1. Baru sahaja habis tengok filem korea. Dilakonkan oleh Rain sebagai pelakon utama. Mula-mula, jalan ceritanya boleh tahan. Kisah seorang mamat yang agak samseng yang mencari abangnya sejak abangnya tinggalkannya hampir 10 tahun. Kemudian, selepas jumpa abangnya, abangnya pula cuba membunuh diri sebab kecewa aweknya bertunang dengan seorang mamat yang handsome dan kaya. Tapi itu sebenarnya cuma salah faham antara awek abangnya dengan mamat kaya tu.
2. Dan bermulalah kisah balas dendam antara adik kepada awek abangnya kerana ingat awek abangnya cuba tinggalkan abangnya. Si adik berjaya membalas dendam dengan membuatkan awek abangnya jatuh cinta padanya. Pada masa yang sama, abangnya yang cuba membunuh diri itu sedar dari komanya.
3. Jadi, awek abangnya dapat tahu tentang abangnya dan mula menjaga abangnya. Abangnya perasan yang adiknya dan aweknya saling cinta-mencintai. Dan abangnya pula meninggal dunia. Awek abangnya merasa sedih, adiknya juga sedih. Jadi, berlakulah sekali lagi klimaks dalam cerita “a love to kill” ini.
4. Hujung cerita, memang tak best. Aweknya dan si adik mati. Kerana kesejukan. Nampak macam tak masuk akal. Tapi begitulah endingnya. Memang buat aku geram sebab terpaksa tengok 16 episode ini. Bermula agak perlahan, klimaks pun perlahan tetapi aku boleh kata ini cerita cinta sedih dari episode 1 hingga episode terakhir.
5. Arghh, tak best. Tak best..
Ps: Emm..salah satu cerita yang buat aku bengang. Tapi aku akui, ianya digarap dengan baik dan mungkin memang pengarah saja buat cerita macam ini. Mungkin juga ianya diadaptasi dari kisah benar. Entahlah, mungkin cerita macam ini memang wujud dalam dunia sebenar.
2,053 total views, 1 views today
ala camni ke endingnya..ak bru je tgk kt astro citer ni..episod 5..xbest la ending mati..mencik2…w/pun ko da post lama tp ak bru trbace blog ko ni..thanks yer buat snopsis tuk citer ni..huhu..
Banyaknya perkataan awek abangnya dan adiknya dalam entri ni.. Pening nak faham sinopsis.. Kena baca satu ayat, satu ayat, baru faham.. Finin2..