Haha.
Baru guna 2 jam pun nak cerita ke?
..
…
Blog aku, haku punya pasal la.
Ko dengki apa pasal?
Hehe..
Ya.
Sejujurnya, aku baru aje dapat online kat rumah sewa baru kat Johor nih.
Lebih jujur, aku baru betul-betul RASA duduk rumah ni dalam seminggu dua nih walaupun hakikatnya aku dah bayar sewa rumah ni sejak awal tahun dulu. Maklumlah, bila dah kahwin, memang aku tak gemar nak numpang kat rumah sape-sape. So, cari rumah kat kawasan strategik, dekat dengan hospital, dekat dengan balai polis, dekat dengan Giant, dekat dengan kedai ikan bakaq, dekat dengan macam-macam sekolahh..
Dan alhamdulillah..
benarlah seperti yang ramai orang kata..
berkat doa orang perempuan-perempuan yang cukup sayangkan aku nih..
Allah makbulkan doa mereka.
Dan aku dapat tukaq ke Johor dan lebih menggembirakan hati bini aku, jarak dari rumah ke tempat kerja baru aku itu tak sampai pun 15 minit. Itu kalau tak jem la. Bila aku “test drive” dengan pemanduan yang cukup skema, memang ambil dalam 15 minit. Kalau aku rempit guna moto lagenda aku tuh, mungkin boleh kurangkan sedikit kalau kita ikut faktor masa, bilangan bonggol dan campur lampu isyarat.
Dan berita gembira dan gembira terus menerus hadir..
kawasan rumah aku ni baru aje aku tahu boleh masuk UNIFI.
Line internet yang dikagumi oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.
Dan pakej baru UNIFI iaitu 30Mbps secara unlimited itu berjaya aku langgan dengan harga promosi.
Cincai kira.
RM179 setiap bulan kena bayar.
Tak apa, komisen Jobdirumah aku tu masih cukup digunakan pada setiap bulan.
Lebih gembira, diorang bagi aku rebet RM10 lagi sebab “ulas” servis diorang dengan bagus.
Well..
Memang orang yang layan aku kat TM Point Masai tu betul-betul bagus. Aku tak ingat nama akak tu, tapi dia punya layanan memang tip top la. Bukan senang aku nak jumpa geng akak-akak ni yang tahu bab-bab unifi dan streamyx dengan penuh teliti. Walaupun aku dah tahu dari A hingga Z pasal Unifi ni, tapi segala soalan aku berjaya dijawab dengan baik. Tahniah kepada pihak TM kerana ada akak yang bagus nih.
Dan tadi, dalam pukul 10 lebih..
Orang TM call, kata nak pasang Unifi dan setting apa yang patut.
Sepatutnya, dalam “appointment”, depa kata akan datang antara jam 12 hingga 7 petang. Tapi, brader yang call aku tuh kata nak datang pukul 10, so..ini “over deliver”. Servis cantek. Dan pemasangan semua berjalan dengan lancar tak sampai pun 1 jam. Memang aku set masa dari diorang sampai sehinggalah sekarang nih..
Bila brader yang muda sikit tu kata..
“Cikgu, cuba connect internet..”
..
…
Entah macam mana dia tahu aku kerja cikgu pun, aku tak tahu.
Tapi, aku layan aje.
Malas nak gaduh-gaduh.
Ok.
Boleh connect dengan penuh warna pelangi.
Check “speed test” kejap.
Cepat dan lancar.
Terus boleh masuk google.
Aku search blog aku, terus keluar kat muka surat pertama.
Haha..
Nak dekat aje dengan 30Mbps untuk download speed. Untuk upload speed plak, sepatutnya diorang kata aku dapat dalam 5Mbps aje. Ini terlebih sikit. Oklah tu. Lagipun, ini guna line wifi, belum “direct connection” punya. Kalau guna direct, memang dapat full speed la.
Dan lebih menggembirakan, kos pemasangan dan susah payah brader diorang ni..semuanya PERCUMA. Tak perlu bayar kos pemasangan. Kata diorang, ini tengah promosi. So, aku layankan aje. Tapi kalau aku pindah nanti, nak suruh diorang pasang segala bagai nih semua, diorang akan caj RM200 kalau tak silap aku.
Takpe, aku layan aje dulu.
Belum rasa nak pindah lagi.
Kalau nak pindah, aku check dulu rumah baru tu dapat Unifi ke tidak. Kalau tidak, terpaksa downgrade ke Streamyx 8Mbps. Itupun kalau dapat. Biasanya 1Mbps atau 2Mbps aje kat kebanyakkan kawasan.
Kesimpulan.
So far, pengalaman guna UNIFI 30Mbps selama 2 jam lebih nih..
Aku puas hati setakat 2 jam ini.
- Semua barang dapat. Tak ada yang terkecuali.
- TV Hyip yang diorang bagi pun ada macam-macam channel sampai aku pening kepala nak tengok channel yang mana satu.
- Internet memang laju.
- Aku dah boleh update blog macam biasa selepas beberapa hari tak dapat nak login semua blog-blog. Habis terbengkalai segala job-job yang aku dapat. Terpaksa mintak tangguh dulu kerja semua..
- Aku try download file 70mb, tak sampai 5 minit habis download.
- Aku download file 225mb, tak sampai 10 minit dah habis download.
- Yang lebih NGERI, semua ni unlimited.
- Sesuai dengan aku yang suka benda-benda “tanpa batasan” nih.
Haha..
31,498 total views, 1 views today
Biasanya 7 hari pertama mantap dan selepas itu faham-faham jer lah..
ni yang tak bestnyer
Hehe. kalaulah tetiba test hari pertama depan kontraktor yg datang pasang tu, agak-agak 1 mbps la contohnya, agak2 apa reaksi cikgu? 😛
Memang kansel kontrak la.
haha.
kat tmpt ciktom xde unifi…
tapi adik ada pakai kat umah sewa dia..
dia ckp awal2 bagus..laju…
lama2 ehem ehem jgk..hehe
kalau wifi, memang lambat kalau dalam bilik. lagi-lagi kalau jauh dari modem.
tapi kalau guna direct connection, memang laju habis.
yeaayyyy dapat guna unipi laaa…
Aku pun pakai pakej ni bro… buffering, download mmg heaven
unifi memang best la kalau guna lagi2x kalau nak download macam2x. hehehe
saya dah guna UniFi dgn HyppTV ni sejak Februari.. memang puas hati.. sekarang guna pakej yang 10Mbps.. ini pun rasa puas dah surf internet siang malam..
minggu depan upgrade ke 30Mbps dgn harga yg sama macam skrng guna.. ada jg yang tak nak keluar rumah lepas ni..!! hahahahaaa.. 😛
wahh..
dari februari.
mesti puas mendownload ni.
selama pakai tu, ada tak slow slow hujung bulan ? maksudnya buffering ke
wah Macam menarik sja hoho.. memanglah menarik kan hihi.. terbaik cikgu
rm179 tu tak campur gst kan. kalau campur gst kena rm18* gak. Gua pun upgrade gak tapi TM blm contact gua untuk tindakan lanjut.
biasalah tu kalau kena gst.
bayar ajelah.
Nanti balik Malaysia ni pun aku nak pasang Unifi jugaklah kat rumah.
hampehnya..tmpt aku 8mbps jek..bile tah nk smpai Unifi 30mbps…fufufu
Baru nak upgrade 30mbs sebab promosi 🙂
Harap laju seperti roket huhuhu
hehehe…tempat aku rasanya 1mbps ni dah cukup laju bagi aku..hehe..mungkin jugak sebab area kampung aku ni..yang pakai dua tiga rumah…so tak da..la nak berebut..aku tak boleh bayangkan kalau pakej 30mbps tu sampai lokasi aku..haha..boleh berasap laptop ni mungkin..
tengok keperluan.
keperluan aku memang besaq sikit bila dah boleh ada line laju ni.
puas dah pakai line 1Mbps nih.
berzaman dahh..
lu kt masai rupanya..ohoh..kot gua balik JB rasa lu ada ke tak?haha
Memang sesuai sangat lah tu.
Komisen JDR pun tiga angka tiap bulan.
Tak masuk job-job lain, apa ada hal.
Memang laju, yang penting unlimited. 😉
ohhh pindah masai rupanya… 🙂 bleh laa tue dekat nak pegi pasir gudang layan jdt2 punya..nak layan jdt punya game VS the red giants kat larkin mau 1/2jam gak tue…kalo cilok ngan lagenda z merah tue…bleh cepat sket aa.. 😀
Utg aa duduk2 kawasan johor tengah dan sekitarnya…area muar rasa town jek dah ada unifi..kita yang agak pinggiran bandar muar nie layan 4mbps jek lagi…bleh laa buat2 kerja…nak layan download jawabnya terbengkalai kerja lain… 😀
mudah mudahan tak kena scam dengan TM.
Super laju tu 😀
macam-macam boleh download kalau laju macam tu. Kawasan aku pulak tak ada coverage… kena pakai apa yang ada dulu la nampaknya
Yg xbestnya pakej 30mbps ni download shaja. upload still on 5mbps.
better ambik 10mbmps pakej, 10mbps upload skali.
aku duk kawasan sebelah masai ni pun belum dapat UNIPAI nie lagi…sedeeyyyyy…
Pakai unifi juga yang paling murah tu.. SO far ok cuma kalau jauh sikit (dalam bilik je pun) terus tak dapat line unifi. Yang ni hampeh..
belum pernah pakai unifi
Terbaik la cikgu…
Area rumah ni pun dah upgrade dari streamyx ke unifi..
tapi biar dulu la kot nak upgrade tu
bayaran untuk bulanan tu yang membuat saya menggigil kepala lutut..
lainlah dah ada income baik punya..
pasal nie no corncernlah
haha..best2..
habis la anime bro download..
So far okey aje aku yang dah pakai lebih kurang 2 bulan lebih. Cuma bulan pertama kena bayor lebih sikit, itu hari dalam RM349 tak silap aku. Lepas tu bayar aje RM149 tiap tiap bulan.. Yang bestnyer Unlimited tu..
Baru tahu abang kacak ni pindah Masai ye rupanya,heheh ada rezeki nanti bolehlah lepak sama sambil pekena cendol, best la dah boleh guna Unifi , mesti berdesup je update blog 🙂
kawasan sy belum ad unifi lagi boss huhuu, putih mate tgk
mmg seronok online kalau tnet laju berdesup..
smpi 1 tahap dah tau nak buka atau download pe..hehe
haha..
tau takpe.
memang tak tahu nak download apa sangat dah.
kalau rumah sendiri memang nak pasang unifi. Rumah sewa ni susah sikit. Terpaksalah layan Broadband…
best giler. tempat aku kat sini unifi pun belum ada lagi..pakai streamyx 4mbs pun harga dah nak sama dengan unifi 30mbps tu..hmmm
tu la.
kalau ambil yang 8Mbps pun dah nak sama harga aje.
sebab tu aku ambil gak unifi nih.
dah alang-alang kan.
memang terbaik….nak download movie memang best tu….layan movie setiap hari…
Laa..
takkan la nak layan movie setiap hari.
bosan gila tu nanti.
hmmm bila abad tah aku nak pasang unifi. dok pakai streamix lagi ni
Sebab en titan dah share pengalaman dengan ini minggu depan aku nk pasang gak la unifi ni.
unifi ni cakap je lebih..sbnrnye 30mbps ni masih dalam projek.