.. Tu nanti bila ada yg kecik2, kena lah beli lebih dari 200gm. Kalau mcm kawe ni kena order 1kilo.. adehhh..
Benda ni sedap maka bila baru beli atau baru masak.
Kalau dah lama-lama, rasa “kick” dia kurang sket.
Macam biskut chipmore je…
Yap.
Lebih kurang. Tapi takde chips rasanya.
name pun ‘famous’..mesti kakak2,adik2 nk jugak walaupun semahal mne pn harganye..tpi kalau nk lebih untung & jimat,,better buat sendiri..bole bagi makan kt parents,kwn2 and si suami..
aah. baru terfikir. nama pun famous. mesti ramai yang suka.
pandai diorang pilih nama. haha..
bek mkn chipsmore..
chipsmore pun ok gak.
Tapi ni rasanya unik sikit la. Haha
nampak sedap.. Tapi halal ko en.titan?
sekali tengok ada iras-iras masalode(tak pasti ejaan), berapa harga sekilo ni bro…
makan time panas2 lagi sedap bro… pergghh..
Yeke?
Aiseh..tolonglah masakkan untuk gua.
lepas nie bini bro kena beli lebih lagi tu..
mungkin sebelum kawen, dia biasa beli 200gm utk diri sendiri la tu kot ….
tengok gambar pun dah rasa sedap..apa lagi makan secara live!
Wahh..
boleh plak makan secara live eh. haha
eneak bener yak, makan biskut tu
Kat ganu ni ade jugak booth cookies..
kadang2 terseliur gak tengok, tp bila tengok harga,terus padam niat..
baik balik, buat sendiri..
haa..buat banyak sikit ye. haha
Patut lah habis dikebasnya…tengok gambar pun dah terliur..ini kan pula dapat makannya..hahaha
Biskut ni favourite wifey and anak2 gua..Boleh la try buat sendiri…kak ina kl pun pernah buat sendiri, pernah order ngan dia, sedap…
ohh..kak ina pun ada wat gak rupanya..
Biskut ni memang mahai x sangka tp bila makan rase dia pon lain sedap. Kunyah2 nk lagi sampaii x ingat org sebelah.
Kalau masa Raya ada peluang untuk merasai kerana akan dijadikan kuih Raya. 🙂
kalau dapat masa raya..
nangis tengok tetamu makan. haha
baru semalam borak dengan adik ipar pasal biskut ni, mmg sedap ! encik suami pun suka pau CN belikan biskut ni kat dia, CN mkn sikit jer, dia yang duk makan byk..konon2 mahal sangat taknak beli, bila CN beli, dia yang habiskan ! hehehe
biasalah tu. Siapa lagi nak habiskan. haha
Nak puas makan banyak-banyak memang kena buat sendiri jugak. Makan yang kat kedai punya sedap tu, memang sedap. Tapi kopak la duit nak membayarnya. Hehe
Ya. Lepas wat sendiri..bagi separuh kat aku. Hoho..leh?
den lagi kena simpati… tak penah pun rase biskut famous amous tu sbb tau mahal tak hengat…. haha
Belilah sekali.
Belilah sekali.
Pastu, bagi gua 100 gram eh. hehe
memang mahal biskut famous amos ni…100g memang tak cukup makan sorang…haha
Okeh.
Selama ni hang makan sorang la yek. Haha..terbaik.