Sejujurnya, aku masih tak berapa sihat. Tapi demam tu dah kebab sikit. Selsema tu dah hilang. Kekadang aje hingus tu muncul. Tapi masalah baru bila hamstring aku plak cedera. Sakit yang amat sangat. Tapi bila dah tuam dengan ais dekat 2-3 jam setiap hari, sakit tu makin lama dan makin kurang. So, kiranya ok sikit la berbanding 5-6 hari lepas.
Insya-Allah aku akan bagitau siapa yang menang dalam pertandingan yang lepas sebelum berakhirnya bulan Februari ini. Asal aku nak buat kerja, mesti ada benda yang menganggu. Sampai aku sendiri naik tension sebab hal ini. Jadi, sila maafkan aku kalau aku buat korang bengang.
Yelah, aku kata sebelum ini seminggu selepas pertandingan ditutup. Sekarang, dah nak penghujung Februari. Nampak sangat aku dah mungkir janji. Tapi aku akan cuba announce secepat mungkin bila aku dah ok sikit. Bukan apa, karangan yang korang bagi tu..bukannya sedikit. Pukul rata, hampir setiap blogger ada 2-3 karangan yang mereka buat dan aku kira secara keseluruhan untuk menentukan yang terbaik. Bukan senang tu. Tapi mungkin aku akan beri sesuatu untuk mereka yang menang ni nanti. Cuma masa memang tidak mengizinkan memandangkan aku sibuk dengan kerja, sibuk dengan kursus sana-sini, tambah lagi pula dengan cedera dan demam pula..memang memeningkan kepala.
Jadi, sekali lagi. Sila maafkan aku seperti mana aku maafkan kamu semua. hehe..
Ps: Innity dah bayar blogger. Korang dah dapat ke belum??
1,641 total views, 1 views today
ok ko bersalah..sila bagi aku menang…har har har
haha..ada hati nak menang konon..
Continue baca artikel2 kat sini sambil layan morning musume.. ‘Sakura Mankai’