Hari ini, aku bukan aje dapat duit dari Jobdirumah dan juga hasil dari jual ebook panduan baju kurung tu. Tapi aku dapat banyak juga bayaran untuk program-program affiliate tempatan yang aku sertai. Salah satunya adalah program TechCPM. Tak sangka, masih berbayar tanpa mengecewakan blogger kacak macam aku ni. Haha..
Apapaun, siapa mahu cuba bolehlah taip “TechCPM” kat google dan pergi ke websitenya. Aku malas nak letak link official website diorang. Malas nak bagi backlink kat website tu. Haha..
Bagi aku, program macam TechCPM ni. Kita kena ambil kesempatan. Selagi depa bayar. Kita sedut aje. Sebab kita tak tahu bila masanya diorang lari. Program macam ni ada pasang surutnya. Paling lama adalah 3 tahun. Paling cepat, tak sampai sebulan dah bungkus. Sebab tu, kalau korang sertai program luar..tak semuanya bertahan lama.
Sama juga dengan program affiliate tempatan. Sunyi je selepas buat promosi. Lepas masuk bulan kedua atau ke lapan belas, sunyi sepi tanpa balasan dari admin walaupun ada kawan ni dah dapat buat sales berpuluh-puluh banyaknya.
Bila email. Langsung tak balas. Call? Tak berjawab. SMS?
Lu orang faham-faham sendiri la ye..
1,720 total views, 2 views today