Aku jarang kongsi video kalau aku tak suka. Tapi video ni memang menarik bagi aku. Aku tahu ada beratus ribu video yang lebih bagus dari video ni. Namun, ianya sudah cukup menunjukkan kekreatifan pembuat video ini.
Tentang Pakej Kuasa Innity ni, memang aku hendak tahu. Mungkin ownernya akan jual ebook atau apa-apa produk yang akan membantu para blogger buat duit dengan Innity. Mungkin income innity akan lebih tinggi lepas mengetahui cara-cara dalam pakej Kuasa Innity ini.
Apa yang aku tahu, nak lepaskan blog kita kat Innity ni cukuplah susah. Nak dapat trafik yang tinggi setiap bulan bukan senang. Simplenya, kita kena ada alexa bawah 200k, mempunyai trafik bulanan lebih 100k dan 20k unik visitor setiap bulan. Bukan susah nak dapat 20k unik visitor, tapi nak dapat 100k impression setiap bulan kat blog kita tu, memanglah cukup susah. Hoho..
Ada yang berminat dengan Innity? Boleh cuba kat sini: Innity.com
Lepas ini, pasti ramai pemain Innity dan blogger-blogger diluar sana akan bertungkus-lumus untuk capai taraf yang diperlukan untuk join Innity. Pasti ada banyak tips dan teknik yang masih kita tak tahu untuk dapat RM5 ribu ringgit dari Innity selama sebulan seperti yang ada dalam video teaser ini.
Harap bukan cara yang aku tahu tu. Mengikut pengalaman aku, cuma ada satu cara sahaja untuk dapat income banyak tu. Mestinya trafik yang tinggi dan jumlah klik yang beratus-ratus setiap hari. Cuma satu cara sahaja.
Ps: Korang tahu cara tu? Kan? Kan?
![]()






Huh? Cara apakah? ❓