Ya. Cabaran SEO datang dan pergi. Tamatnya Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012, muncul pula Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Bagi aku, ini satu yang menarik dalam dunia blogging tanah air. Dari satu cabaran, ke satu cabaran. Maksudnya, ada kesinambungan. Serupa juga macam bola sepak. Lepas suku akhir EURO 2012, ada selit pula dengan Piala AFC 2012..dan juga selit dengan Liga Super dan Liga Perdana. Bagi aku, ini sangat menarik. Rakyat Malaysia perlukan sesuatu seperti ini untuk jadi boaster dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan blogger Malaysia. Mereka perlukan sesuatu untuk meneruskan kelangsungan kehidupan mereka sebagai blogger. Dan cabaran seperti inilah yang ditunggu-tunggu untuk menguji sejauh mana kehebatan mereka dalam SEO.
Untuk makluman kepada 8 orang pemenang Cabaran SEO Lelaki kacak. Tak perlu mintak aku ajar. Sila claim juga hadiah-hadiah yang lain dengan memberikan maklumat yang tepat. Takkan aku masih kena ajar juga satu demi satu? Dan untuk hadiah wang tunai, aku akan usahakan dalam minggu ini. Maaf sebab lambat. Aku dah masuk kerja. So, kena buat kerja sepenuh hati. Nanti, duit yang aku dapat..jadi tak berkat. Tak bagus kan? Jadi, aku akan setelkan dalam hari Sabtu dan Ahad ini. Semua yang bagi akaun bank Maybank, aku dah transfer duitnya. Yang belum, yang gatal bagi aku akaun CIMB dan Bank Islam. Itu, memang SAH-SAH lambat.
Apapun, tahniah kerana memeriahkan Cabaran SEO yang ada ni. Semoga korang juga akan sentiasa memeriahkan setiap cabaran seo dan contest yang aku bakal adakan pada masa-masa yang akan datang.
** Ada sesiapa yang sertai Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati?
Ps: Penat. Tapi aku still banyak kerja yang kena aku sudahkan. Huh..
![]()




bila nak buat contest lagi??hi hi hi
best contest seo..tp dh lm xjoin..