Ok. Ini review aku. Aku pun beli juga ebook ni.
Overall..
1. Ebook Kuas Innity ini mudah difahami. Sangat sesuai untuk mereka yang baru nak bermula dengan Innity dan juga sangat sesuai untuk mereka yang memang langsung tak faham dan tak tahu apa bendanya Innity nih. Sebabnya memang diceritakan dengan agak baik dari mula nak daftar, plugin apa yang perlu digunakan, tips apa yang patut dan tak patut ada dalam blog yang kita nak submit ke Innity nanti.
2. Ada juga perbandingan antara innity dan Nuffnang. So, agak membantulah bagi mereka yang tak tahu.
3. Mudah dibaca dan tak buat sakit kepala. Mungkin bagi yang dah expert bab-bab ebook buat duit ni akan rasa bosan dan rasa cam ebook ni tak best sebab ebook ni memang panjang. Kalau tak silap, 185 muka surat. Ini ebook terpanjang dari segi muka surat semenjak aku baca ebook yang aku beli sejak tahun 2005. Tak penah lagi jumpa sebelum ni. Selalunya 50-100 ms aje..
4. Ada gak tips dan trik untuk boost income Innity cuma tidaklah secara terperinci. So far, memang membantu sebab ada benda gak yang aku tak tahu dan terlepas pandang. Jadi, belajar ilmu baru dari ebook ini.
5. Bagi aku, ianya sangat sesuai untuk pemain Innity baru. Pemain Innity lama, kebanyakkannya dah tahu apa yang ada dalam ebook ni. Aku rasa 80% aku dah tahu isi ebook ni selepas aku membacanya.
6. Video teaser untuk Kuasa Innity ni memang best. Aku suka. Hehe..
Yang kureng..
1. Aku tak tahu url blog beliau yang beliau gunakan untuk Innity. Satu blog pun tak tahu dan sebenarnya inilah sebab aku beli ebook kuasa innity ini. So, agak kecewa gak la..
2. Macam shuth cakap, memang tak nampak sangat plan atau strategi yang menyokong untuk dapat 20k traffic dan sekaligus boleh jana ribuan ringgit dari Innity. Sebab apa? Sebab tak tahu blog beliau. Kalau dapat tengok, aku yakin ramai blogger tahu apa yang nak dibuat atau apa yang nak dirancang untuk dapatkan traffic dan jana ribuan ringgit dari innity selepas baca ebook ni. Sayangnya, tak tahu blog beliau, so..tak dapat nak kata apa. Tapi aku yakin apa yang dia cakap tu, betul sebab semuanya base on experience dia. Kalau dia tipu, kita satu malaysialah kena tipu. Tapi aku rasa dia tak tipu. Cuma dia lupa nak cerita agaknya..
3. Bukti bayaran ada kat salesletter. So, takde masalah. Sebab bukan senang nak tipu income dari Innity ni. So, aku yakin penulis tak menipu. Memang dia benar-benar buat duit dari blog dia. Cuma kita tak tahu nama dan url blog dia..blogspot ka, wordpress ka, forum ka..aku tak tahu dan aku rasa korang pun tak tahu..
4. Harga. Agak mahal. RM99. Kalau ada nama atau URL blog dia, letak RM150 pun aku tak kesah. Sebab url blog adalah bukti paling kukuh untuk sokong apa yang beliau tulis dalam blog beliau. Masa beli awal-awal dulu, memang terkejut sebab harga setinggi tu. Tapi aku tak kesah sebab ingatkan boleh tahu blog-blog beliau. Sekali tak ada. So, tak dapat nak kata apa..
5. Bab nak dapat traffic tu. Memang aku tahu apa yang dia tulis. Tapi agak samar-samar. Kurang jelas. Ramai orang beli sebab nak tahu camana penulis ebook ni dapat trafik banyak dan apa cara beliau. So, tak diterangkan dengan jelas. Yela, nak dapat income ribuan ringgit, trafik pun mesti ratusan ribu dalam sebulan. Kalau setakat puluhan ribu..mustahil untuk dapat ribu-ribu dari Innity. Jadi, memang tak detail. Mungkin beliau boleh cerita lebih tentang teknik dan taktik SEO yang beliau tulis tu dengan detail lepas ini.
Last..
bagi yang rasa cam expert dalam Innity ni, mungkin korang rasa ebook ni tak best dan tak menarik. Tapi bagi yang zero knowledge pasal Innity, ebook ini sangat sesuai kerana nak buat super blog ni, kena mula dari awal. Kalau dah start separuh, baru nak jadikan blog korang super blog, memang susah. Bukan semua blog leh jadi super blog, pemilihan niche dan cara korang menulis mesti berbeza. Cuba perhatikan blog yang dapat income Innity tinggi setiap bulan. Apa beza blog mereka dengan blog orang lain? So, nak buat super blog, kena dari awal. Setting pun kena dari awal. Dan macam-macam lagi..nak tahu, gi baca ebook ni dulu la.. Ya, ebook ni juga mengajar aku yang mana nak buat super blog, kena set dan plan dari awal. Kalau buat ala kadar, atau artikel dah seratus baru nak start buat super blog, memang susah la nak dapat income tinggi dari Innity. Ini kerana aku dah cuba, memang tak jadi. Kalau kita set dari awal, memang akan menjadi. Dah, belilah sekarang. Hehe >> KuasaInnity.com
3,021 total views, 1 views today
sebenarnya, saya dah banyak kali tanya penulis tu apa url blog nya, saya tanya dalam thread kat WC tu la.. tapi tak pernah diberitahu samada secara open atau dalam PM..
saya pun rasa macam tu juga, dari blog je dah boleh tahu apa teknik dan cara nak dibuat untuk dapat trafik dan earning yang banyak dari innity.. selain itu, kalau dah tinggi macam tu earningnya, tentulah blog tu memang popular kat malaysia ni.. persoalannya, blog yang mana satu je..
dan apabila saya baca review dari TT, saya rasa ebook tu hanya sesuai untuk orang baru jela.. maknanya sama cam ebook2 lain, sesuai untuk newbie.. saya sebenarnya pun nak beli jugak tapi sama cam TT, saya nak beli pun sebab nak tahu url blog.. setakat teknik, saya rasa banyak ada kat google.. tinggal nak apply je
tadi dapat satu email ni, owner ebook ni akan beritahu blog dia tu dan teknik SEO onpage. Mungkin dia ada strategi sendiri masa buat ebook ni atau dia bagi bonus ni hanya untuk para pembeli. Tunggu 1 jun nanti. Harap-harap dia bagitau kita url blog dia. Mesti ada sebab dia tak bagitau.
aku dah tanya psl trafik,url, dan page impression blog dia..
tp x di beritahu..
katanya tak bg url blog sebab teraktub dlm TOS innity yg x leh dedah url dan segala data mengenai blog dia..
Yap, itu juga jawapan yang dia bagi kat aku. Takkan dedahkan URL pun tak boleh. Pelik betul aku..
Tapi nak buat macam mana, kalau dia dah nekad tak nak bagitau, kita tak leh la nak kata apa-apa..
Mungkin dia tak beritahu pasal website dia ada melibatkan sesuatu yang kurang menyenangkan.
Eg:
1.Politik
2.Autoblog /scrape content dari blog orang lain
3.Nama domain yang mempunyai hak copyright. Contoh utusan-online.net
Hanya sekadar pandangan.
Biasalah tu kalau ada copy sana-sini. Bukan aku tak tahu blog-blog hiburan atau blog isu semasa nih. haha..
tapi aku nak tengok gak. Banyak benda boleh belajar kalau kita tahu blog yang mana satu..
ada orang kata beritasemasa.com