Aku rasa dah terlalu lama aku biarkan masalah ini berlalu.
….
………..
Jadi, aku login balik akaun Earncent aku tu. Masuk melalui wordpress. Memang boleh login dan aku rasa macam boleh buat artikel baru. Tapi masalah sekarang, nak view semula artikel yang aku tulis, tak dapat. Klik pada bahagian page, boleh pula. Tapi klik pada artikel..tak dapat-dapat.
Bukan aku sahaja yang hadapi masalah ini. Para pembaca yang datang nak baca pun tak boleh. Yang tengah “excited” nak balas komen pun terganggu emosi dibuatnya. Sampai ada yang PM kat facebook tanya apa masalah kat blog aku tu. Dan siap ada yang SMS tanyakan benda yang sama.
Aku tak ada jawapan yang tepat melainkan menyatakan, aku dah tanya pihak Fivio. Masalahnya, diorang tak balas lagi dan tak maklumkan kat aku apa benda yang buat masalahnya. Aku tak kesah diorang lambat setelkan masalah blog aku tu. Cuma, aku nak REPLY. Maklumbalas agar aku tidaklah fikir bukan-bukan.
Dan jika aku pindah hosting sekarang pun, tak guna juga kalau benda yang sama berlaku. Jadi, nak tak nak..pihak Fivio harap boleh bagitau aku apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Sebab sebelum kejadian “ngeri” ini berlaku..blog aku takde masalah tu semua. Diorang kata diorang dah restore, tapi masalah ini pula yang berlaku. Jadi, aku sendiri tak tahu nak kata apa melainkan kena tunggu dan tungguuuu..
Even kalau aku minta duit balik untuk bayaran renew untuk yang terbaru itu pun, tak guna gak kalau masalah tak selesai.
Jadi..aku harap benda ni boleh dapat kerjasama yang baik dari pihak Fivio. Mungkin mereka ada masalah, mungkin mereka ada kekangan atau mungkin mereka terlalu sibuk nak setelkan problem blog orang lain sampai terlupa kejap kes aku ni. Cuma, aku harap sedikit maklum balas dari mereka..
** Fivio. Sila check PM di facebook anda.
Ps: Harap termaklum.
5,209 total views, 2 views today
Pada bro, lebih baik pindah…
fikir long term….
page semua ok blh bukak, cuma tang entry je problem Cuba serbu office fivio plak bro. Mungkin dgn cara mengadap dan melutut akan buat mereka cepat sikit buat keja.
Bukan nk kata lah… org kita ni mmg lambat buat kerja
Sama saja dengan streamyx pun… slow gila smpau ugut terminate baru nk buat keja
Mungkin terdapat masalah dalam file single.php,
entry tak keluar pun bro , komen lansung tak boleh…ish teruk juga Fivio nih yer…
Diorang dah tahu masalah nie kenalah cuba reply respon email – at least ada penjelasan
at least diorang bagilah feedback..sekurang-kurangnya boleh juga tau apa punca masalahnya kan. Takde no telefon untuk terus contact ke?
Fivio yang mengerikan..
penjelasan atau respon mampu meredakan kemarahan
Fivio seems legit.
fivio oh fivio~
Semoga blog earncent kembali mcam sedia kala..itu jer harapan saya…peminat setia blog earncent…hgahahaha
Lambat sangat tindakan Fivio ni bro.. Untuk akan datang rasanya elok pindah hosting lain je yang takda masalah macam ni.
Pegi pjbat dia, tpi kat aner pjbat dia…
Berpanjangan gak problem fivio ni den tgk.. Elok kena cari rumah baru je.. Sakit oo blog prob 🙁
Tak boleh komen artikel yang ada gambar cendol tu.
As-Salam. Boleh baca tapi tak boleh komen … cendol tak cukup manis tu. Kasik up sikit lagi … dah lama tak settle ni .. uishh … apa masalah sampai kena hacked tu?