1. Aku rasa minggu lepas, Sepah lebih bagus berbanding yang lain. Memang menjadi guna hantu tu. Hantu serba tahu. Last-last, baca doa aje. Setel semua. Sampai terbakar hantu tu dibuatnya. Haha..kelakar tengok hantu cuba terbang..
2. Jozan? Dengan majik sebagai umpan, agak kelakar juga. Menjadi. Tapi tidaklah sebaik Sepah. AKu boleh kata mereka dalam no.2 semalam. Kira lucu jugaklah.
3. Jambu. Seperti biasa, memang terbaik. Tetapi minggu ini kalah dengan Sepah dan Jozan. Aku letak mereka tempat ketiga untuk minggu ke 7 maharajalawak ini. Masih kekal dengan baju berwarna merah jambu. SUngguh jambu sungguh.
4. Nabil. Tak berapa menjadi. Aku sendiri tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Ak gelak pun, sebab mak aku gelak. Haha..
5. Amir, satu habuk pun aku tak faham. Dugaan aku dia terkeluar. Sah, memang dia terkeluar. Aku rasa, undi juri adalah kuasa veto. Kuasa penentu. Undi dari orang lain, memang tak leh pakai dahh. Tak valid.
6. Balas. Lawak dia pun tak berapa menjadi. Aku dah boring dengan lawak Balas, Aku mahu diorang buat benda baru.
7. Ada undi masuk. Besar kemungkinan R2 akan masuk kembali sebab di facebook, gambar mereka yang paling banyak dilike. Yang ikut rapat, Alex. Tapi susah gila nak kejar..beza berpuluh ribu lik tu..
8. Dah nak dekat habis Maharajalawak ni, kalau keadaan kekal. Mungkin persaingan antara Sepah, Jozan, Nabil dan Jambu. Aku harap Jambu akan menang sebab yang lagi 3 orang tu..dah macam-macam dapat kerja tak kiralah dari segi pengacaraan, filem, drama dan sebagainya. Mungkin dengan jadi Johan Maharajalawak ni, Yus dan Taukeh dapat diperkenalkan dengan lebih meluas lagi. Lebih meluas lagi dari Celcom. Hoho..
1,177 total views, 1 views today