OKeh.
Ini salah satu projek SEO yang aku buat untuk client aku. Projek SEO ini aku ambil untuk memastikan artikel client berada dimuka surat PERTAMA disearch engine Google Malaysia.
So far, agak menjadi walaupun agak mengambil masa sedikit.
Memandangkan keyword utama yang dikehendaki oleh client aku umalah 2 patah perkataan sahaja.
Memang sakit JIWA juga bermain dengan elemen SEO.
Walaupun tak adalah aku “ADJUST” sana-sini setiap hari. Tapi benda yang asas aku lakukannya dalam tempoh 1-2 minggu. Pada yang ada amalkan kitab PINK aku itu, akan tahu apa yang aku akan buat untuk pastikan artikel-artikel client boleh berada di muka surat hadapan. Lebih kurang hampir 2 bulan jugaklah berusaha untuk siapkan projek nih..
Kalau tengok gambar kat atas, itu gabungan beberapa keyword. Keyword utama pun ada. Tapi memang aku takkan tunjuklah keyword 2 patah perkataan tu apa dan yang mana satu. Nanti, korang CANTAS, dah jadi satu hal aku kena kerja lebih masa nak naikkan semula artikel-artikel aku. Nak kena tambah lagi apa yang patut. Kena lagi rajin buat backlink. KEna lagi liar berfikir secara rakus.
Kena makan lebih cendol untuk bekalan glukosa agar otak lebih pantas berfikir.
Oitt..tak larah dah aku ni wehh.
DUA bulan tu.
Nasib baik..PAYMENT yang aku mintak, dia bayar tanpa banyak bicara.
4 ANGKA. Woha!
Mungkin sebab yakin aku boleh “DELIVER” result walaupun aku dah beritahu ada risikonya bila kita nak MENCABAR keyword 2 patah perkataan ni. Kalau keyword 1 patah perkataan, memang aku tak sanggup nak buat.
Bukan tak boleh atau bukan aku tak nak.
Satu, kena ambil masa berbulan-bulan lamanya.
Dua, aku tak larat nak buat kerja backlink dan edit macam-macam benda. Nak promosi dah jadi satu hal. Nak register site sana sini pun dah jadi satu hal.
TIGA. Aku akan caj 5 Β angka. CONFIRM. Korang mampu bayar?
Dan aku yakin keyword utama itu akan naik sikit demi sikit ke tangga satu demi satu.
Manakala keyword sampingan yang lain, ternyata lebih mudah sedikit untuk kalahkan pesaing yang lain. Aku tengok ada 2,3 blogger tempatan juga bersaing dengan keyword yang aku buat ini. Untuk keyword utama, memang aku menang. Tapi untuk keyword sampingan, masih TETAP banyak keyword yang aku menang walaupun ada gak 3-4 keyword lain diorang yang menang. Tapi..tak pergi jauh. Masing-masing masih kat 1st page. Kalau usaha sikit lagi, leh la beat dan pegang keyword-keyword sampaingan yang lain.
Kesimpulan.
Satu. Aku kena belajar untuk lebih bijak lagi bermain dengan SEO.
Tahap sekarang, kalau nak main keyword 2 patah perkataan..paling cepat pun memang ambil masa satu hingga 3 bulan. Barulah dapat masuk first page. Biasanya, keyword 2 patah perkataan ni dah ramai blog dan website mahal-mahal pegang. Nak kalahkan diorang bukannya satu kerja yang senang. Ada masa..kena kaji gak website diorang berjam lamanya untuk tahu cara apa yang diorang. Kena tahu siapa yang diorang upah untuk jaga elemen SEO dan kena selidik macam mana diorang berjaya ada kat first page. Kena check pagerank, alexa rank, authority domain, old ages domain dan segala bagai lagi.
Dan bila dah masuk first page, nak pertahankan ranking tu dah jadi satu kerja yang memecahkan ion-ion dalam kepala otak aku. Serius, kalau jatuh satu anak tangga pun aku dah pening gajah dibuatnya. Haha..
Kalau 3 patah perkataan, takde hal. Kena cara, satu hari boleh “BYPASS” blog dan website orang lain. Hoho..
Dua.Β Aku patut caj lagi mahal.
Serius, aku memang PENAT dalam 1-2 bulan ini.
Ditambah lagi dengan kelas tambahan UPSR. Ditambah lagi dengan kerja-kerja client yang upah aku untuk tulis advertorial dan review berbayar. Ditambah lagi kena urus orang yang beli kitab PINK tu. Dan kena layan gak pengamal Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang perlukan bantuan. Itu belum lagi kena layan karenah budak-budak kat sekolah lagi.
Huh. penat. Oleh sebab bini aku suruh berehat sempena cuti nih.
Aku rasa aku kena tido kejap. Tak tidur lagi dari malam tadi.
Okeh.
Dahh.
CUKUP.
Korang baca ajelah ye dengan penuh kasih sayang.
Semoga belajar sesuatu dan semoga terhibur.
Ps: Kalau nak upah aku tulis artikel untuk produk korang. Hubungi aku melalui ruang contact. SMS tak dilayan walaupun aku akan baca.. Call pun aku dah malas angkat sekarang. Dah la sejak akhir-akhir ni banyak benar “private number” masuk. Seriau gak aku dibuatnya..
14,068 total views, 1 views today
Pergh! Servis yang bagus tak kisah bayar 4 angka pun π
Terbaiklah encik titan
Terbaik lah sifu.. Nak kena belajar dengan sifu juga ni.. π
nnt klau perlu,, sy perlukan hikmat encik titan – kedaionlinemy.com
haha siap private num masuk yg tak best tu..
takpe la bro,bersusah susah dlu bersenang senang di hawaii..
pipeline baik punya dah buat, tunggu cashlow je π
Masyuuk sungguh seo…
betul tu. Masyuk bro titan. π
kuasa seo memang terbaik… 4 angka tuh.. penat tapi berbaloi-baloi…
SEO ni kalau kena gaya dan juga “teknik”, memang boleh first rank kat Google. Aku dah mula nampak apa itu kepentingan backlink selain dari buat komen semata, tp macam “x larat” dan “malas” aku nak buat semua tu, lagi lagi bab nak “daftar” macam macam..
aku rasa ko pun paham kan, hehe
terbaik bro..masyukk..bleh belanja cendol banting
kena pergi banting BL.. π
kerja yang bersungguh dan usaha yang tak kenal penat lelah pasti ada ganjarannya… tahniah bro!
betul tu. masyuk.. π
Masyuk rezeki pengantin baru tu..
Alhamdulillah..rezeki tu =)
betul tu. rezeki bertambah murah lepas kahwin. π
Saya pun nampak gayanya kena buka balik kitab pink tu
Nak naikkan SEO…em letih dan perlu pengorbanan berbulan2 tapi kalau pakar, tak sampai 1 bln atau 2 minggu dah nampak hasilnya…
Tengok banyak benda gak.
Tengok berapa patah perkataan gak. Kalau satu atau dua perkataan, memang berbulan gak caranya. haha..
tahniah boss..rezeki banyak masuk tu π
Bolehlah.
Rezeki anak-anak.
Eh “rezeki anak2”? Biar betul ni heha
Memang terbaik dari en.titan, perkhidmatan percuma unutk pegomen bertuah takde ke? hehe
Memang takde.
Ni servis berbayar. π
Katanya longtail keyword lebih mudah untuk ranking. Betulker?
Ya.
SANGAT mudah.
Terbaik!..4 angka tu..tapi kerja berkualiti tu yang customer berani upah tinggi..tahniah sifu!
Patut aku caj lagi tinggi.
Tapi tak apalah. Sekali-sekala, tak apa rasanya.
Tahniah bro…4 angka tu bolehla belanja kawan-kawan pekena cendol
Boleh je.
Kasi datang la banting dulu. hoho..
Tau teknik tapi nak buat malas ni lagi payah.
Titan ; suatu hari kena jumpa jugak nih..dekat . Kitab merah tu nak beli jugak nanti..usaha utk belajar teknik SEO dgn betul.
Tahniah, masih banyak lagi yg perlu di belajar pasal seo niβ¦.
Mmg hebat bro nie. usaha tangga kejayaan…
Kalau dah sibuk sangat…Pas le skit kat kawan2. π
“Semakin kita memberi semakin banyak rezeki masuk”…itu bukan aku yg kata ye.
Good luck bro!
senyum lebar la bini lepas ini…
aku ikut baris tepi je
tak berani nak jalan tengah2
Hebat usaha kome ni bro.
Kagum ambe.
saya pun nak jadi macam tu..
Hebat.. cukup hebat tu
π keyword beribu ribu patah perkataan pun den dah poning
SEO oh SEO…. ghabak kepala otak
Kalau mahu masuk page 100 kawe boleh offer service. Ada sapa mahu?
hari-hari tulis belog memang jadi mainan je seo ni kot….hihi tapi memang tabik ambil payment sampai 4 angka.
sape-sape nak buat contoh yang penting belajar dan jangan putus asa.
hari-hari mau tulis belog maaa…
Dah haru biru..dah sampai masa berenti kerja kot.
dasyat dia ni. power SEO. nak menuntut ilmu boleh? :p
jemput lah singgah blog ye.
tahniah bro…ada gak hasil kan…
misi mencapai kejayaan mcm en.titan.. hehe..bestnya tengok en.titan punya smgt..
Rasanya 4 Angka bayaran biasa untuk servis SEO kan? π
bile la nk belanja cendol ni haha
4 angka tu…tahniah!
Pergh! 4 angka tue.. terbaik laa…
kena mendalami lagi kita SEO tue…
bz nye tuan blogger kite ni ye..tapi memang berbaloi-baloi bila dapat 4 angka..:)
Bahagia isteri encik titan kan?untung sangat dapat suami yang rajin dan pandai cari duit macam ni..hehe..
Tahniah! saya masih mempelajari SEO….
Hohoo byk kerja keras jugak nak kena buat dgn tempahan seo dari client nih.. Bleh upah artikel review seo dari pakcik titan pun dah kira okeh laa… Kemah molek. Selamat maju jaya..
hehe boleh la open table la cam ni hehehe
power titan… power..
baru jumpa sorang sifu boleh letak page depan google dalam masa satu hari jer..teknik paksa keuword masuk web..huhu
Terbaek la bro. tahniah
Terbaik laa cikgu!
Takde bukak kelas tambahan ker subjek SEO…
Maklum aa saya yang buta seo nak gak merasa belajar hasil penangan cikgu seo tersohor nie.. π
Bos memang power dlm SEO, cemburu tgk.. π