Kekadang, aku pelik gak dengan orang kita ni.
Ya. Aku tahu ramai antara korang yang lagi pakar dan pandai dalam ilmu-ilmu SEO atau berblogging berbanding aku. Aku ni jauh lagi perjalanan kalau nak jadi Pakar SEO atau Pakar bedah sekalipun. Tapi, aku tanya satu aje.
“Hangpa baca ke tidak peraturan yang aku tulis tu?”
Kalau tak tahu, pi baca dulu. Dan beritahu aku. Aku salah ke aku betul?
Aku bukan tak tahu cara nak check ranking guna yang hujungnya ncr tu. Tahu. Tapi dalam peraturan pertandingan, aku tulis apa? Guna Google Incognito dan semak carian di Google.com. Maksudnya, guna google chrome Incognito untuk semak ranking. Boleh difahami, kan? Aku ada kata atau tulis guna cara lain?
- Dan, masa aku semak. Itu yang aku dapat. Benda pertama sekali aku nampak selepas clear cookies, buang history dan restart balik laptop. Dapat result, aku terus print screen sebagai bahan bukti. Takde print screen kedua atau ketiga atau ke 100. Tak ada. Satu tu aje.
- Dan keputusan check ranking kat Google ni. Boleh berubah sentiasa. Tak semestinya sentiasa diatas. Kekadang naik, kekadang jatuh. Korang ada yang BERANI bagi jaminan kedudukan itu boleh kekal setiap masa?
- Aku stick pada peraturan yang aku tetapkan awal-awal.
- Nak bukti bergambar. Aku dah letak. Walaupun bukti bergambar tu mungkin korang tak percaya.
- Aku diamkan banyak perkara.
- Kalau tak, ramai orang yang akan terkedu.
- Takyah banyak bunyi. Aku diam ni dah cukup baik.
- Tak bermakna aku diam, aku tak tahu apa yang korang cuba sampaikan. Aku tahu. Sangat tahu.
- Nak kata aku noob? Takde hal. Aku memang noob. Masih belajar lagi ilmu-ilmu SEO ni. Apa maksud SEM pun aku tak tahu. Jadi, oklah tu kan. Aku memang noob kot.
- Bila korang join sesebuah pertandingan, ini juga bermaksud korang dah terima dan patut ikut peraturan yang ditetapkan.
- Dan, aku rasa..hangpa semua pun tahu apa yang aku maksudkan. Kan?
- Yang tak join, toksah banyak bunyi. Sibuk aje.
3,051 total views, 2 views today
dah.. dah cikgu, saya faham. Saya juga selalu terkena orang cam gini. Kalau nak mengutuk bukan main, tapi bila dapat duit boleh pulak dia senyap macam tu jer. Paling tak boleh blah, komen penerangan daripada saya juga turut dipadam. Apa ke benda? Kata nak tunjuk kebenaran, tapi bila diberi penerangan berserta komen yang pedas (komen ala mama murai) mulalah menggelabah.
Serius beneran cikgu ni 😉
aku rasa aku tau kenapa dan siapa. memang diorang ni tak betul kott. BERANI LAWAN PENGANJUR? bangang tu. sorry kasar sikit tapi memang biadab lah kann. sorry to say la kepada loserr yang dok tak puas hati dengan penganjur ni. aku harap diorang baca komen aku ni.
bangang tu takdelah. mungkin diorang tak perasan.
Jadi apa masalah kau – keputusan ramai yang cek – azuan razi, akma omar, aku, khirol oh duit, dan ramia lg yg ikut petandingan ni ada cek – keputusan kami dapat tak sama dengan apa yang cikgu tu umum.
jadi bertanya takda masalah, keputusan jg diterima…usah sedap mulut nak cakap orang bangang atau biadap..
Bro Khairul,lu ni hebat sangat ke sedap hati nak label org yang protest tu bangang?kalau lu betul2 rasa lu hebat apsal lu tak tembak je dekat komen2 dorang.bagi jawapan skit knape lu rasa dorang bangang.wa nak dengar lu punye reason.setakat berani lawan penganjur tu ko dah pandai-pandai nak panggil org bangang,kalau taktau ape baik lu duduk diam-diam.jangan main berak je.hati-hati dengan lu punye komen kawan.byk mata yg tengok dan baca.dorang protest tak bererti dorang nak LAWAN penganjur.semua orang ada hak nak bertanye so ape masalahnya kat sini.dorang takde lebih2 pun nak protest mintak hadiah bagai.citer dah abis,apa lagi nak kecoh?come on la dude.
aku tak join, tapi nak cakap gak.. penat aku baca entry ni.. haha..
biasalah tu, mesti ada tak puas hati punya.. takpe, penganjur punya pertandingan, suka hatilah nak buat apa kot.. kan kan?
org ni, mana nak puas hati kalau tak menang.. adat..
Hello! Mulut siapalah sedap sangat cakap orang bangang ni.. 😯