Tahniah pada Negeri Sembilan kerana berjaya mengalahkan Terengganu. Kredit kepada Kunanlan dan Hairuddin Omar kerana berjaya menjaringkan 2 gol dalam masa 10 minit terakhir sebelum perlawanan berakhir. Gol dijaringkan pada minit ke 81 oleh Kunanlan dan minit ke 84 oleh Hairuddin Omar. Gol Terengganu dijaringkan oleh silent killer mereka iaitu Ashaari.
Sejujurnya, kesilapan Sarbinie memang sukar untuk dilupakan. Aku yakin ramai peminat Terengganu akan marah dengan Saribinie. Jaringan pertama N.Sembilan itu sepatutnya boleh diselamatkan. Tapi mungkin kerana Sarbinie agak leka, jaringan itu berjaya menyuntik semangat baru kepada pemain N.Sembilan untuk terus ghairah mencari gol kemenangan mereka malam ini. Ternyata, Hairuddin Omar tidak menghampakan peminat Negeri Sembilan.
Aku kagum kerana Hairuddin Omar sudah 3 tahun berturut-turut berada dalam final Piala Malaysia. Tahun 2009, dia bersama Kelantan. (Kalau aku tak silap) Tahun 2010 dia bersama T-Team. Tahun ini, bersama dengan N.Sembilan dan berjaya membantu N.Sembilan menjadi Juara Piala Malaysia 2011. Kita kena tahu, Piala Malaysia antara pingat yang direbut oleh semua pemain. Piala Sumbangsih nanti, antara N.Sembilan vs Kelantan. SIapa pula yang akan jadi juara nanti agaknya. Hehe..
Last, Manchester United menang 1-0. Arsenal turut membenam Chelsea 5-3. Haha..Chelsea pula dimalukan oleh Arsenal selepas Manchester City memalukan Manchester United dengan jaringan yang sangat besar.
Ps: Serius, Hairuddin Omar memang kacak malam ini. Haha..
1,536 total views, 2 views today