Ya.
Aku kat Banting sekarang ni. Maklumlah, tengah cuti sekolah. Jadi, aku terpaksa cuti walaupun aku ni jenis tak kisah kalau kena kerja. Maklumlah, dah terbiasa menyibukkan diri dengan macam-macam kerja. Haha..
Anak Kaklong
- Bila aku balik Banting ni, automatiknya aku akan jadi “NANNY”. Kena jaga anak Kaklong aku tu. Untuk sementara waktu. Yelah, Kaklong aku ni kekadang kalau tidur..boleh juga tak sedar. Oleh sebab aku memang rajin plak berjaga malam dan kadang-kadang “terpaksa” berjaga malam, nak tak nak kena jaga gak budak tu..
- Oh ya. Nama anak Kaklong aku, Amir Rizqi. Nama bapak, tanya Kaklong aku.
- Aku belum berani nak tangkap gambar budak tu. Takut terkejut budak tu dibuatnya. Biarlah dia kenal kamera 5-6 bulan nanti.
- Gambar? Tak ada. Sila faham.
- Tak susah nak buat susu. Serius, memang tak susah.
- Yang susah, bila dia nangis tengah malam. Kaklong aku boleh plak nyenyak tidur. Mungkin badan dan minda terlampau penat. Anak nangis kat tepi pun boleh wat derkkk aje. Jadi, sebagai adik yang “SOLEH”, terpaksalah gi buat gak susu. Terus senyap tangisan diwaktu malam.
- Ya. Kul 3 pagi tadi gak aku gi wat susu. Tak percaya, sudah.
Cendol Banting
- Dalam beberapa hari ni, aku tak sempat nak makan cendol banting. Terasa rindu sangat. Kejap lagi aku gi layan semangkuk dua.
- Sedap ke cendol banting? Ya, sangat sedap. Sampai boleh dapat banyak komisen tiap-tiap bulan. Haha..
- Moga-moga, ramailah awek cendol banting turun petang ni yek..
Blogging.
- Memang best dunia menulis blog ni. Macam-macam benda boleh belajar dan macam-macam benda boleh dapat.
- Semakin banyak contest blog muncul. Semuanya best-best belaka. Hadiah pun boleh tahan lumayannya. Contest SEO Eridy pun ok gak. Semoga dapat lebih banyak sponsor agar hadiah wang tunai itu akan berganda-ganda. Baru lebih seronok nak menang. Hoho..
- Alhamdulillah, duit komisen program affiliate masih lagi dapat dan dapat.
- Cuma aku kecewa sikit dengan program Jobdirumah. Aku rasa target untuk capai 100 komisen Jobdirumah mungkin sukar untuk direalisasikan semenjak harganya dinaikkan ke RM100. Sangat mahal. Tak semua orang MAMPU. Setakat ini, untuk bulan ini baru dapat SATU sales sahaja. Aku yakin, promoter yang lain juga menghadapi masalah yang lebih kurang sama dengan aku, kan? Kalau masa harga RM50 dulu, tak sampai 5 hari..dah nak dekat 6-7 sales dapat. Sekarang? Susah mahu cakap lah..
- Dapat lagi kontrak sewa iklan banner untuk bulan ke 3. RM200 setiap bulan masuk tanpa masalah. Oklah tu, kan? Walaupun takdelah tinggi macam income blog korang. Leh la lepas beli susu budak Amir tu..
- Juga jadi “penulis jemputan” kat blog brader ni. Gi baca kat sini – Niat dan usaha mesti seiring
- Esok, ada jemputan 4 event pada masa yang sama. Jadi, event yang bayar paling TINGGI, event itulah yang aku pergi. Event yang lain, aku terpaksa tolak.
- Itulah, siapa suruh wat dalam hari yang sama. Celah mana aku nak datang semua. Ingat aku, Naruto kah?
Kesimpulan.
Huh, kena ada kesimpulan jugak ke?
Senang cakap, jadi diri sendiri.
Baru leh makan cendol banting setiap hari dengan penuh kasih sayang.
Haha.
13,979 total views, 1 views today
untung Amir Rizqi… ada Pak Cik yang rajin buatkan dia susu tengah-tengah malam… huhu~
Bro titan berlatih untuk persedian ini akak. pak cik yang baik.
Ko sebut event esok baru aku teringat aku tak reply email lagi..hahaha
Kena replay tu. Insyaallah ada rezeki nanti.
even kat mana la pulak
aku ni memang tak ada nasib nak join even
Nanti sifu titan cerita kita boleh baca dan tahu kat mana event tu SA.
Bilalah makcik beg besar ni dapat merasa cendol banting kan 🙁 (merajuk arr cam ni)
Berkenaan anak kak long..wahh dah boleh pilih tarikh dah ni..dah pandai jaga baby..hehehe
Blogging..masih lagi belajar dan terus belajar,selalu gak masuk sini nak cari ilmu..boleh kan
kasi turun banting la.
Nanti boleh belanja gua plak.
pergilah cuti sekolah kan masih panjang
1) hang memang adik dan pakcik yang soleh.
2) aku agak cendol tempat aku lagi ramai awek comel
3) blogging tu ibarat makan cendol. kena makan perlahan-lahan, tapi selalu. baru rasa nikmatnya.
4) no 3 tu aku merepek. 😀
amirr rizqi , nama kita dekat dah. nanti besar sikit boleh mencendol sambil blogging dgn pakcik titan…..
Nama-nama yang hebat dalam dunia blogger tanah air. 😛
eloklah ada persiapan terlebih dahulu sebelum meniman anak sendiri di kemudian hari
Sensei! Cendol shah alam nak?
Shah Alam kat mana codol yang sedap yea?
sedap sangat cendol banting tu? aku tak ernah sampai sana lagi…jom singgah cendol melaka lak kat terpi sungai melaka sure tambah 7x….hihi
nanti kalau ada masa, singgah-singgah la ye.
dah pandai jaga budak kecil ni
nampaknya dah boleh sangat dah ni
dah cukup syarat dah
Macam tak percaya la lu buat susu pukul 3 pagi..snap gambar la..baru ada bukti..haha.. 😉
Sila percaya.
Gua takde masa nak snap-snap gambar selfie. haha..
memang dah boleh jadi bapa ni..haha
Untung anak buah ada pakcik yang boleh diharap. 🙂
Pakcik yang disayangi anak buah ni nanti bro titan. 😛
Cendol tu aku memang teringin nak makan. Pasal jaga baby, pengalaman aku dah 3 org anak ni. Waktu malam dlm 2 jam sekali baby akan menangis minta susu. Jadi bila tidur set dlm otak akan bangun setiap 2 jam. jadi taklah terpaksa sangat rasa nak bangun tidur…hati pun senang.
Macam ni yea. Tips yang berguna ini. 😛
kalau aku, memang badan dah sakit-sakit dah. haha..
yeah!terbaik! 😆
cendol menyendol FA suka.hahaha
kene turun Banting nih , nak rasa cendolnya , betul ke sedap sangat…
Betul tu. Kena turun banting ramai-ramai. Ajak sifu titan sekali.. 😮
baguslah tu.. dah training buat susu anak.. ganti pampers pun mesti dah cekap ni
Yap.
Training itu penting. Hehe..
mmg pakcik mithali ni 3pg buat susu..hehe
income jdr tue rs mmg slow bl dah naik jd rm97 ni..huhu
pheww, mmg pakcik soleh betul buat susu kul3 pagi.. fuhh, nanti biasa lah tu kan. Haa, sape cakap lelaki ego. Kalau ego xdenye nak turun dapur buat susu kan, kan bro kan hehehe.. Cakap pasal cendol, really miss my abah yg kat Kuching sana tu. he loves cendol very much.
hehe..
nak buat macam mana. Orang hensem memang macam gitu.
untung ada adik cenggini, tak payah suruh pandai2 je menolong, seronok baca ttg pencapaian blogging tu
Tahian bro titan. Masyuk sahaja yea. Semoga rezeki bertambah-tambah. Nanti nak makan cendol juga.. 😛
Gua percaya bulat2 sebab gua tau hang memang rajin…
berlatih nak jadi bapa. fuhh tapi bini hang nanti kan banyak. larat ke? bhhaha
Hmm.. bila lak kawe nak rasa cendol banting ni. Next time, kawe balik KL, kawe whatsapp lu lah k. Kita jumpa kat Banting k.
datang aje bila hang rasa nak datang. hoho
untung la ada event nak pegi..ahaha..memacam kisah..
Alhamdulillah……. sejuk perut nenek mengandungkan Pakcik Titan……. 😉
Saya cuba sign up Tips Titan. Error ini keluar:
This sign up form is not working. Please contact the website administrator.
Untung la si Amir tu ada PAMAN yang baik hati… confirm lepas nie dapat banyak mainan….hehehe
Haa..tau takpe. Haha..
Wah-wah…nanti jangan lupa snap gambar dia yer..lepas tu upload dalam ni..emm ingt tu..yer?