YA.
Semua orang boleh belajar.
Semua orang boleh tahu secara teorinya.
Yang berbezanya adalah pemahaman konsep Teknik SEO itu sendiri.
Yang ini, aku yakin ramai yang masih tak berapa faham atau masih musykil dengan mana-mana ilmu SEO atau Teknik SEO yang mereka telah belajar.
Ada yang akan berfikir..
“Berkesankah teknik SEO ini?”
“Betul ke teknik seo Merah Jambu tu boleh buat banyak sales?”
“Wajib sangatkah belajar teknik SEO ni?”
“Teknik SEO yang brader ni tulis berkesankah?”
Dan macam-macam lagi.
Dalam hal ini, susah sebenarnya nak puaskan hati orang dan susah sebenarnya kita nak bagi orang lain faham seperti yang kita faham.
Maklumlah, hati lain-lain. Sudah tentu, apa yang kita fikir pun pasti berbeza.
Tapi bagi semua promoter, tukang promosi, agen promosi, blogger buat duit dan pemain affiliate akhirnya akan dapat buat satu kesimpulan bahawa..
“Benda ni boleh BUAT SALES!”
aku dah malas nak dok gebang sana-sini.
Kalau betul korang ada blog, ada produk nak dijual..
KORANG HARUS belajar tentang teknik SEO.
Tak kiralah korang belajar melalui seminarkah, bengkelkah, kelas privatekah atau baca blog Pakar SEO Malaysia kah, aku cadangkan korang belajar apa yang patut tentang teknik SEO tu. Dan setiap “GURU” yang mengajar korang tu ada “hidden weapon” tersendiri yang boleh korang gabungkan dengan pemahaman korang sendiri.
Aku sendiri “dilatih” dengan cara ini.
Belajar macam-macam teknik, belajar macam-macam cara, belajar macam-macam bentuk strategi yang berbeza dan akhirnya..
lahirlah Kitab Teknik SEO Merah Jambu.
Sebagai satu panduan untuk aku sendiri rujuk bila terlupa dan juga sebagai satu bantuan serta perkongsian untuk membantu korang mencapai impian masing-masing. Sebahagian impian atau target aku sudah tercapai. Jadi, aku mahu juga impian korang tercapai. Walaupun mungkin agak lambat atau tercepat, aku harap kitab itu boleh bantu sedikit sebanyak dalam perjalanan menuju ke impian korang semua.
Siapa yang patut baca kitab tersebut?
- Blogger yang ingin buat duit dengan blog mereka. Terutamanya yang rajin join program affiliate.
- Blogger yang ada ebook tetapi gagal jual ebook mereka. Boleh belajar cara bagaimana nak “FAHAM” cara untuk UMPAN orang kita yang kaya raya di Malaysia ini agar dengan suka rela memberikan duit kepada kita setiap hari.
- IM(Internet Marketer) yang gagal dapat sales setelah setiap hari dok SPAM mailing list mereka setiap hari tetapi gagal menarik minat semua ahli dalam senarai list mereka. Ini masanya korang dapatkan bantuan sebagai backup tools jualan korang. Ramai IM Malaysia yang dah bersara dan kecundang sebab dah rasa tak leh gi jauh dengan cara IM. Kena pula hati tak cukup kering. Itu pasal putus asa dengan cemerlangnya.
- Pemain fanpage dan penjual difacebook yang dah tak dapat nak “REACH” pembaca mereka yang hari-hari dok MENYAMPAH sebab selalu sangat dok promosi produk kecantikan dan biskut mahal walhal sebelum ini banyak dok cerita pasal agama sahaja. Tiba-tiba boleh pulak promosi tentang macam-macam produk yang langsung takde kaitan dengan niche fanpage tersebut.
- Penjual produk kesihatan yang ada produk HOT dan memang boleh selesaikan masalah orang TETAPI menghadapi masalah apabila tak pandai nak promosi produk hot tersebut dengan rakusnya.
- Pemain MLM yang mula resah sebab dah susah nak buat duit dengan cari orang. Jadi, mereka tukar strategi dengan memfokuskan pada kelebihan produk MLM mereka. Jujurnya, banyak produk MLM yang bagus dan memang boleh bantu orang. Masalahnya, orang kita TAK SUKA bila dok start cerita bab “head hunting”. So..kalau korang memang kaki MLM, sila cerita kelebihan produk. Bukan dok cerita pasal duit, duit dan duit sahaja. MLM yang dok kejar komisen kemasukan ahli, tak digalakkan langsung baca kitab aku tu. Kalau aku tahu, memang aku tak nak jual kat orang tu. Haha..
Dan sesiapa sahaja termasuklah pemain Shaklee ke, Geng Tune Excel ke, Sindeket Air Kelapa Dara ke dan sebagainya.
Sila belajar tentang ilmu SEO dan Teknik SEO untuk memperkemaskan lagi senjata korang agar menjadi lebih merbahaya dan semua orang akan beli apa sahaja produk yang korang promosikan.
Dan satu lagi kelebihan mempelajari teknik SEO ini adalah..ia ada “SPECIAL EFFECT”.
Special Effect itu ada kesan untuk jangka masa yang cukup panjang selagi blog korang masih wujud.
Hanya Teknik SEO pada blog sahaja yang ada efek istimewa ini.
Teknik Mailing list, Teknik Fanpage, Teknik Google Ads, Teknik Facebook Ads..
TAK ADA SPECIAL EFFECT ni.
Mailing list, bila-bila masa sahaja ahli korang boleh unsubscribe. Teknik Fanpage pula, bila-bila masa orang boleh unlike fanpage tersebut dan tak ada kesan yang lama disearch engine. Google Ads memerlukan modal yang cukup besar dan hanya untuk jangka masa yang singkat. Facebook ads juga mengunakan modal yang banyak dan belum tentu boleh dapat untung yang besar melainkan korang memang benar-benar pakar dalam hal memanipulasi kelebihan dan kekurangan facebook ads.
So, mengapa masih berkata tidak kepada Teknik SEO?
Yang mana hakikatnya ia lebih mudah untuk dipelajari, ia lebih mudah untuk dipraktikkan dan lebih mudah untuk dapat sales bagi satu-satu masa yang cukup panjang. Artikel tentang produk kesihatan XYJ yang ditulis masa tahun 2009 pun masih memberi aku sales walaupun sudah lama tak mempromosikan produk itu. Tak sangka masih dapat sales walaupun cuma tulis SATU artikel sahaja.
Hoho..
Kesimpulan.
Teknik SEO sesuai untuk semua lapisan orang yang betul-betul ingin buat sales.
Sekali lagi, jika betul hendak buat sales.
…
….
Ps: Sebenarnya, aku nak beritahu naruto episode 672 dah keluar. Tak sangka mengarut jauh. Hah, gi cepat baca.
18,020 total views, 60 views today
ilmu SEO ni sangat-sangat lah luas….memang kalau study pasal SEO ni x kan habis sampai bila2…lagipun algorithm google tiap2 tahun berubah..
Yap.
Tapi still asasnya tak banyak berubah.
SO..ada benda yang kita boleh tackle bila betul-betul mahir bab seo ni. hoho
asasnya ttp sama..tp kene seswaikan dgn peredaran masa..huhu
Yap.
Asal faham asasnya, itu dah lebih dari cukup.
Saya juga sangat teruja tentang SEO
pernah belajar
pernah berhasil kena penalty (ohho)
tapi sebab utama tertarik dengan entry ni ialah sharingan uchiha madara (yeah peminat tegar naruto)
😆
salam kenal dari Cik Sal 😀
takpe.
lepas ni jangan kena penalti lagi ye. 😆
betul tu. kena jaga-jaga nanti.. 💡
Cukup RM1k dgn ashadee aku beli ebook hang ! hehe
Nampak dah nama hang dalam top 100 kat ashadee.
Insya-Allah, boleh dapat 1k hang tu.
Tahniah..balik modal dah tu
SEO jangan tak SEO
satu entri yang saya cuba hadam sebaik mumngkin!
Menarik dan mengagumkan apa yang di ceritakan.
betul tu. amat meanarik. boleh dijadikan panduan untuk belajar semua ni. 😆
belajar jangan tak belajar…
belajar rajin rajin dapat komisen rajin rajin…
TERBAIK… Teknik ni
baik tuan…haha
Yup, SEO itu ilmu juga. So, ia something yg boleh dipelajari..
Betul.
Ia memang mudah untuk dipelajari. 😆
bab naruto tu boleh sampai berjela2 mcam ni…hahaha
hang mmg hebat!
seo…bila hang nak naikkan harga?
dalam bulan Jun nanti.
hoho..
lepas siap versi 2.
versi dua lagi best.. 😆
semua orang boleh belajar. pokok pangkalnya, mahu atau tidak.
ramai yang mahu jalan pintas berjaya
Betul.
Yang penting, jangan mudah putus asa dan teruskan belajar.
layan naruto ehh… aku tgk dora jer.. dgn anak..
Ena pun masih mentah dengan SEO ni tapi sedang mempelajarinya. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit.
Pasti akan belajar..SEO ni subjek yang menarik sebenarnya..
Masih mentah dengan SEO ini.
jangan kasi naik harga lagi tau…nak kena tunggu duit OT tengah bulan Mei…nak beli.. 🙄 🙄
Janji bukan dalam bulan Jun.
Lambat, nasiblah. hehe..
Yeahhh..makcik beg besaq dah dapat hasil bila makcik dah start rajin baca kitab merah jambu ni..:)
tahniah.
bolehlah belanja gua cendol hari-hari. 😆
Bila nak buat sale ebook Kitab SEO Merah Jambu? he he…
Jgn marah…
dah lama aku wat sale.
tak tahu ker??
Bila baca artikel ni pun dah dapat nampak beberapa permainan seo yang digunakan disini 😛
haha..
ramai yang nampak.
belajar, belajar dan praktis InsyaAllah menjadi.
mak aiiih…naruto dan sampai episode 672…heee
Yap.
Mungkin tahun ini akan habis kot. hoho
okay. sekarang aku ada masalah besar. boleh tak kau bagi aku file ebook ni balik? aritu aku beli, lepas tu lappy rosak dan dah hilang. bila nak donwload dr ashadee haruslah dah tak boleh.
hahahaha marah tak aku buat rayuan dekat sini? 😀 😀 😀 😀
gi kat bahagian contact kat blog ni.
Email aku semula.
Cendol itu tawar tanpa ramuan tambahan. Hehehe… Serupo dgn seo. Nak tahu ramuannya sila dapatkan teknik seo yg tersebut ramuannya merah jambul…
dah belajo kena sabo, tok guru kata hadamkan dulu selama 3 bulan baru nampak hasil
Ya.
3 bulan adalah tempoh yang sesuai untuk belajar dan buat praktikal.
ye ke? ye ek? nak belajar gak la,, hehee
Haha. Dah belajar, sedang belajar dan paling penting, nak praktik sampai jadi.
Part menjadi tu yang mencabar.
Atau mungkin saya belum cukup faham.
Takpe, pertajam kan lagi senjataaaa
Takpe.
Pelan-pelan.
Nanti, lama-lama mesti leh tangkap punya.
Belum beli lagi kitab ini, gaji pertama setelah dapat kerja belum dapat lagi. Ada niat nak beli tapi belum terlaksana. Insya Allah akan beli..he.he..
mesti mahu tepat dari segi niche dan barang yang akan dijual.. kena tahulah kan..hehe
Hahahaha..terbaik punya artikel..memang kelakar habis…yeahhh..beli jangan beli… 😆
memang hebat permainan SEO ni. aku pun masih tahap belajar nak mahirkan. tapi asik berubah je algo google. 😥
Saya suka belajar teknik SEO sebab
1. Suka tengok post yang kita tulis berada di muka pertama enjin carian seperti google, yahoo, bing dll
2. Tetiba orang datang melawat ke blog tanpa perlu merayu rayu
3. Trafik yang masuk ke blog merupakan orang yang berminat nak baca post kita
4. Dapat membantu selesaikan masalah orang melalui penulisan
5. Akhir sekali berjaya buat jualan (Sale) 😉
Review yang hebat mengenai SEO. Tak sabar nak grab satu.
dah try blaja ilmu SEO tapi blom pandai2 gak lg.. 😥
SEO ni yg penting dikuasai dulu adalah asasnya. kalau asas dah kukuh, perubahan macam mana sekalipun algloritma google ia tetap menjadi. Seperti kata titan, artikel tahun 2009 masih lagi menyumbangkan sale.
Terus belajar dan belajar lagi.. Sampaikan jadi kompius dah dengan apa yang aku belajar.. 😯 😯
Artikel yang bagus untuk buka mata orang pasal SEO. akan ku cuba untuk menuntut lebih banyak ilmu2 SEO ni. 🙂
rugi kalau tak ambil tahu langsung pasal SEO ni…hee
terima kasih cikgu..ebuk cikgu memang puas hati baca, tapi saya masih belajar dan perlu belajar lagi
Hidup Kitab SEO Merah Jambu 😉 … saya suka sebab ia praktikal dan doable 🙂
SEO is the way forward.tak perlu bayaran per click namun seni SEO perlu digarap kemas.:-) saya masih berjinak-jinak, ingin jadi PRO juga satu hari nanti.:-)
Salam..blogwalking..=)
p/s: kami menawarkan perkhidmatan percetakan dengan harga yang berpatutan..
Terbaik!!Nak kena beli ni..