1. Kalau untuk pasaran tempatan, kita ada Nuffnang, Innity, ManggaAd dan Advertlets.
2. Nuffnang ada kelainan berbanding program tempatan lain. Ianya ada member khas digelar sebagai Glitterati. Siapa yang dapat status ini, anda ada peluang untuk dapat buffered earnings. Buffered earnings ni nama lain bagi cpm atau pay per impression program. Kiranya lagi banyak impression atau hits yang kita dapat setiap hari diblog kita, kita akan dibayar pada rate tertentu. Sampai hari ini, aku masih tak tahu rate sebenar untuk buffered earnings Nuffnang. Masih jadi tanda tanya.
3. Innity. Program ini juga bayar kita melalui impression, klik dan banyak lagi. Tapi yang aku nak tekankan disini adalah bahagian cpm atau impression. Mereka ada banyak advertiser yang order untuk cpm. Jadi, siapa yang berjaya masuk ke Innity, memang ada peluang cerah buat duit dengan Innity sebab Innity memang bayar mahal. Kadang-kadang RM30++ lebih untuk cpm. Rasa rugi pulak kalau tak dapat.
4. ManggaAd. Banyak keluarkan iklan dari lain. Mungkin diorang ambil dari Innity sebab dari apa yang aku perasan, iklan apa yang dikeluarkan dari Innity, mesti ada kat ManggaAd. Yang ini pun aku masih tak tahu rate sebenar untuk setiap kali 1000 impression. Mereka masih tak jawab sampai hari ini. Mungkin aku kena email mereka untuk tanyakan hal ini. Setakat ini, belum dapat apa-apa bayaran dan hanya mampu kumpul dekat RM80 lebih sahaja..
5. Advertlets. Program yang mempunyai reputasi yang teruk 2 tahun lepas. Tapi aku rasa mereka sudah perbaiki apa yang patut. Mereka juga ada program yang bayar untuk klik dan impression. Yang buat aku terkejut, aku dapat 1 hari dalam 3 ringgit lebih untuk 7000++ impression atau hits. Boleh dikatakan tidak sia-sia aku cuba semula program. Kalau dalam 30 hari, ada peluang dapat RM90++ dari program ini. Satu program yang patut dicuba semula oleh semua blogger. Bayaran mereka juga dikatakan agak bagus sejak kebelakangan ini berbanding 2-3 tahun lepas.
6. Aku cuba dua program pay per impression luar yang baru. Iaitu YMads dan BlueAdvertise. Masih belum ada apa-apa yang menarik sebab aku belum dapat bayaran dari dua program tersebut. Tapi aku mahu lihat jika aku boleh buat duit dengan BlueAdvertise atau YMads. Admin YMads agak baik sebab dia siap hubungi aku untuk tanya khabar. Aku siap borak macam kawan kat Gmail. Tentang BlueAdvertise, aku ada jumpa blogger yang berjaya dapat bayaran dari program ini. Rate untuk cpm, masih aku tak tahu. Kena tengok prestasinya dulu sebab BlueAdvertise bayar kita dengan NET7. Maksudnya, bayaran dibuat setiap 7 hari. Kira bagus kalau benda ni bayar aku nanti.
7. Bursttraffic dah buat perubahan besar-besaran. Berita baru. Mereka juga sudah terima trafik dari Malaysia. Ratenya adalah $0.20 untuk 1000 impression. Satu rate yang agak tinggi. Tapi yang aku tak suka mereka guna iklan popup. Berbeza ketika mereka masih dalam beta. Tapi tak salah mencuba sebab ini juga salah satu cara untuk buat duit dengan impression.
8. Paid-to-Promote masih gagah membayar aku setiap bulan. Aku yakin aku akan tetap maintain dapat duit dari program ini setiap 2 minggu. Cuma aku harap mereka akan terima trafik dari Malaysia. Baru best sikit buat duit dengan program ini. Hehe..
1,875 total views, 2 views today
saya punya adverlets pun dalam rm3 sehari.. kadang2 lebih..
so sekarang saya target dapat 100 sebulan.. so leh cashout tiap2 bulan..
apapun, lagi best dari nuffnang rupanya.. tak yah nak tunggu2 BE lagi.. hehe
cuma kena ada trafik yang banyak beserta pageviews yang tinggi.. baru sesuai dengan adverlets..
hm…tgh mencari peluang lubuk lain pulak…selongkar blog cikgu titan sat na..hehe…