Habis kereta aku.
Ya, Black Saga aku cedera. Kena langgar lari.
Kejadian ini berlaku 2 minggu yang lepas. Gambar dibawah ini, aku ambil sejurus sebelum aku hantar ke kedai.
Apa sebearnya yang terjadi?
Aku baru balik kerja. Parking kereta macam biasa. Tawakal juga macam biasa. Dan naik ke rumah sewa macam biasa.
Lepas solat zohor. Aku tertidur akibat kepenatan yang amat sangat.
Jadi, aku terbangun bila alarm berbunyi pukul 5. Habis asar, aku terus turun untuk pergi ke Tesco. Cari barang sikit untuk kerja yang perlu disudahkan esok.
Sekali, aku tengok lampu Black Saga aku dah pecah. Aku datang dekat sikit lagi sebab kereta aku terlindung oleh sebuah kereta pacuan empat roda. Sekali..sudah kemik. Aku pandang kereta sebelah kiri dan kanan, bukan warna merah. Sebab ada bekas cat warna merah kat kereta aku tu. Jelas dan terang warna merah. Bukan biru atau warna pink.
Aku agak mesti lebih seribu. Cermin confirm dekat 2 ratus. Nak ketuk lagi. Yang tepi tu, memang sah-sah kemik terus. Mesti ganti baru punya. Dekat seratus lebih. Sayap bawah tu pun dah teruk gak. Ganti baru, RM50 gak..cincai..ketuk segala bagai..aku anggar dekat RM800. Belum masuk cat.
Dan hari ini, aku dah dapat balik Black Saga aku. Kos keseluruhan RM1350.
- Repair dan ganti barang – RM650. (Lampu dan barang lain semua original. Orang kedai la kata. Kalau dia tipu aku, aku tertipulah. Haha)
- Bumper depan tu memang jatuh. Aku salotape pakai musking tape. Gila tak gila aku masa tu. Sepanjang 2 minggu aku bawa kereta macam ni la gayanya. Hari-hari dok ganti musking tape tu. Haha..
- Ketuk dan cat – seluruh kereta – RM700. (Kereta aku memang dah teruk sana-sini. Merata kemik kena langgar curi. Jadi, aku suruh diorang ketuk, simen dan cat semula satu kereta)
- Dan aku percaya kat bengkel cina ni sebab selama aku eksiden sebelum ni..samada aku langgar divider atau orang langgar lari kat Black Saga aku, diorang kira murah dari bengkel kereta yang lain.
Ps: Korang rasa murah ke mahal?
3,745 total views, 1 views today
Woah.. Berbalut-balut musking tape. Macam masuk hospital..
Biasalah tu. Kereta saya pun kemik sebelah depan kiri kanan pun bukan kerana ‘ ladies driver’ sebaliknya depa nak keluar parking tak lepas, depan balun jelah keta kita. Lepas tu blah.
Tak terkata. Lagi pun saya bukan jenis suka keliling kereta bila nak masuk kereta semula.
Saga hitam kembali bersinar lepas ni…
Ambe rase, ok dah tu harganye…
p.s. sapekaah makhluk yg lggr lari tu yer…
Ketuk + Cat whole body RM700. kedai mana bro?